Kisah Nabi Ayub -- Antara kebenaran dan rekaan!

Salam alaik...

ada sahabat bertanya pada saya ttg kisah Nabi Ayub yg pernah dikeluarkan di salah sebuah Surat Khabar di Malaysia ni..

dalam kisah tu, dia da menyatakan bahawa Nabi Ayyub ditimpa musibah dgn badannya berulat2.

kononnya apabila ada ulat yg jatuh ketanah,
Nabi Ayyub akan ambil ulat tadi utk diletakkan semula ke badannya..
kita dengar kisah ini agak pelik.
kita tidak menafikan Nabi Ayyub diuji dgn penyakit yg berat..
tapi berkaitan mengutip semula ulat diletakkan diatas badan kembali,
kononnya hendak menunjukkan kesabaran,
sejauh mana kebenaran kisah ni??


Mohon setelah ditanya pada mereka yg lebih arif...inilah jawapan yg diberi..

Memang terdapat hikayat bahawa ulat jatuh dari daging Nabi Ayub a.s. lalu baginda mengambilnya dan meletakkannya balik ke badannya.

Komen Ibn al-Arabiy, "(kesahihan) kisah ini adalah terlalu jauh, sedangkan ia perlu kepada nukilan yang sahih. Dan tidak ada jalan untuk menemuinya". (Tafsir Qurtubiy 11/324).


Di dalam kitab Al-Israiliyyat Wal Maudhu'aat Fi Kutub al-Tafsir, "Yang wajib kita percaya ialah baginda ditimpa ujian, dan ujian yang menimpanya tidak sampai tahap seperti yang tersebut dalam pembohongan-pembohongan ini, .... seperti baginda memelihara ulat pada badannya". (m/s 391)

Wallahu A'lam.


sumber : al-ahkam.net

Comments

Anonymous said…
Bagus sbb skrng terlalu banyak cerita yang direka berkenaan nabi-nabi yang dimana sebenarnya tiada langsung pun nas yang benar berkenaan cerita yang dicerita.

Bila terlalu banyak cerita yang direka/tidak benar berkenaan nabi nabi , maka lambat laun jika tiada usaha untuk mencegahnya makan cerita yang donggeng menjadi cerita benar.

Banyak sangat saya membaca buku berkenaan nabi-nabi dan dapati byk cerita yg hanya ditokok tambah selepas saya membuat kajian contohnya seperti cerita nabi khidir, nabi idris, nabi syith, nabi musa,nabi isa dan lain lain.

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??