Posts

Showing posts from 2017

Kerana Aku Ingin Terbang Semula

Image
Kerana Aku Ingin Terbang Semula Sudah jauh derap langkah diatur, Disana kulihat cahaya sinar dihujungnya, Namun, jaraknya entah berapa, Aku ingin terbang semula, terbang untuk melihat dunia, terbang untuk ku tabur jasa, kepada semua tanpa ada kasta, Ku ingin terbang semula, untuk melunaskan impian yang belum terlaksana, agar tidak menjadi angan-angan orang terlena, tapi ia menjadi sebuah cita-cita. Ku ingin terbang semula, walau sayap berkecai dipukul peristiwa, akan kugagahkan jua, bersama mereka yang mahu menghargainya. Ku ingin terbang semula, agar lebih tinggi dari awan hitam, yang telah menjadikan hidupku kelam, kerana telah terlalu lama aku tenggelam Ku ingin terbang semula, keluar dari harapan-harapan manusia, yang sentiasa mahu aku mengikut mereka, kerana hanya aku dapat menjadikannya nyata, Ku ingin terbang semula, Terbang bersama cita-cita, Sinar itu sudah terang cahayanya, Hanya tunggu untuk dilaksana, Oleh diriku sendiri dan bukannya sesiapa