Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Sunday, October 4, 2009

UTM terbilang...

UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti terbaik di negara ini dan menduduki tempat ke-10 antara universiti Asia Tenggara dalam penarafan Webometric yang dikeluarkan 31 Julai lalu.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, berkata UTM yang menduduki tempat kedua di kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan Januari lalu naik satu anak tangga, sekali gus mengalahkan Universiti Sains Ma laysia (UMS).

Menurut Dr Zaini, penarafan webomatric itu dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai oleh kumpulan penyelidik terbesar di Sepanyol, Cybermetric Lab berdasarkan analisis kuantitatif laman web setiap universiti serta kandungannya yang diperoleh menerusi Internet.

“Kejayaan UTM ini kerana inisiatif yang disokong semua pihak terutama warga universiti bagi menaik taraf di samping melancarkan laman web baru dengan paparan yang lebih menarik, mudah digunakan dan lebih pantas.

“Selain itu, peningkatan kedudukan dalam penarafan we bometric ini juga hasil daripada usaha staf akademik di fakulti dan pusat kecemerlangan dengan mempelbagaikan maklumat serta bahan bersesuaian dengan akademik pendidikan yang dimuatkan di laman web,” katanya.

Penarafan terbaru itu menunjukkan UTM berada di tempat ke-10 antara universiti Asia Tenggara berbanding USM di tempat ke-12 dan di kedudukan 89 di peringkat Asia berbanding 94 USM.

Selain itu, antara universiti tempatan yang turut tersenarai dalam 100 universiti terbaik di Asia ialah Universiti Malaysia Perlis (3), Universiti Malaya (16), Universiti Kebangsaan Malaysia (18), Universiti Putra Malaysia (19), Universiti Utara Malaysia (31) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (37).

Di samping itu, Universiti Malaysia Pahang di tempat ke 59, Universiti Malaysia Sabah (60), Universiti Sains Islam Ma laysia (61), Universiti Teknologi Mara (73), Universiti Te rengganu (79) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (94).

Dr Zaini berkata, UTM juga kini turut memperkenalkan rangkaian laman web sosial yang boleh diakses terus di UTM sebagai salah satu kaedah mendekati golongan sasaran.

“Langkah itu diambil bagi membolehkan UTM mem perkenalkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada golongan sasaran seperti remaja, mahasiswa dan penyelidik berkaitan program pembelajaran, kepakaran R&D dan jaringan antarabangsa,” katanya.


ambil dari--metro ahad punya web..(klik sini)

www.tips-fb.com

2 Pendapat:

Anonymous said...

Congratulation 4 members of UTM.
erm..
Whatever it is,USM tetap di hati..
:-)

Adi Wahab said...

hehe...
xpe..mane2 blajar pon same jek..
yg penting...kualiti ilmu yg kita dapt..

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates