Posts

Showing posts from 2011

Life is "TER"-Open Secret

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Ini kisah yang kadang kala berlaku,
bila seorang rakan, meminta rakannya utk menyimpan rahsia..
STAGE 1 Level 1
A : Aku ada benda nak share dng ko hari ni. Aku nak cerita kat ko ni,sbb aku slalu share dgn ko,tp jgn kecoh2 kat orang lain.
B : OK! ape die..
A : Bla..Bla..Bla..(cerita rahsia itu)
Level 2 Bual kosong dengan C C : A nampak lain jek ari ni.. B :  Ada sesuatu yang berlaku
C : Eh, Ye ke?
B : aku cita kat ko ni, ko jangan cita kat orang lain plak..
C : OK!
B : Bla..bla..bla...
. . . . . . . Level 25 Y : Ko prasan tak, A skrg cam dah lain sket..bla..bla..bla.. (sambil cita rahsia si A)
Z : Owh..ye ke? Y : Ko jangan gitau orang lain plak. Sbb X cakap jgn gtau orang lain.. Z : OK! . . . . . . . . . . Level 26 Bila Z bertemu dgn A, untuk tanyakan kepastian.  Z : Hai A, nape nampak lain skrg, betul ke...Bla..Bla..Bla..(sampaikan rahsia si A yang dapat dari Y) A : Eh, erm, sapa gtau ko ni..(sambil mngeluh)
Z : Y gtau aku.

STAGE 2 Level 1
A : Weh, ko da gtau Z ke pasal apa yang a…

Kenangan dahulu...

Penulis :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Teringat kenangan dulu,
bila ada sorang ustaz datang dan sampaikan tentang jihad,
dan misi utk membantu palestin,
isu yang dibincangkan termasuklah boikot, dan seruan utk jihad disana.

bila ustaz tanya,
"kalau kita ada peluang untuk pergi kesana,kita nak pergi tak utk bantu saudara diPalestin?" (lebih kurang camni la, xigt ayat yg exact, tp maksud dia camni la)

Jemaah ramai yg bersemangat kata "Ya"..(tanda setuju)

Diakhir sesi..ustaz acah smua jemaah dgn wajah yg serius..

"InsyaAllah, kita dah buat persiapan untuk bawa orang2 kita pergi berjuang di Palestin, tempatnya terhad. Siapa yang nak pergi, datang ke depan"

Tapi waktu tu, semua kaku ditempat duduk masing2..huhu..temasuk la aku..

Kadang2, kita bercakap, sangat mudah..tapi aplikasinya belum tentu..

Kita berbeza...

Setiap orang berbeza kebolehannya, ada insan, Allah jadikannya genius. mudah untuk faham dan menghubungkaitkan apa yg dipelajari, dan ada insan, ia agak sukar untuk memahami, disaat si genius berehat, dia mengorbankan masanya utk mengejar apa yg tertinggal,  umpamanya dua insan sedang bergerak menuju ke destinasi, seorang berlari, dan seorang merangkak, ketika insan yg berlari berhenti berehat, yang merangkak terus meneruskan perjalanan, yang akhirnya mereka sampai ke destinasi yg sama pada masa yg sama.
Namun ada sesuatu hikmah yg membezakan kedua insan ini. Insan yg merangkak tadi pastinya akan menjadi lebih tabah dan sabar, Erti putus asa hampir saja mereka tidak kenali, kerana yakin, Allah akan memberikan jalan utk mereka meneruskan perjuangan, walaupun dalam keadaan kekurangan.
Yakinlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia, tapi ianya penuh dengan hikmah membunga yang mungkin kita tidak nampak,  seri derita itu akan kelihatan dipenghujung perjuangan.
-Muhasabah untuk diriku s…

Memandang orang lain dengan kelebihan mereka!

Image
Penulis :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Dah ber'abad' rasanya x update blog ni. nk kata busy, boleh la tahan. nak berfikir banyak2.
Dalam kehidupan ni, kadangkala insan suka memandang sinis pada insan lain, kadangkala,niatnya utk menegur, tapi teguran yg disampaikan seolah2 menghina dan merendahkan orang lain.
Kita selalu cakap, SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN MASING2, tapi sejauh mana kita aplikasikan benda ni bila bercakap dengan orang lain? Ya, aku tau,  "kamu" hebat dalam bidang sains, aku akui perkara itu sbb kelebihan kamu disitu, aku hormat kamu sebagai seorang yg hebat dalam bidang itu,
tapi kita perlu ingat, kita xboleh nilai semua orang dalam bidang yg sama,  xsemua orang minat pada bidang sains. ada orang minat pada memasak, dan dia mencipta nama dalam bidang masakan, ada orang minat bersukan, dan mereka mencipta nama dalam bidang sukan, ada orang minat bermain muzik, dan mereka mencipta nama dalam bidang muzik, ada orang minat pada tugasan2 dirumah, dan mereka berjaya mencorak rum…

Antara taubat dan alasan

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Apabila seseorang melakukan kesilapan, ada dua cara yg selalu digunakan sebagai reaksi kepada kesilapan  atau kesalahan yg telah dilakukan.
i. Golongan yang Bertaubat Insan yg segar imannya, akan memilih jalan ini, mereka akur dengan kesalahan yg telah dilakukan, tiada ego yg menguasai diri melainkan rasa rendah diri pada Tuhannya, dan dalam masa yang sama, sesudah taubat, mereka akan perbaiki kesalahan diri, agar kesalahan tadi tidak lagi diulang,
didalam surah At-Tahrim,ayat 8, Allah berfirman, "Wahai orang2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha,
(taubat yg suci),mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan…

Terima Kasih untuk sahabat-sahabatku,...

Image
Dari :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Hari ini dah hari terakhir di UTM, Alhamdulillah, Allah izinkan aku habiskan perjuangan disini, Alhamdulillah, Allah izin aku menongkah segala cabaran melintang dihadapan,  Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik, Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah atas segala nikmat ini.. Aku yakin, Allah letakkan aku disini (UTM), ada hikmah tersendiri dan aku pasti, ianya lebih baik bagi aku, Walaupun tujuan asal aku, aku tingin sangat nak masuk UIA..

Hurm, 4 tahun dengan kawan,  susah senang sekali, hari ini, hari terakhir, ada sahabat lain sampaikan pada aku,  kalau ukhwah yang terbina kerna Allah,  Allah akan pelihara ukhwah ini, Ya! aku percaya tentang tu, Bertemu tidak jemu,  Berpisah pula tidak gelisah. Mudah2an Allah menjadikan kita insan yang mendapat, lindungan arasy Allah di akhirat kelak,  kerana kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Allahumma ameen.
Aku nak ucap terima kasih... Especially kat sahabat2 sekelas aku.. Zarif... 3 tahun kat KP, selalu tompa…

Gosip tu manis sangat...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Mendonngak ke langit. MasyaAllah..luasnya... bila tunduk semula. aku ada hanya dicelahan bangunan yang kecil..
"Manisan"...sungguh sedap dilidah..tapi ramai yang tidak sedar yang ia adalah "pembunuh senyap"..
jauhi "manisan" itu...

Sama jek dengan gosip,
kita bergosip sangat seronok,
tapi sedar atau tak,
ia mengundang pada muflisnya diri pada hari kiamat,
ya..ia membunuh,
membunuh kita di akhirat..

Dari Abu Hurayrah R.A.,  Suatu hari Rasulullah bertanyakan pada sahabat, "Tahukah kamu siapa orang yang muflis?" sahabat menjawab, " Org yg muflis adalah org yg tidak memiliki dirham(wang) dan harta.", Rasulullah menjawab, "Bukan, sebenarnya orang yang muflis adalah,  org yang dtg pada hari kiamat, dengan pahala solat, puasa, dan zakat,  tetapi (waktu didunia), ia mencaci si fulan, menuduh si fulan,  memakan harta si fulan (dgn cara yang haram), menumpahkan darah s fulan, dan pernah memukul si fulan, maka pahala…

Tertekan....

Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan, agar dapat terus memandang apa yang terjadi,  melalui sudut hikmah. Ya Allah, kuatkanlah diri yang kian lemah,  semakin hari berganti hari, kuatkanlah ya Allah,

..:: Bukit Yang Curam ::..

Image
Penulis :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Kebaikan dan gambar ini ada kaitannya.. Alahai kebaikan.. susah sungguh untuk nak dapatkan engkau.. sama saja macam mendaki bukit yang curam.. perjalanan ke puncak, susah dan renyah.. penat macam nak pengsan.. banyak betul halanganya.. batu2 lagi.. pasir yang bersedia untuk gelincirkan sapa saja yang leka..
susah...sangat susah.. tapi kita tetap akan dapat ke puncak.. andai kita berhati2... dan mendaki perlahan2..pasti berjaya.. berjaga-jaga supaya tidak jatuh ke bawah semula.. kadang2 mungkin kita akan tergelincir... tapi jangan sampai kita tergolek...
Bila kita bersama yang lain.. rakan disekeliling.. yang diatas, hulurkanlah tangan pada yang dibawah.. mudah2an rakan yg dibawah, dapat bersama di paras yg sama.. jangan biarkan dia keseorangan mendaki.. aku bimbang dia terjatuh.. sebab dia sahabat kita.. sayang sahabat kerana Allah.. aku hulurkan tangan, untuk kita sama berada di puncak..

Tapi beringat teman.. bila kita sudah mula mendaki... jangan biarkan kita tergolek…

..::^::Lumpur ::^::..

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Situasi 1:

"Adik..berapa kali ibu cakap,jangan main dalam lumpur tu..kotor.." "Alaa..ibu, nanti kami mandi la..hilang la kotor tu" " Adik..nanti adik dapat kudis, ibu tak tau" "Alaa ibu ni...dah berapa kali dah kami main...xdapat pon kudis.." **sambil terus bermain dengan lumpur**  "Nanti bila dah dapat kudis..jangan nangis2 atau mengadu sakit ke geli ke

Situasi 2:

"Adik..berapa kali ibu cakap,jangan main dalam lumpur tu..kotor.." "Alaa..ibu, nanti kami mandi la..hilang la kotor tu" " Adik..nanti adik dapat kudis, ibu tak tau" "Kudis tu apa ibu?" "Kudis tu penyakit kulit, sebab kat kulit ada kuman,  kalau ada kudis, ramai orang x nak kawan dengan adik," "Eee..xnak main dah la ibu.."
Inilah 2 analogi yang boleh dikaitkan dengan sikap manusia... Golongan yang pertama,  Manusia sekarang, macam ramai dalam golongan ni.. DEGIL.. tidak mahu dengar cakap.. Bila dikait…

Kenali Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah

Image
SIAPAKAH AL-IMAM IBN QAYYIM AL-JAUZIYYAH?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya suka membaca buku-buku agama. Walaupun saya tidak boleh membaca bahasa Arab, saya akan membaca dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Baru-baru saya ke Indonesia saya berjumpa buku hasil hasil karya Imam Ibn Qayyim dan saya beli sebuah karya beliau Zad al-Maad. Dengan membaca buku tersebut saya dapati banyak kefahaman saya yang kurang tepat. Apakah pendapat Dr Asri tentang beliau dan karya tersebut?
Jawapan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau pada hari ini telah banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu dan Indonesia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Gelaran al-Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat p…

Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

Image
Penulis :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Sumber Idea :Pendita Za'Ba
(Buku 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri')



Kita tidak akan mendapat apa-apa..
andai kata diri tidak ingin untuk mngubahnya..

simple..
tapi ada sesuatu yg nak dimaksudkan..
Perubahan...
hanya akan berlaku bila KITA yang bergerak untuk merubah...
KITA yang menjadi pekerja..
KITA mengimpikan satu perubahan yang besar...
tapi malas untuk merubah..
hanya mengharapkan belas ihsan orang lain...
percayalah...hasilnya tidak akan kemana...

Dalam konteks pembelajaran..
KITA ingin 4.0....
tapi usaha tiada..
mengharap belas ihsan pensyarah untuk soalan yg masuk...
kalau takde..caamne??
Assignment diberi...
tangguh sehingga akhir..
hasilnya juga tidak sehebat mana...
kata orang "kerja last minute"

Perubahan hanya berlaku....
apabila KITA berubah...
jangan jadikan alasan itu sebagai penghalang utama...
suasana yang terlalu kosong..
kemudahan tiada...
orang itu ganggu saya...
orang ini ganggu saya...
asyik …

Sebaran

Image

Maafkanlah wahai diri....

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
kadang kala... kita akan berhadapan dengan dengan insan2 lain.. ada yg membantu kita... ada yg rapat dengan kita, kemudian tikam dari belakang.. hurm..
Ditikam lawan tidaklah sedahsyat dijatuhkan insan yg kita rapat.. memori akan terus kekal.. maafkanlah wahai diri.. apa manfaat kamu kenang tanpa belajar dan mengadu?? mereka juga akan buntu tidak tahu... silap2...boleh jadi salah faham.. maafkanlah wahai diri.. tidak rugi menyemai ukhwah kembali...
sejarah untuk pengajaran... bukan untuk diratap...
ok?? mekar kan semula jambangan ukhwah itu!!

Santai bersama SEB/SWB

Image
**Barisan depan, dari kanan..** 1. Joanne - "Peace no war!!" 2. Yeoh = "tido kat pah jap...peace.." 3. Sharifah - "Apa ni dok sondoi2..lemas2.." 4. Aini Isa - "jangan gerak...jangan gerak..daun jgn jatuh dari kepala..." 5. Raziah - "alamak...camna xnak bagi nampak montel ni.. (sambil bt gaya nak tutup mulut tapi masih kelihatan montel). 6. Syaidah - "Bes2 dapat duduk tepi model rabbit..howyeah!!"  7. Balqis - "Hye..saye puteri rabbit" 8. Ruwaida - "nape rasa berat jek kepala ni, xpe, amik gambar dulu,satgi tgk ada apa." 9. Ain - "Fuh..fuh..fuh...ida..atas kepala ko ada bunga rafflesia" 10. Liyana - "Alaa..payung la payung...hye..aku payung.~~lalalala~~" (sambil pegang payung, dibimbangi hujan akan turun sbb yana nyanyi)
**barisan tengah(kanan ke kiri)** 11. Shekin - "Isk2..nape yang berat sangat payung ni...nak jatuh aku." 12. Fariza - "Korang jangan buat hal...aku nak amik gambar ni"…

Berbezanya pandangan kita...

Penulis :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Mungkin ramai pernah baca artikel ni..
1. Kalau lelaki hensom pendiam mereka kata - wow, cool giler.. tapi, kalau lelaki kurang hensom pendiam mereka kata - eh perasan bagus...
2. kalau si cantik buat salah... - semua orang pon buat salah.. kalau kurang cantik buat salah.. - memang..dah la xcantik..bt salah lagi..(kritik physical..xbagus)
3. kalau si cantik dpt si hensom.. - elok la tu..sama padan. kalau kurang cantik dpt hensem - mate laki tuh dah rosak agaknya...
4. kalau hensom x mau bergambar. - pasti takot kalau2 gambar tersebar... kalau x hensom x mau bergambar. - tak sanggup nak tgk rupa dia sendiri la tu..
Kadang kala.. kita juga akan bersikap begini.. saya teringat ttg bait-bait awal surah 'abasa (ayat 1-12)..
1.  Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
2.  Karena Telah datang seorang buta kepadanya[1554].
3.  Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),
4.  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi man…

frequency domain otak aku...

Image
Luahan rasa : Hadi
hari ini aku rasa tertekan... mungkin sebab presentation PSM yg dh dekat... tapi aku masih lagi xdapat konsep yang sebenar apa yg aku buat..
1. Raw Signal.. 2. QRS Detection 3. Thresholding 4. RR interval 5. Remove Outliers 6. Instantaneous heart rate 7. Resampling 8. Detrending. 9. Analysis in time domain 10. Analysis in frequency domain..
semua benda  ni aku kena buat... utk projek aku. kesian SV aku...bersungguh2 dia nak bantu aku. tapi aku cam xbantu diri sendiri.. untuk diri aku... aku x boleh salahkan orang lain.. aku xboleh kata orang lain ambil masa perdana utk aku study.. aku xboleh untuk paksa orang lain faham aku... aku xboleh bagi alasan, masalah luaran lain yang ganggu fikiran aku... sebab aku sendiri x tegas..
rasa nak nangis bila dengar perkataan "fail" tadi.. tapi tu hanya gurauan kot...bukan betul2.. masih ada masa untuk aku usaha... aku selalu cakap kat orang.. kalau orang kata, "99% akan gagal" kita xboleh pandang 99% tu... sedar tak..masih ada 1% untuk berja…

Jom Rehat Minda sambil main ini...

Permainan asal diambil dari : Blog Aishah

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku cium
April - Aku peluk kuat
Mei - Aku terhantuk dengan
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar dengan

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Jebon
6 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Badut
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku