Duka diatas Duka, Tiba2 Muncul Cahaya

ASSALAMUALAIKUM...


Duka diatas duka, tiba-tiba muncul cahaya.. satu perumpaan yg terlintas dipemikiran. Dan akhirnya, berlaku dalam reality..Apa yg nak diumpakan ni berkaitan hikmah dalam setiap perkara.


Kadang2 manusia nak kan hikmah ujian pada masa yg sama ketika dia diuji. Jika tidak, dia akan buruk sangka pada Allah, dan menjadi orang yg teramat lemah seolah2 itulah pengakhiran hidup.


Allah uji kita, sbb Allah sayang kita. Allah beri kita susah, utk ajarkan kita erti kehidupan. Allah bagi kita miskin, agar kita beringat diwaktu kaya..Allah bagi sakit, agar bila sihat nnt, kita akan buat yg terbaik dalam setiap perkara.


Ok. Skrang skadar nak berkongsi pengalaman yg menimpa diri.mudah2an dpt beri manfaat pada yg lain.. Malam seblumnya, test ekonomi…mcm xdpat buat jek..sedih malam tu…esok pegi kelas.dapat rslt test 2 biomterial…tercorot dlam kelas rasanya.. tgh sedih2, kena peril pulak..hilang mood jadinya.


Rasa cam nak givup..petang g lab.jadi x seronok..cam biasa…kuiz x leh buat..biarkan orang bercakap. Asyik buat salah jek..sedih pon da.


Da yg bagi sokongan..adik aku sendiri..(ngadu kat family…hehe).dia kata, final ada lagi.buat sungguh2, bagi dapat kputusan bagus…kakak pon kata camtu..da kawan gtau,test2 biomat. da yg lagi truk dari aku..kata ni sgt2 bermakna bagi aku..jgn givup sblum abis smuanya..berjuang sampai akhir,.jgn pandang keatas saja,skali skala pandang kebawah..mdah2an jadi org yg bersyukur..


Allah bagi kekuatan slepas ditimpa kegagalan bertubi2..ini lah hikmah..Syukur ya Allah..


Pada mereka yg bagi support..Barakallah fikum (smoga Allah berkati kamu semua)… Dalam al-Quran Allah da sebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 216.


“..Mungkin kamu tidak menyenangi sesuatu, sedangkan ia baik bagi kamu, dan mungkin kamu menyenangi sesuatu, sedangkan ia tidak baik bagi kamu,Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”


Terasa segala pergantungan hanya kepada Allah..Dia pasti beri yg terbaik pada kita.cumanya, sejauh mana kita bersyukur ketika diuji.


Dalam surah Ibrahim, ayat ke 7, Allah berfirman


“ Dan sesungguhnya, Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku untuk kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguh azab-Ku amatlah keras”


Ingatan khususnya untuk diri sendiri dan kepada kawan2 umumnya,agar sentiasa bersyukur dan terus berusaha utk menjadi yg lebih baik..


perbaiki kelemahan, asah kelebihan.


setiap ujian pasti akan ada cahaya menerangi sesudahnya.tidak didunia, diakhirat kita dapat..

Wallahua’lam

Comments

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa