Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Saturday, March 26, 2011

Winner VS Victims

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

En. Syed tanya kami,
"Sila listkan kamu kaya atau tidak"

Semua peserta menulis,
ada yang tulis diatas kertas,
ada yang menulis di minda..

 kemudian, En Syed cakap,
"Sekarang, listkan sebab apa kamu kaya bagi yang tulis kaya,
dan tulis sebab apa kamu tak kaya, bagi yang tulis x kaya."

Sekali lagi..
peserta mula menulis..
aku mula2 malas nak catat..
tapi lepas seminit, amik juga pensel..
calitkan karbon atas kertas untuk nyatakan sebab..
selesai saja tulis...
En Syed bagi arahan lagi..
"Sekarang, kamu tanda rite bgi faktor dalaman,
dan tanda pangkah bagi faktor luaran."

aku pon tanda la..
sambil tanda..terfikir juga,
game apa la ni..

dah selesai, 
En Syed tanya,
"Siapa yang banyak faktor dalaman dlm sebab dia,
angkat tangan."
xramai yang respon.
jadi aku tak tahu keadaan org lain macam mana.
kemudian En Syed tanya sebaliknya.
pon x da respon..

Bila En Syed teruskan ke next slide,
ada tulis 
"Winner VS Victim"
I am the winner!!!

En Syed cakap,
siapa yang banyak faktor dalaman dari faktor luaran..
dia adalah winner..
dan siapa yang lebih banyak faktor luaran dari faktor dalaman,
dia adalah victim..
sebabnya, bila banyak faktor luaran,
seseorang tu akan berfikir yang dia tiada ruang untuk berubah..
tapi kalau banyak faktor dalaman, 
maknanya, dia percaya,
masalah datang dari dirinya sendiri,
dan kalau nak berjaya, kena ubah apa yang tak kena tadi..

Masa tu,
banyak perkara terjah fikiran aku..
aku sekarang macam victim..
kemudian teringat beberapa perkara..
antaranya, 
Firman Allah, 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
sehinggalah dia mengubah nasib dirinya sendiri"
Surah Ar-Ra'd, ayat 12

orang selalu dengar ayat ni, 
tapi gagal aplikasi bila berhadapan dengan realiti..
kenapa aku selalu salahkan faktor luaran,
sedangkan aku x pernah mencuba untuk mengubah keadaan,
realiti dihadapan bukanlah jalan mati,
cuma denai yang sempit dan berduri..

kemudian teringat apa yang pernah aku bincang,
dengan Ir Abdul Muiz Abdul Wahab,
abang aku sendiri, dia cakap kat aku,

"Percaya pada diri untuk berubah,
90% dari kehidupan adalah faktor dalaman, 
10% adalah faktor luaran,
kita boleh ubah faktor dalaman,
tapi mungkin akan diganggu faktor luaran,
yang penting percaya pada diri"

Satu frasa yang lain,
aku dapat waktu aku nak ambil UPSR,
aku dapat 1 kertas,
kata-kata tu dari Dr Shukri,pakar motivasi time tu,..
aku masih igt sebab ayat tu pernah bagi kesan pada aku..

"Dalam kita merentasi kehidupan,
kita akan berhadapan dengan tembok2 penghalang,
(malas, bosan, berasa susah, dan perkara buruk yg lain)
kita jangan mengelak atau sekadar melompat dari tembok itu,
sebab ia akan datang kembali,
tapi pecahkan, kemudian teruskan perjalanan"

Ok..stop setakat tu...
satgi orang kata aku kuat berangan pulak..hehe..
cuma apa yang nak dikongsi..
tentang faktor luaran + dalaman tadi..
sebenarnya ia merupakan cara kita fikir sebenarnya..
bila kita berhadapan sesuatu masalah, 
macam mana kita senaraikan puncanya,
kita hadapi masalah,
sebab orang lain?
atau sebab kita sendiri?
motivasi yang aku dapat hari tu..
elakkan dari meletakkan punca masalah dari faktor luaran,
tapi fikirkan faktor dalaman, atau diri sendiri,
untuk diubah terlebih dahulu...
ya..
memang betul kita akan banyak nampak faktor luaran..
tapi ingat, hakikat sebenar ia adalah punca dari diri kita sendiri.

Kunci kepada kejayaan ialah " Percaya yang kita adalah JUARA"

ni pembeza antara Winner dan victim
Jadilah Juara sekali lagi..
sejak dari alam rahim hinggalah kita di Universiti...
aturkan punca masalah,
utamakan punca dari faktor dalaman..
sebab kita dapat mengubahnya...

Jadikan Allah prioriti,
Percaya pada potensi diri, 
Kemudian ukirlah kemahuan diawan impi,
Musnahkan angan dan mimpi,
kemudian bergeraklah,
Biar rebah berkali-kali,
bangunlah semula dan teruskan perjuangan,
biar parah dilukai,
Bangkit dan teruskan juga..
Sehingga kita dapat menggenggam apa yang kita ingini..
**ini untuk perkara baik saja ye**

Jom kita berubah!!!


www.tips-fb.com

Friday, March 18, 2011

Kursus Kahwin...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Assalamualaikum...
sementara tunggu kawan untuk ke kelas..
terdetik plak nak update blog..
kongsi tentang kursus kawen...
Alhamdulillah...dh dpat sijil.
dah boleh kawen..
cuma nak kongsi beberapa benda bout mentaliti..
Seronok gile klu dah kawen...


ada beberapa kumpulan yg saya dpt kenal psti..
bila sorg2 tu pegi kursus kawen..
ada yg akan kata,
"Harap-harap ustaz2 yg bagi ni x bosan.nk yg jenis buat lawak"
ada pulak,
"Harap2 ada la pertambahan ilmu baru hari ini.."
yg 1 lagi, 
"aku harap dpt sijil cepat2...xpayah nak tunggu2.."
and yg 1 ni,
"Harap2 dpt ilmu utk aku pikul tanggungjawab nnt"

4kumpulan ni..
akan ada penilaian yg berbeza pada kursus kawen yg dorg hadiri,
geng 1,
"kursus best...sbb ust lawak" (dan sebaliknya)
geng 2,
dia akan fokus, tapi akan mudah jadi bosan bila benda yg diajar,
hanya asas2..refresh jek..
geng 3,
"program ok,...kalau boleh, singkatkan lagi masa..
baru x bebankan orang sangat..takut ada yg sibuk"
geng 4,
"apa la yg penceramah2 tu dok melalut..."
atau
"Alhamdulillah..mudah2an dapat bentuk baitul muslim"

jadi kita yang mana??
apa yg nak dibincangkan bukan tentang 4 kumpulan ni.
tp nak kemukakan pendapat..

1. Penganjur

Kursus kawen, 
bekalan awal untuk remaja2 nak tempuh alam perkahwinan..
jadi...diharapkan.
carilah insan yang dpt bg input2 yang membantu...
bukannya perkara2 yang kebanyakan insan "SUDAH TAHU"

masyarakat kita tenat skrg...
penceraian berlambak2..
statistik2 yg kuar ttg cerai..
1 hari akan ada 2 penceraian...

utk difikirkan bersama...
kalau ajar teknik2 nak pikat isteri/suami utk "mesra malam pertama"
dpt membantu ke untuk atasi masalah tadi?
bolehka ia menambah rencah mesra suami isteri bila dah tua?
ya..perhubungan suami isteri memang sebahagian dari pekahwinan..
tapi ia bukan lah perkara yg menjadi dasar dan paling utama..
masih banyak perkara lain yg kena diperhatikan..
tanggungjawab..
pendidikan untuk pasngan dan anak2..
membina baitul muslim yang dpt membangun ummah..
Keluarga kita...membangun @ meruntuhkan??

**jadi..kalau ada sesiapa yang pergi ke kursus kawen...
dan berhadapan dengan situasi camni...
sila komen...pada borang penilain..
jangan segan2 dan takut..

2. Peserta
Saya juga pernah menjadi peserta kursus kahwin..
apa yang patut kita setkan di minda...
1. bagaimana kita nak buat persiapan sesudah kahwen?
2. Apa yang kita perlukan untuk mendidik dan memimpin si isteri@suami nanti?
3. Bila sudah anak para mujahid kecil n mujahidah kecil nnt,
camna kita nak bentuk mereka?
cukup sekadar pengasuh @ ibu @ abaikn saja si kecil tu?
Mujahid Kecil yang menanti masa utk mengubah dunia




4. Apa persiapan kita untuk hadapi cabaran mendatang?
cukup ke sekadar cinta?
(Ni soalan common kan??)
skrg ni byk sgt dh kes cerai..
apa punca?
salah faham...
terlalu cemburu...
xserasi...
(dulu sebelum kawen bukan main serasi lagi..skrg x pulak.haish...)
ok...biarkan dorg..
pandang diri kita...dan tanya diri..
apa strategi kita bila hadapi cabaran2 ni semua?
apa teknik kita nk gunakan utk kekalkan kemesraan dgn pasangan?
mudah2an kekal sampai tua...


kita nak tgk mujahid kecil tadi membesar bersama2 pasangan kita..
nak tgk mujahid kecil tadi mengukir sejarah gemilang bersama psgan kita.
Menanti pejuang yang akan kembali!!

Membentuk dan mendidik dari dalam keluarga lagi...



Ingatlah...
kita adalah tapak ummah masa depan..
mujahid kecil itu pembangun gemilang ummah..
kalau kita sudah bergoncang bagai gempa..
besar kemungkinan..
generasi terkemudian akan tertimbus dengan keruntuhan akhlak..
terkubur sendirian segala cita-cita dan harapan..
www.tips-fb.com

Saturday, March 12, 2011

Pantang orang buat salah!!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Dalam gambar ni...apa yang mata kita akan fokus dulu??
Bila kita tengok gambar diatas..
mungkin ada setengah orang sudah tahu,
apa yang saya cuba nak sampaikan...
tentang apa yang kita nampak dulu...
atau mata kita akan fokus di mana dulu??

Rata-rata...
kita akan melihat yang bintik hitam tu dulu..
betul x?
psychology manusia...
kalau di convert pada kehidupan manusia..

pantang orang buat salah...
mesti kita akan bincangkan kesalahan die..
walaupun kebanyakan dari perjalanan hidup dia baik..
tapi yang kita bicarakan adalah kesalahan yang dia telah buat...
tak pernah pulak kalau dia buat baik...
kita bincangkan sesama kita...
untuk kita juga buat sebagai langkah perbaiki diri..
sama2 kita fikir...

next picture..
Contra dengan gambar pertama!!
Gambar ni contra dengan gambar pertama tadik..
keseluruhannya hitam..
tapi ada sedikit2 bintik2 putih..
ok...sekarang..
dimana mata kita akan fokus??
hitam atau putih??
kebanyakan nya akan tertumpu masih pada warna hitam..
bila tgk warna putih...
hanya terdetik di hati,
"oOoO...bintik putih berserakan"

kalau manusia...
gambar pertama..
warna hitam akan menjadi tumpuan..
salah orang akan selalu dilihat..
walaupun kesalahan itu kecil dan x sebesar mana..
kelihatan pada mata kita sekali dalam setahun..
kita akan tertumpu pada kesalahan orang tu..
kalau sorang dah selalu buat jahat..
 n tiba2 dia buat baik...
xpula jadi keadaannya kita bincangkan kebaikan yang dia buat..
yang ada bincang pon..
"Eleh...die tu buat baik ada makna la tu."
"Buat baik sebab nak bodek..bajet..."
n sebagainya...
maknanya..kalau ada bincang ttg kebaikan dia..
bukan cara yang baik..tapi disulam umpatan dan fikiran negative..
**saya x suruh puji org tu sampai tidak kelihatan kesalahan die ye**
**maksud nya..xperlu puji dia sehinggakan dia tu seorang malaikat**

Apa yang saya nak cuba sampaikan kali ni..
jangan jadi seperti kebanyakan manusia..
yang ada masalah fokus dalam hatinya..
fokus pada perkara yang tidak sepatutnya..
dah la salah fokus...tafsiran fikiran juga melencong...

Bila kita melihat orang..
kawan, sahabat, ahli keluarga, ustaz, artis atau sesapa saja..

bila terpandang kebaikan mereka..
bukan sekadar untuk dibincang...
tapi untuk diterapkan pada DIRI KITA SENDIRI....
tapi bila terpandang kesalahan mereka...
jangan analisis dengan umpatan...
tapi fikirkan kesalahan tu untuk KITA...
untuk KITA HINDARKAN...

sebabnya...
kita selalu bercakap tentang orang lain...
kita rasa kita baik..
kita rasa macam kita sudah hampir sempurna dan ideal..
tapi kadang kala...
kita melampaui batas terhadap apa yang ALLAH larang..
dan pada diri sendiri..
yang mungkin kesalahan yang kita buat tu..
akan merosakkan amalan2 kita yang lain...
untuk gambaran...ia mungkin sama seperti gambar dibawah ni...

Kesalahan yang merosakkan amalan baik yang lain...
Bila kita tersedar tentang kesilapan diri..
bila kita menyesal atas sikap melampaui batas terhadap diri kita sendiri..
segeralah pulang kepada Allah..
Allah bersedia menerima kita untuk diampunkan..
sebab Dia..Tuhan yang sentiasa menyayangi kita...

akhir sekali...
saya akhiri dengan janji Allah...
Allah nyatakan didalam Al-Quran,surah Az-Zumar, ayat 53,
"Katakanlah,
"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri!,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kamu semuanya,
(kecuali dosa syirik)
Sesungguhnya Dialah,
Yang Maha Pengampun,
lagi Maha Penyayang"


www.tips-fb.com

Thursday, March 10, 2011

Optimistik VS Pesimistik

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Le Guan (乐观)...(Optimis)
VS
Bei Guan (悲观)..(Pesimis)

Dua sikap yang berlawanan...
kita mana satu?
**hehe...dapat point ni dari dalam kelas mandarin juge**
Hah..kedua-duanya menilai benda yg sama...tapi pandangan mereka berbeza.
1. Optimis
OK...start dengan optimis dulu..
**aku nak jadi optimis...sebab tu kena mula cakap pon..bnda yg positif dulu**
orang yang optimis...
dia akan sentiasa mulakan fikiran dengan POSITIF...
sentiasa memandang kehadapan..
sentiasa menerima keadaan diri seadanya..
dan sentiasa ingin merubah diri kepada yang lebih baik..
Optimis..perlu sentiasa fikirkan yang positif..
  contohnya..
kalau kulit gelap..orang cakap xsmart...
tapi dia terima seadanya...
sebab dia yakin, dia ada kelebihan diri yang tersendiri..
jadi tak perlu risau..
kalau tewas...bangun dan lawan semula...
kalau gagal...bangkit dan buru kejayaan..
biar parah di hiris kegagalan..
bangkit dan usahalah..
sehingga kita menggenggam kejayaan..

2. Pesimis
orang yang pesimis ni plak..
dalam banyak hal,..
dia akan mula berfikir negatif dulu...
kuat cemburu...
**hai...cam cakap kat diri sendiri nampak**
pantang nampak orang lebih sikit...
dia pon nak juga...
orang beli raket baru..
dia pon nak beli raket baru...
orang ada laptop baru...
dia pon nak laptop baru...
orang da basikal baru..
dia pon nak basikal baru...
orang len hensem...
dia pon nak hensem...
macam tamak pon ada...
Iri hati....kita bagaimana??
 
tp yg menjadikan dia kelihatan sentiasa pesimis...
bila dia cuba persoalkan kelebihan orang lain..
**orang kita kata..benda ni cam dengki**
"awat yang dia tu hensem??"
"awat dia yang dapat awek tu?"
"awat dia yang dapat basikal tu?"
"awat dia boleh beli kereta tu?"
"awat.."
"awat..."
dan
Awat lagi...
hah...semua nak jeles..

sabar le...
xyah ukur kebolehan kita dengan dorang..
kita ada kelebihan tersendiri..
asah dan pertajamkan kelebihan sendiri..
bukan jeles jek keja...last2...
hanya mengantang asap di awanan...
sia-sia..

lagi satu...
orang pesimis ni..
dia akan selalu fikir yang dia ni xboleh buat macam2..
last2...xda lonjakan pada diri..
statik pada takat yang sama untuk jangka masa yang lama...
jangan la macam tu..
orang selalu cakap...
gagal sekali bukan bererti gagal selamanya...
come on...wake up...
cuba lagi sampai kita berjaya...
ok?

3. Jeles Pada kebaikan.??

Hah..ape plak ni??
ni kes orang yang jeles bila tengok orang lain buat perkara2 baik..

aku pernah dengar satu kata2 ni..
**xpasti sama ada ini hadith atau sekadar ungkapan para ulama**
tapi ayat ini sungguh hikmah..
"Dilarang cemburu atau berdengki, 
melainkan kepada 2 perkara,
dalam hal ibadah, agar kita dapat menyamainya..
dalam hal kebaikan, agar kita juga baik sepertinya"
**lebih kurang ni la ayat die..x igt yg betul2..**
contoh...
sorang sahabat ni..
dia selalu bersedekah..
dan selalu jaga solat nya...
bila kita tengok die...cemburu..
dan kita juga nak buat sepertinya...
agar kita juga dpt menyamai dia dlm ibdah...

tu dalam hal ibadah..
kalau dalam hal kebaikan pulak...
kalau kita tengok seorang sahabat ni...
dia rajin betul study...
dia suka bertanya tentang ilmu pada orang yg lebih arif...
pada masa tu..
kita cemburu...nak juga ilmu yang dia dapat..
nak rajin juga cam dia..
dengan syarat..kita tidak menghalang kebaikan yg dia buat..
maknanya..
kalau kawan kita p tanya lecturer ttg 1 benda..
kita cemburu...then kita p tanya lecturer tu juga...
dgn harapan...kawan kita tu x dpt pa yg dia nak tu..
**dengki thap tarangkunciang**

ataupun...kalau dia rajin study..
kita p kacau dia...dgn harapan...
dia supaya dia pon x stdy cam kita..
**ni plak perangan yg hampeh...busuk...**


ok??
jadi..Jom ramai2 kita jadi seorang yang optimistik...
perbaiki diri untuk kebaikan...
sentiasa positif dalam penggerakan..
Biar semua orang pesimis, wajah resah...
tapi kita seorang optimis...wajah pula terukir senyum..
senyum lah diri..senyum walaupun susah..
**::Senyum-senyum selalu::**
**senyum2 selalu**

www.tips-fb.com

Monday, March 7, 2011

Jangan Simpan Dalam Hati....Simpan Di Luar Hati..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Sem ni...aku suka dengan kelas mandarin..
best..sebab ada sikit kelainan...
Jiang Shi (lecturer) suka bagi motivasi...
time part tu yg aku selalu tunggu2 bila masuk kelas mandarin..
dan part aku xske dalam kelas mandarin...
bila ada test...hahahahaha (aku memang x suke test pon)..

Dengar je la kan..
kadang2 ada point2 yang menarik...
dia pernah igtkan tentang 
hormat orang tua..
jangan jadi sombong..
dan jangan simpan dalam hati...
Jangan biarkan ia terus bengkak...yang akhirnya menyebabkan nanah..


Cerita pasal "jangan simpan dalam hati"
timbul bila kami belajar words baru..
"an le" = peace and happiness..

Hidup mesti mau happy...
Apa susah?
jangan simpan dalam hati..
ini.. ramai orang suka simpan masalah dalam hati...
nanti lama-lama jadi bengkak...
lepas tu, bunuh diri..bunuh orang lain...
(pastu die cita ttg kes sorang budak 16 tahun bunuh 3 remaja sekali gus)
bla...bla..bla..
kalau saya, 
orang cakap kat saya..
Bodoh...saya ambil, letak kat luar hati..
orang kata kat saya,
Babi....saya ambil letak kat luar hati...
orang kata kat saya,
Bangang, saya ambil letak kat luar hati.
sebab tu saya muda..
18 tahun...
**hehe..lebih kurang cmni la gayanya...**

Betul tu..kadang2 kita terlalu memendam rasa..
bila lama kelamaan..
hati akan jadi bengkak dan makin parah..
time tu..sentiasa murung..
senyum pon dah x terukir lagi..
orang lain pon takut nak tegur...
sebab mimik muka kita yang selalu serius...
keep smiling..
letakkan semua kritikan diluar hati...
nanti muhasabah semula...
setelkan kritikan yang kita boleh ubah..
kalau ada kritikan yang kita x boleh ubah...
contohnya berkaitan fizikal kita...
hidung..mata...n sebagainya..
tinggalkan...jangan pikir2 sangat...
kita dah dijadikan sebegini rupa...
setiap manusia ada kekuatan sendiri..

jadi..bangun dengan kekuatan sendiri..
jangan tenggelam dengan kekurangan pada diri..
kita pernah jadi Juara..
dari alam rahim lagi..
kita pernah berjaya..
jadi...kita kena terus buru kejayaan yang pernah kita dapat..

jangan simpan dalam hati..
nanti kita akan terkenang2 benda yang tidak sepatutnya..
kita boleh mengenang sejarah,
tapi sejarah untuk kita perbaiki diri..
bukan untuk menjadi bahan tatapan dan ratapan setiap hari..

www.tips-fb.com

Tuesday, March 1, 2011

Sepintar!!

Ini lambang sekolah ku...Sepintar

First gambar edit gune photoshop...masih dalam belajar

Ditengah ni kami main futsal dulu
video

Sepintar...
memori yang x kan aku lupakan..
banyak kenangan terpahat disana...
gembira, nakal, semua pon ada...

aku amat2 merindui kawan2 
sentiasa enjoy..amat selesa dengan korang...
juga cikgu2 yg banyak dah mengajar aku...
dari tergedek2, sampai kini boleh berjalan sendiri...

moga Allah berkati kesemuanya...
www.tips-fb.com

Laskar Pelangi..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Jari-jari terasa keras,
rasa hendak berhenti dalam semua perkara.
tapi bagi gagah jugak untuk kongsi perkara ini..

Cerita mesti tonton

Laskar pelangi..
Ada yang sarankan untuk menonton cerita ni..
sekarang, aku pulak nak cadangkan pada semua2 orang..
untuk tengok cerita ni...
penuh dengan pengajaran...
baru saja selesai tadi.

Kisah berputar di suatu tmpat,
SD Muhammadiyah,
sekolah kayu....
kelihatan sangat2 daif..
kalau hujan, pasti banjir...
kalau dirempuh, insyaAllah, runtuh...
guru hanya 3 orang..
mengajar tanpa mengharapkan balasan..
gaji yang tertunggak selama 2bulan..
tp x melunturkan semangat guru2 ini..
**tapi sorang tarik diri juga bila dah masuk tahun 5 pengajian..
**maybe sbb x tahan kot...
**so tinggal 2 jek guru pada tahun 5..

Sekolah ini utk anak2 yang daif..
pelajar 10 orang saja...
tak berkembang..
anak2 ni datang dengan semangat untuk belajar..
orang ramai sibuk mengata,
bila belajar disana,
hasilnya akan jadi kuli juga..

tapi, 
di sekolah ini lah...
terdidik jiwa2 yang kental..
tidak mudah berputus asa.
menjadi manusia yang memberi sebanyak-banyak nya,
dan bukan yang menerima sebanyak-banyaknya..

aku tertarik dengan perwatakan lintang..
**boleh kata sebagai watak utama juga..
pertama kali datang..
berbasikal...
tanpa kasut..
tapi semangat utk belajar...
genius dalam matematik..
anak seorang nelayan,

dia selalu mainkan peranan penting,
bagi motivasi kawan2 yang lain...
ikal yang putus cinta...
diberi semangat supaya tak putus asa...
sesudah dari kematian mudir mereka...\
ibu muslimah...tinggal sorang2 jek..
dia hampir menyerah...
murid2 pon dah mula xdatang kelas bila cikgu muslimah x datang sek 5 hari..
yang tinggal si Lintang ni dan Ikal..

Lintang yang main peranan..
bagi semangat pada ikal n kawan2 die yang lain...
dorg usaha sendiri, walaupun xda cikgu muslimah...
PASSION...
ni words yang sesuai utk babak ni...

sampai depa menang pertandingan kuiz antara sekolah...
Lintang perform...dia ligat dalam matematik..
tp bila dia balik utk tunjukkan sijil kat ayah die..
ayah die x pulang2...
Lintang amik peranan utk jada adik2 die...
terpaksa berhenti sekolah...

nak tau apa kesudahannya??
jom tengok sendiri...
bes2...
(padahal dah x larat nak taip..)

ok...
jumpa lagi di artikel mendatang...
www.tips-fb.com

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates