Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Thursday, February 23, 2012

Research..

Masa yg sangat pantas..
dah 6 bulan aku sambunng belajar...nak buat research..

tapi keadaan masih macam kanak2 yg baru belajar..
masih belum jelas dengan apa yg nak dibuat..
cuba tenangkan hati,bahawa aku masih baru..
tapi masa 6 bulan terlalu lama sebenarnya..lebih dari lama..
segan dengan orang2 disekeliling..
kerja xseberapa, main saja banyak..

usaha perlu diteruskan..
tapi sayang..banyak pula salah faham..
tersepit antara positif dan negatif...
bila nak bertanya, datang satu fikiran...
"kamu tak tahu usaha sendiri ke??"
kalau tak bertanya,nnt ini pula jawapannya,
"itu la..dari dulu orang suruh bertanya..sekarang dah terlewat"..

akibatnya, tersepit sorang2, syok sendiri dgn apa yg dibuat..
sekarang macam tenggelam punca..
apa yg patut aku buat utk jelaskan segala yg kabur ni?

banyak masa terbuang..tak pasti,sama ada aku yang buang,
atau orang yg hilangkan masa aku..
mungkin perlu lebih tegas..lebih berdisiplin..
takkan mampu utk gembirakan hati semua orang pada setiap masa..

rasa cam tak mampu utk teruskan...xpandai dalam kendalikan research..
tapi perjalanan masih panjang..usaha perlu diteruskan..
terus bergerak, sebab ia lebih baik dari berhenti dan hanya menunggu..

serabut, buntu...
-aku-
www.tips-fb.com

Wednesday, December 28, 2011

Life is "TER"-Open Secret

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Ini kisah yang kadang kala berlaku,
bila seorang rakan, meminta rakannya utk menyimpan rahsia..

STAGE 1
Level 1
A : Aku ada benda nak share dng ko hari ni. Aku nak cerita kat ko ni,sbb aku slalu share dgn ko,tp jgn kecoh2 kat orang lain.
B : OK! ape die..
A : Bla..Bla..Bla..(cerita rahsia itu)

Level 2
Bual kosong dengan C
C : A nampak lain jek ari ni..
B :  Ada sesuatu yang berlaku
C : Eh, Ye ke?
B : aku cita kat ko ni, ko jangan cita kat orang lain plak..
C : OK!
B : Bla..bla..bla...
.
.
.
.
.
.
.
Level 25
Y : Ko prasan tak, A skrg cam dah lain sket..bla..bla..bla.. (sambil cita rahsia si A)
Z : Owh..ye ke?
Y : Ko jangan gitau orang lain plak. Sbb X cakap jgn gtau orang lain..
Z : OK!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Level 26
Bila Z bertemu dgn A, untuk tanyakan kepastian. 
Z : Hai A, nape nampak lain skrg, betul ke...Bla..Bla..Bla..(sampaikan rahsia si A yang dapat dari Y)
A : Eh, erm, sapa gtau ko ni..(sambil mngeluh)
Z : Y gtau aku.

STAGE 2
Level 1
A : Weh, ko da gtau Z ke pasal apa yang aku cita kat ko ri tu?
(Sbb rapat, B gtau perkara sebenar)
B :  aku TERCERITA kat C jek, sbb ri tu dia tanya nape ko nampak len.
A : **mengeluh**

Level 2
B : Weh, nape ko g cerita kat Z pasal si A. haish, dia dah tanya aku tadi.
C : Erk, aku x cerita kat Z, aku cita kat D jek. D la kot yang cerita kat Z.Sory, TERCERITA..
 
Kalau lah macam ni, semua akan terbuka..
Harap aku tidak tergolong dalam kumpulan ini.

281211(2145)


www.tips-fb.com

Sunday, November 27, 2011

Kenangan dahulu...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Teringat kenangan dulu,
bila ada sorang ustaz datang dan sampaikan tentang jihad,
dan misi utk membantu palestin,
isu yang dibincangkan termasuklah boikot, dan seruan utk jihad disana.

bila ustaz tanya,
"kalau kita ada peluang untuk pergi kesana,kita nak pergi tak utk bantu saudara diPalestin?" (lebih kurang camni la, xigt ayat yg exact, tp maksud dia camni la)

Jemaah ramai yg bersemangat kata "Ya"..(tanda setuju)

Diakhir sesi..ustaz acah smua jemaah dgn wajah yg serius..

"InsyaAllah, kita dah buat persiapan untuk bawa orang2 kita pergi berjuang di Palestin, tempatnya terhad. Siapa yang nak pergi, datang ke depan"

Tapi waktu tu, semua kaku ditempat duduk masing2..huhu..temasuk la aku..

Kadang2, kita bercakap, sangat mudah..tapi aplikasinya belum tentu..
www.tips-fb.com

Sunday, October 30, 2011

Kita berbeza...

Setiap orang berbeza kebolehannya,
ada insan, Allah jadikannya genius.
mudah untuk faham dan menghubungkaitkan apa yg dipelajari,
dan ada insan, ia agak sukar untuk memahami,
disaat si genius berehat, dia mengorbankan masanya utk mengejar apa yg tertinggal, 
umpamanya dua insan sedang bergerak menuju ke destinasi,
seorang berlari, dan seorang merangkak,
ketika insan yg berlari berhenti berehat,
yang merangkak terus meneruskan perjalanan,
yang akhirnya mereka sampai ke destinasi yg sama pada masa yg sama.

Namun ada sesuatu hikmah yg membezakan kedua insan ini.
Insan yg merangkak tadi pastinya akan menjadi lebih tabah dan sabar,
Erti putus asa hampir saja mereka tidak kenali,
kerana yakin, Allah akan memberikan jalan utk mereka meneruskan perjuangan,
walaupun dalam keadaan kekurangan.

Yakinlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia,
tapi ianya penuh dengan hikmah membunga yang mungkin kita tidak nampak, 
seri derita itu akan kelihatan dipenghujung perjuangan.

-Muhasabah untuk diriku sendiri-
Nukilan - Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
www.tips-fb.com

Thursday, October 27, 2011

Memandang orang lain dengan kelebihan mereka!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Dah ber'abad' rasanya x update blog ni.
nk kata busy, boleh la tahan.
nak berfikir banyak2.

Dalam kehidupan ni,
kadangkala insan suka memandang sinis pada insan lain,
kadangkala,niatnya utk menegur,
tapi teguran yg disampaikan seolah2 menghina dan merendahkan orang lain.

Kita selalu cakap,
SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN MASING2,
tapi sejauh mana kita aplikasikan benda ni bila bercakap dengan orang lain?
Ya, aku tau, 
"kamu" hebat dalam bidang sains,
aku akui perkara itu sbb kelebihan kamu disitu,
aku hormat kamu sebagai seorang yg hebat dalam bidang itu,

tapi kita perlu ingat,
kita xboleh nilai semua orang dalam bidang yg sama, 
xsemua orang minat pada bidang sains.
ada orang minat pada memasak,
dan dia mencipta nama dalam bidang masakan,
ada orang minat bersukan,
dan mereka mencipta nama dalam bidang sukan,
ada orang minat bermain muzik,
dan mereka mencipta nama dalam bidang muzik,
ada orang minat pada tugasan2 dirumah,
dan mereka berjaya mencorak rumah tangga mereka dgn hebat,
menjadikan ahli keluarganya juga insan yang hebat,
SAMAKAH AKU DAN KAMU?


Setiap orang ada kelebihan dan kekuatan mereka,
pandanglah pada kekuatan dan kelebihan mereka,
jangan kita berasa tinggi diri dengan "title" yg kita ada,
yang menyebabkan kita memandang rendah insan lain,

INGAT!!!
KITA JUGA ADA KELEMAHAN SENDIRI,
seorang doktor yang hebat dalam menjaga kesihatan orang,
tapi tidak ada kelebihan dalam bersukan,
bagi doktor wanita pula,
bimbang ada yang tidak mempunyai kemahiran memasak,
dek kerana sibuk dengan tugasan sbgai doktor,
kurang pula masa utk menjaga dan tarbiyah anak-anak.
Seorang surirumah pada ketika itu akan menjadi lebih hebat dari seorang doktor,
anak2nya dididik sebaiknya,

Seandainya kita terus ego dengan kelebihan yang ada pada diri,
dan merendahkan insan lain dengan kekurangan mereka,
bimbang satu hari nanti,
tempat itu bertukar ganti,
pada masa itu,
Malulah diri yang egonya tinggi,
mulialah mereka yang punyai pekerti,

Inilah lumrah kehidupan,
setiap insan ada kelebihan, 
insan juga ada kelemahan, 
cari kekuatan diri, 
membina kegemilangan dengan kekuatan yg ada,
Kita tidak mahu mereka yang selalu bertanya,
"apa sumbangan yang aku dapat?"
tapi kita mendambakan insan yang sering bertanya,
"apa suimbangan yang boleh aku beri?"
www.tips-fb.com

Wednesday, September 7, 2011

Antara taubat dan alasan

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Apabila seseorang melakukan kesilapan,
ada dua cara yg selalu digunakan sebagai reaksi kepada kesilapan 
atau kesalahan yg telah dilakukan.

i. Golongan yang Bertaubat
Insan yg segar imannya, akan memilih jalan ini,
mereka akur dengan kesalahan yg telah dilakukan,
tiada ego yg menguasai diri melainkan rasa rendah diri pada Tuhannya,
dan dalam masa yang sama, sesudah taubat, mereka akan perbaiki kesalahan diri,
agar kesalahan tadi tidak lagi diulang,

didalam surah At-Tahrim,ayat 8,
Allah berfirman,
"Wahai orang2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha,
(taubat yg suci),mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(surah At-Tahrim, ayat 8)
seringkas-ringkas ungkapan yg menunjukkan kita ingin bertaubat adalah istighfar,
أستغفر الله
(Astagfirullah)


ii. Golongan yang beralasan

Ini antara sikap orang yg hatinya kurang segar dengan iman,
dan inilah yang diambil oleh orang2 munafiq 
ketika mereka meninggalkan seruan berjihad bersama Nabi,
sikap ini juga yang akan membezakan antara yg ikhlas dan sebaliknya,
sirah sahabat telah menunjukkannya,
dimana sahabat nabi, Ka'ab bin Malik, serta dua lagi sahabat lain,
(Murarah Al-Rabi' dan Hilal Ibn Aswad)
yang ketinggalan sewaktu perang Tabuk, sedangkan mereka mampu utk menyertai,
namun sesudah pulangnya Nabi dari medan Tabuk,
mereka memilih untuk bercakap benar berbanding dari memberi alasan.
sedangkan munafiq2 lain memilih utk memberi alasan.
(boleh rujuk kisah penuh tentang Ka'ab ini dalam 
Riyadhus Shalihin, Bab Taubat, jilid 1, cetakan Al-Hidayah)

Golongan ini juga mempunyai ego yang tinggi,
dan sukar untuk mengakui kesalahan diri mereka sendiri.
ego ini yg akan membina riak dan takabbur dalam diri.
sedikit demi sedikit yg akhirnya tebal menutup hati.

Rasulullah bersabda,
"Tanda-tanda orang munafiq itu ada 3,
i. Apabila ia berkata, ia berdusta
ii. Apabila ia berjanji, ia mungkiri,
iii. Apabila diberi amanah, ia khianati."
(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

 
Semoga Allah menjadikan kita Muslim yg baik.
Moga ada manfaat bersama
Wallahua'lam
www.tips-fb.com

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih untuk sahabat-sahabatku,...

Dari : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Hari ini dah hari terakhir di UTM,
Alhamdulillah, Allah izinkan aku habiskan perjuangan disini,
Alhamdulillah, Allah izin aku menongkah segala cabaran melintang dihadapan, 
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik,
Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah atas segala nikmat ini..
Aku yakin, Allah letakkan aku disini (UTM),
ada hikmah tersendiri dan aku pasti, ianya lebih baik bagi aku,
Walaupun tujuan asal aku, aku tingin sangat nak masuk UIA..

SEB/SWB in memory

Hurm, 4 tahun dengan kawan, 
susah senang sekali,
hari ini, hari terakhir,
ada sahabat lain sampaikan pada aku, 
kalau ukhwah yang terbina kerna Allah, 
Allah akan pelihara ukhwah ini,
Ya! aku percaya tentang tu,
Bertemu tidak jemu, 
Berpisah pula tidak gelisah.
Mudah2an Allah menjadikan kita insan yang mendapat,
lindungan arasy Allah di akhirat kelak, 
kerana kita bertemu dan berpisah kerana Allah.
Allahumma ameen.

Aku nak ucap terima kasih...
Especially kat sahabat2 sekelas aku..
Zarif...
3 tahun kat KP,
selalu tompang dia..
(dgn keadaanaku x berkenderaan)
g kelas, kliniik, jusco, makan, jalan2,
banyak lagi la..
sampai satu tahap, jadi segan nak minta tlg..
sbb rasa cam menyusahkan..
orang yg paling aku rapat,
(yg lain pon rapat juge..cuma paling rapat...)
orang yang dri 1st sem aku jadikan rakan utk bersaing dlm akademik..
(sampai sem 7 n 8, aku dh xnak bersaing dgn zarif lagi.haha...)
sbb aku xdpt fokus sgt pada akademik time ni...
paling bnyk tahu ttg aku..
(sbb aku cita kt die..hihi)
tak tau nak balas camne..
Jazakallah khairan kathira ya Sohib..
semoga Allah berikan kebaikan yang banyak kat ko..
Minta maaf sebab selalu nyusahkan ko utk 4 tahun ni...

Syed Adil...
panggil soyed...
banyak aktiviti sekali...
Maisac, Austic, program KP, kalau nak bersukan...
bnyak gak susahkan dia...
2 orang ja kawan aku yg sempat aku bawa tido rumah...
Soyed n Zarif..
so, family aku mmg kenal dua orang ni..
kenduri abg n kakak aku, 
kakak suruh aku ajak dorg ni..
"ajak la zarif n soyed"..
bukan x ajak yang lain...tp dua org ni yg dikenali..
kalau dalam bersukan, soyed ni mmg aku ske jadikan rakan utk bersaing..
walaupun sokmo kalah..tp xpa, sekurang-kurangnya ada peningkatan..
kalau zarif xda @ sibuk, aku akan minta tolong soyed.
g kelas, klinik, jusco @ tmpat2 lain...
dah segan jugak..
Thanks soyed..
Moga Allah berikan ganjaran yang baik untuk mu...

**penjelasan**
ada org penah usik2..
kononnya aku kuat jeles..
ya..mmg aku kuat jeles..
aku akan cemburu pada benda yg aku boleh ubah,
dan bawa kebaikan pada diri..
jgn pulak dlm hal yg tidak mampu diubah..


Fareez
Kawan aku paling sempoi...
hehe..peminat liyana jasmay..
dengan fareez..time musim exam..
kami akan stdy sama2...
bagus sebenarnya stdy skali ni...
ada benda yg kita x tau...leh tukar2 dgn kawan yg dah baca.
n kita pon leh ajar kwn kita..
tu la yg berlaku time musim exam,
n banyak gak benda yang jadi kenangan yg kelakor..
time buat assignment ekonomi, 
kan fareez kan??hihihi..
time bincang cara terbaik nak faham ekonomi...
hafal @ kismis @ photostat??
hihi..
neway, thanks a lot...mudah2an kita berjumpa lagi nnt..
Moga Allah kurniakan ganjarang yang baik pada mu...

Sahrul Amri, Amirul Ridhwan, Taufiq,
lps 3 tahun kat KP,
aku pindah ke k10...
antara tujuan aku stay kt k10...
aku nak rapat dengn chaoi, amirul, n taufiq..
rapat juga dulu...tp nak rapatkan lagi..
haaa....3 org ni la yg slalu aku kaco bila dah kat k10..
nak kemana pon...chaoi, taufiq n mirul...
antar ke stesen bas...g kelas...beli ikan...
pegi konfar...pegi beli barang.. broadband rosak...
semua minta tolong dorg..hahaha..
terima kasih banyak..
n minta maaf sangat sebab terlalu banyak susahkan korang...
tak tau ak balas camna..
n aku doakan,
Moga Allah berikan ganjarang yang baik untuk korang semua...


n untuk kawan2 lain...
yg berprogram sekali...
ber'tensen' sekali...
main badminton sekali...
tolong antar aku yg x berkenderaan..
samaada time nak balik penang, atau nk g mana2..
thanks a lot...
maaf sebab dh telalu banyak susahkan korang..
atau tegur yang sebabkan korang x senang...
Sangat hargai korang..

Aku x pasti, lepas dari ni...
sama ada kita akan terus berhubung @ akan terputus..
mudah2an kenangan di sini akan terus mekar dlm ingatan..
cerita ke anak cucu nnt...

akhir sekali...
Jazakumullah khairan kathira....
Semoga ketemu lagi, 
kalau tak di dunia, 
kita jumpa di akhirat sana...

www.tips-fb.com

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates