Posts

Showing posts from July, 2010

Kita kata "Teruknya Mereka Itu", tetapi......

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Sumber Idea : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Manusia, mudah terpengaruh dengan suasana sekitar. Lebih padah lagi apabila pemikiran dan sikap mudah menghukum menyebabkan banyak perkara dalam kehidupan diri seseorang itu terdidik untuk menjadi negatif. Jangan mudah menghukum, sebelum tahu kebenarannya. PANDANGLAH MEREKA DARI SUDUT POSITIF, SEHINGGA KITA MENGETAHUI KEBENARANNYA. Kita tidak diajar untuk menghukum seseorang itu sebelum kita mengetahui kebenarannya. Kerana kebenaran itu mungkin pada mereka. 1. Kereta Merah Itu... Pagi Isnin... "Alamak, dah lewat ni. mesti sangkut punya. Waktu sekarang selalunya dah banyak kereta"  mengelabah Awin bila melihat jam di dinding. Awin merupakan seorang staf di salah sebuah hospital dibandar. Tanpa membuang masa, dia meluru keluar untuk memecut laju keretanya. Seperti dijangka, jalan telah sesak dengan kereta yang tersusun panjang membentuk dua baris.  "Argghh, tie pulak l

Tarbiyah Kendiri

Pencetak semula : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Penulis Asal : Hilal Asyraf Artikel dari Hilal Asyraf amat kena dengan diri ini.Moga sahabat-sahabat lain yang berada dijalan dakwah dapat mengambil apa yang baik dari artikel ini. Pernah rasa keseorangan dalam usaha menjalankan tarbiyah(didikan) terhadap diri? Jauh dari rakan-rakan dan sahabat yang mampu membantu diri untuk menjadi hamba Ilahi? Apakah kita apabila tercampak di mana-mana keseorangan, atau terputus hubungan dengan rakan-rakan yang berbuat kebaikan, maka kita tidak lagi perlu menggerakkan proses untuk membawa diri kita menjadi hamba yang Allah redha? Lumrah manusia kuat apabila bersama, lemah apabila bersendirian. Namun bersendirian bukan alasan untuk terus berada dalam kelemahan. Di sinilah wujudnya tarbiyah kendiri. Kita memproses diri kita sendiri. Kenal Allah Step pertama dan utama dalam menggerakkan proses tarbiyah kendiri ini, semestinya adalah dengan mengenal Allah. Hal ini kerana, apabila menggerakkan t

SYARI'ATIK DAN SAINTIFIK

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Sumber Idea : Saiful Islam Training and Consultancy      Bagaikan masuk ke rumah yang banyak sawang labah-labah. Mungkin inilah yang dapat diumpamakan dengan blog saya ini. Ideanya banyak, tapi disebabkan kemaslahatan dan ditambah pula dengan sikap yang kurang rajin menyebabkan idea-idea yang dikongsi tersimpan sendiri.             Hari ini (25/7/2010), ada satu lagi input baru yang dapat dari ustaz Hasrizal@Abu Saif. Alhamdulillah..dan teringin pula nak berkongsi dengan yang lain, penerangan tentan SYARI'ATIK dan SAINTIFIK.     SYARI'ATIK ni boleh kita katakan sebagai SYARI'ATULLAH.Iaitu satu SYARAT@SURUHAN yang Allah tetapkan utk kita patuhi. Yang keduanya, SAINTIFIK. SAINTIFIK ni, zaman dolu-dolu, boleh dikatakan HUKUM ALAM dan kalau dalam istilah agamanya, kita katakan sebagai SUNNATULLAH.     Ok.selesai pengenalan perkataan. Apa pentingnya dua perkara ini dalam kehidupan manusia?? Boleh tak kalau kita jadi salah satu dari d