Posts

Showing posts from 2008

DIMANA IMAN

DIKALA INI, KEMANA IMANKU PERGI, JIKA IMANKU DIIBARAT HATI, BAGAI HATI YANG CEDERA NGERI PARAH, PENUH TOREHAN BERDARAH, SEKARANG BAGAI SUDAH BERNANAH, ULAT PULA SIBUK MERATAH JIJIK, AKIBAT PERBUATAN SENDIRI, LUPA UNTUK BERJUMPA ILAHI, MAHA DOKTOR YANG MAMPU MENGUBATI, TIADA IKHTIAR UNTUK BERSIHKANNYA, BUSUK KOTOR DIPANDANGAN MATA YA ALLAH KUHARAPKAN IMAN YG SUCI, NIKMAT YG TIDAK HABIS, MENGIRINGI MUHAMMAD, DI SYURGA TERTINGGI SELAMANYA (1) TUHAN-KU SAYANG, TUNJUKI AKU, LURUSKAN DIRIKU, KUPOHON PETUNJUK, JUA KELURUSAN HANYA PADA-MU (2) WAHAI TUHAN YANG KU RINDUI, TEGUHKANLAH DIRIKU, JADIKAN AKU PEMBIMBING, YANG SELALU MEMBIMBING (3) YA RABBUL IZZAH, KABULKANLAH DOAKU, AMIIIN.. -Abu Faris ‘Audah- -13/11/2008, 7.16 am- -2jam sebelum peperiksaan Matematik Kejuruteraan.Doakan aku menjadi Muslim Soleh- 1 Hadith Riwayat Ibn Hibban, no 2436. Dari Ibn mas’ud , Shahih Muwaaridizh Zham-aan,no 2065 2 Hadith Riwayat Muslim, no 2725 3 Hal ini ditunjukkan oleh doa Nabi untuk Jarir. Hadith riwa

OH UJIAN!

Redup, Ceria, Aman, Tenang Sungguh bahagia, Mengapa hanya sedikit yang bersyukur? Kerna Ujian,kita mengeluh, Iman menjadi lusuh, Lupakah manusia? Ujian mengiktiraf iman, Juga menghapus dosa, Allah arif kemampuan kita, Kita boleh menanggungnya, Kenapa pandang kelemahan? Dimana kekuatan iman? Kelemahan jadikan kekuatan, Itulah cirri orang beriman. Nukilan, -Abu Faris Audah- -31/10/2008- -10.54 p.m.-

SALAH MENDUGA

Image
Diambil dari : http://ibnu-qayyim.blogspot.com/2008/10/dr-maza-salah-menduga.html Sumber asal : http://drmaza.com

TINTA HATI

Ku panjatkan kesyukuran, Pada Allah yg Maha Hebat aturan-Nya, Dia tak berikan apa yg aku inginkan, Dia beri apa yg aku perlukan, Dia tak memberi aku kesenangan, Untuk aku memahami erti kehidupan Tinta hati buat insan teristimewa, Sentiasa bersama tika tangis dan tawa, Tanpa mereka terasa kosong dunia, Bukan niatku untuk agungkan mereka, Tapi menghargai ukhwah yg terbina Merekalah permata berharga, Tak ambil kesempatan di atas kebaikan, Membantu tikaku susah dan resah, Sumber kekuatan pada diriku, Disaat aku lemah tanpa daya Simbahan Kasih, curahan sayang, Buat ummi abi tercinta, Jasa mereka infiniti banyaknya, Mencorak aku sebagai insan beragama, Ku pohon rahmat dan maghfirah, Khas buat mereka berdua, Semoga dikumpul disyurga sana Di jalan dakwah kita dikumpulkan, Doa ku pohon pada Tuhan, Agar kita disinari ketaqwaan, Sampai hari kemenangan -Abu Faris ‘Audah- -Ahad (12/10/2008) –

PEJUANG YANG KEMBALI (FARIS ‘AUDAH)

Wahai mujahid kecil, Tubuh yang kerdil, Mempunyai semangat pembedil. Ditusuk fitnah serta diugut, Terus melangkah tanpa takut, Seruan jihad tetap disahut, Walau diancam,nyawa dicabut. Engkau pejuang cilik, Tangkas bagai helang menyambar, Pantas bagai kuda berkejar, Garang bagai singa yang lapar, Segalanya kerna Allah Rabbul Akbar. Ingatlah wahai anakanda! Jangan leka pada syurga sementara, Jangan tergoda pada indahnya wanita, Cantik rupanya,tetapi fitnah bagi pemuda, Jangan hanyut dengan rakan sebaya, Jadilah qudwah pejuang agama, Segera sedar andai terlupa, Segera bangun andai terlena, Allah berjanji pasti dikota, Menang didunia,engkau bergembira, Seandai ikhlas tidak dinoda, Gugur syahid, pasti ke syurga. Wahai pejuang dinanti, Anakanda abi, permata umi, Harapan pada ummah masa kini. Nukilan, -Abu Faris ‘Audah- -Jumaat,10/10/2008- -9.09 p.m.- Sajak ini dicipta khas untuk seorang syahid kecil Faris ‘

SAYANG GURUKU

Ilmu tanpa amal, Ia dikata sia-sia, Amal tanpa ilmu, Ia adalah gila, Disinilah aku mengerti, Apa erti ilmu Aku mengenali ilmu, Dari jasa seorang guru, Pepatah sungguh kejam, Ibaratkan guru sebagai lilin, Guru dilupakan, Setelah lilin habis dibakar Guru adalah mentari menyinar, Cahaya dipancar terang dan ceria, Bila tibanya malam, Cahayanya masih ada, Dihantar oleh bulan yg indah Dikala malam mendung kegelapan, Esok pasti dia kembali, Menyuluh kegelapan semalam, Bersinar dan terus bersinar, Sampai Hari Yang Dijanjikan Ya Allah, Kau ampunilah dosa guruku, Kau sinari mereka, Dengan rahmat dan hidayah-Mu, Seperti mana mereka menyinariku, Untuk mengenali-Mu, Tuhan Yang Satu, Temukan kami ditaman syurga-Mu. AMIN... Nukilan, Abu Faris ‘Audah 23/9/2008 12.24pm -Sajak ini aku hadiahkan kepada semua guruku yg banyak member tunjuk ajar padaku utk mengenali Allah dan Rasul-Nya.Jazakallah khairan kathira,

BANGUN BERSAMA CINTA

Image
Indahnya, Tidur yang diulit mimpi, Mimpi yang penuh hiasan duniawi, Harta, anak dan isteri Malangnya, Tidakkah aku terfikir?, Semua itu untuk sementara, Penyebab kepada lalainya manusia, Menjadikan aku jauh dari dari-Nya Lena yang berpanjangan, Sapaan iman yang membangkitkan, Dari lena yang penuh kelalaian, Lena yang hampir membawa kehancuran, Lena yang mengundang kemurkaan Tuhan. Kini, Aku bangun bersama cinta-Nya, Bangun ku hari ini, Untuk menjadi pejuang, Mujahid sepanjang zaman. Nukilan, -Abu Faris ‘Audah- 16 September 2008 12.57pm (Selasa)

TIKA IMAN BERIRAMA

Dahulu engkau dijaga bersih, Dikawal dari terjahan nafsu melulu, Kini kau kelihatan bebas, Nafsu bagai kawan setia, Tarbiah semakin berkurangan, Satu per satu ibadah kecundang, Dimana khusyuk solatmu? Sebagai senjata pencegah munkar, [i] Dimana kekuatan doamu? Sebagai senjata orang mukmin, [ii] Allah tidak akan mengubahmu, Sehingga kau mengubahnya sendiri, [iii] Seketul daging sebagai penentu, Jika baik, baiklah tuannya, Jika rosak, rosaklah tuannya, [iv] Hindari kata nafsu, Kerana, Mungkin padamu sesuatu itu indah, Sedangkan tuhanmu berkata tidak, Mungkin padamu sesuatu itu gundah, Tetapi disana ada keredhaan-Nya, Dia lebih mengetahui darimu. [v] Bertaubatlah!!! Selagi pintu keampunan masih terbuka. [i] Surah Al-Ankabut, ayat 45 [ii] Hadith [iii] Surah Ar Ra’d, ayat 11 [iv] Hadith dari Jabir, riwayat Muslim dan Tirmidzi [v] Surah Al-Baqarah, ayat 216
Image
sajak ini hasil nukilan mufti perlis -Sahibus Samahah Dr Mohd Asri Zainal Abidin-

Mohon Bantuan Rakan2!!

Assalamualaikum.. ana nak mohon bantuan sahabat2 yg ada rakaman video @ mp3 ceramah SYEIKH FUAD JAMALUDIN AL-MALIKI.. tolong berikan pada ana ek.. dia ahli majlis fatwa ngri 9..

Sejuta Kemaafan!

Assalamualaikum warahmatullah... ana mohon sejuta kemaafan diatas masalah yg dihadapi utk mengedit blog ni.. kepada sahabat2 yg lain..salam perjuangan utk semua..

KEMBALIKAN SINAR

Kian Hari Kian Suram, Semakin Hati Semakin Kelam, Sinaran yg terpancar,tiba-tiba terpadam, Penglihatanku skrg penuh Hitam! Hitam disekeliling, Dimana Aku? Kemana Arah tujuku? Aku inginkan Sinaran itu kembali, Ya Allah, Cerahkan Penglihatanku Semula, Kembalikan Sinar gemilang padaku, Aku bimbang, Aku takut, Aku tak mahu terus dalam kegelapan, Ya Rahim, Kembalikan Sinaran-Mu Padaku, Amin.. Nukilan, -Mujahidin Pro Tajdid-

DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah, Aku Memohon pada-Mu, Jika dia diciptakan untukku, Peliharalah hubungan kami, HIndarkan kami dari melanggar batas syariat-Mu, Jadikan hati-hati kami, Sebagai taman mardhiah-Mu, Jika dia bukan milikku, Kau pisahkanlah kami, Asingkanlah hati-hati kami, Antara timur dan barat, Agar kami menjadi hamba-Mu yg bertaqwa, Ya Allah, Aku percaya pada janji-Mu, Lelaki Baik untuk wanita baik, Kau kurniakanlah yang terbaik buat kami, Hanya Engkaulah yang dapat membantu. Amin.. Nukilan, -Mujahidin Pro Tajdid-

Ku Ingin Kembali

Cinta Manusia, Manusia akan pergi, Cinta Bunga, Bunga pasti akan layu, Cinta harta, Harta pasti akan musnah, Cinta pada Ilahi, Itulah cinta hakiki yang kekal abadi, Jauhku mencari cinta, Tetapi semua menyakitkan, Apalah yang ada pada cinta di usia muda, Jika agama digadai, Diri dilumuri dengan fitnah wanita, Yakinlah wahai sahabat, Ia amat mensia-siakan, Ketika itu, Iman seolah-olah tercabut dari diri, Ya Allah,jauhkan aku dari perkara sebegini, Syaitan berbangga diri, Anak cucu Adam telah Berjaya dipesongkan, Meniti kehancuran demi kehancuran, Ya Allah, Aku hamba yang lemah, Jauhkan aku dari Ilmu yg tidak bermanfaat, Jauhkan aku dari Hati yg tidak khusyuk, Jauhkan aku dari Do’a yg tidak mustajab, Jauhkan aku dari Nafsu yg tidak terkawal, Ya Allah, Jauhkan aku dari Syak dan syirik, Akhlak buruk dan munafiq. Janganlah Engkau memesongkan hati-hati kami, Sesudah Engkau memberikan pada kami Petunjuk dan Hidayah Mu, Rugilah kami di Dunia dan di Akhirat, Jika hidup ini tidak disinari dengan

TERUSKAN BOIKOT DENMARK!!

Assalamu’alaikum Mesej dari sahabat kita mengenai kesan boikot keatas Denmark. Great news Hope you all know about the Denmark Newspaper who made fun upon our loving Prophet and till now they never regret… let us make them regret for all time… The Denmark ambassador, prime minister and Denmark channel they all try to do something just to stop the boycott made by Muslims last month, by which their losses has reached to 2 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products after 7 months it could reach around 40 billion Euro's destruction. Dear brothers, please spread the news to all your friends you know in order to rise up our spirit and warning Denmark and other hostile nations towards Islam, we Muslim are united and not easy to break against any one who think to harm or insult Almighty's message peace be upon him. Believers do not let this message stop in your PC. سفير الدنمارك ورئيس الوزراء والقناة الدنماركية يسعون إلى ايقاف المقاطعة والتي وصلت الخسائر و

TAUFAN KEHANCURAN UNTUK BN!!!

Keputusan Pilihan Raya telah p4n kita ketahui.. Satu kejutan telah dilakukan oleh rakyat malaysia.. Sebelum Pilihan Raya..Iklan-iklan di TV sering mewar-warkan bahawa Pembangkang adalah "The Worst Ever" Najib mengeluarkan kenyataan supaya jangan serang peribadi..Namun,selepas itu,beliau sendiri menyerang peribadi seseorang dalam kempennya.."CAKAP XSERUPA BIKIN"..orang yg diserang najib pula adalah seorang yg dikenali sbg Ulama.. seorang yg dihormati dan disegani iaitu Tok Guru Nik Aziz. Apabila keluar keputusan PRU di kelantan,hampir berguling saya ketawa.BN bagai di "BULI".BN pasti malu.. Mana tak nye..belum lagi mengundi dah nak lantik MB kelantan baru.AWANG ADEK.Tapi beliau sendiri tewas dgn Saudara Nasharudin Mat Esa.Seorang yg baru bertanding di kelantan,bertanding di kawasan "kubu Kuat" (kononnya)Awang Adek. Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor..Habis kesemuanya.3 negeri diluar jangkaan dapat ditawan.Ini menunjukkan "GELOMBANG TAJDID PEM

Bicara Buat Yang Menang Dalam Merebut Jawatan

Selamat bertugas sebagai wakil dan pemimpin rakyat. Anda akan memimpin kami di dunia ini. Akhirat nanti Allah akan bertanya kami mengenai anda semua. Seperti mana hari ini kami diberi peluang untuk mengundi anda, berilah juga kami peluang untuk menjawab yang terbaik mengenai anda pada hari kiamat kelak. Kami tidak ingin mendakwa anda di sana nanti, maka adillah kepada kami di dunia ini. Seperti biasa, setiap pagi Sabtu selepas solat Subuh dan memohon kekuatan daripada Allah, saya akan mengadap komputer untuk menulis ‘Pena Mufti’ bagi keluaran setiap Hari Ahad. Sabtu pada waktu artikel ini ditulis (semalam) saya begitu mengejar waktu. Maklumlah hari Pilihanraya Ke-12 negara kita. Tempat mengundi saya pula di Seberang Perai. Bukan di Perlis. Selepas tulisan ini disiapkan, saya akan bergegas ke sana. Untuk memilih calon yang paling berkualiti dari sudut kemampuan kepimpinan dan nilai peribadinya. Itulah pegangan saya. Bukan pakaian; serban atau songkok, atau jenis kereta; murah atau mahal

Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan. Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentinga

Bisikan Kerinduan

Kita sukar membina kerpercayaan, tetapi ia mudah untuk diruntuhkan. Kekuatan diperlukan untuk mempertahankan, kesabaran dalam semua dugaan, Kadang2 mampu menggugat iman Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang bersyukur, jadikanlah aku hamba yang bersabar, Agar aku sentiasa redha dgn setiap ketentuan. Sesekali, Titisan air mata berguguran utk memujuk duka, Hati yg tercalar parah kerna ditimpa musibah, Dek kerana kesilapan sendiri, Keterlanjuran diri dlm berkata, Aku manusia yg penuh dgn salah dan lupa. Tetapi, Duka yg dialami pasti menjadi indah, Satu kenangan dlm menjadikan diri insan bertakwa, Berkat kesabaran sesudah diuji. Doaku padamu Ya Allah, Jngnlah Engkau(Allah) serahkan diriku pda diriku, nescaya aku akan menzalimi diriku sendiri, dan jgnlah Engkau serahkan diriku kepada org lain, nescaya mereka akan lalai(binasakan) aku. Bimbinglah kami Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan utk bertaut pd Engkau, Hapuskanlah sifat mazmumah dlm diri kami, Hiaskanlah kami dgn sifat2 mahmudah. Kabulk

Mari Mengenal Imam Bukhari!!

Imam al-Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah atau dikatakan bin Yazdabah. Sesetengah orang menggelarnya Ibnul Ahnaf, Abu Abdullah bin Abil Hasan al-Bukhari al-Hafiz. Imam al-Bukhari termasuk salah seorang daripada enam pengumpul dan penyusun kitab-kitab hadis yang terkenal dalam dunia Islam iaitu Muslim,Ibn Majah,Tirmizi,Abu Daud dan Nasaie, yang mana kitab-kitab mereka dikenali sebagai Kutub as-Sitttah . Beliau dilahirkan pada hari jumaat 13 hari bulan Syawal 194H. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil dan Imam Bukhari membesar dan tumbuh di bawah asuhan ibunya. Beliau meninggal pada hari Sabtu, 1 hari bulan Syawal 256H iaitu ketika beliau berumur 62 tahun setelah meninggalkan jasa yang cukup besar kepada Islam dan umat Islam yang berguna sehingga hari kiamat. Imam al-Bukhari adalah seorang yang telah terkenal akan kehebatannnya dalam hadis, sehinggakan apabila sesebuah hadis itu disebut sebagai "riwayat al-Bukha

Pilihanraya: Antara Calon Dan Keperluan Rakyat

Sudah beberapa hari Parlimen kita dibubarkan. Teka-teki tarikh pilihanraya sudah berhenti. Apa yang sedang panas diperkatakan adalah teka-teki siapa calon-calon yang bakal ditempatkan oleh pertubuhan-pertubuhan politik yang akan bertanding. Ada insan-insan yang membayangkan mimpi indah dan ada juga yang bimbangkan mimpi gundah. Saya tidak ingin memperkatakan tentang nasib mereka, tapi ingin memperkatakan tentang tangan-tangan yang ingin memilih mereka. Samada tangan itu pemimpin tertinggi pertubuhan-pertubuhan politik, atau rakyat yang akan mengundi nanti. Saya amat tertarik dengan surat Saidina Abu Bakr al-Siddiq yang mengandungi wasiat tentang calon pilihannya dalam menggantikan beliau yang ketika itu begitu teramat uzur. Beliau meminta supaya Saidina ‘Uthman menulis untuknya seperti berikut: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Inilah apa yang diamanatkan oleh Abu Bakr bin Abi Quhafah pada waktu terakhir kehidupan di dunia dan sedang keluar daripadanya, serta pe