Hidup Terbuang, Mati Terbilang

Bismillah

Assalamualaikum

Sejarah selalunya memaparkan para ulama akan dihina pada hidupnya. Namun, sesudah ketiadaan mereka..Manusia akan menilai semula perjuangan mereka. Dan nama mereka akan terus mekar sebagai Pejuang Agama.


Ibn Taimiyah mati didalam penjara, namun kini, namanya disebut2 oleh ulama2 muktabar. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi meletakkan padanya gelaran "Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah"

Hari ini saya nak bawakan kisah tentang seorang pejuang yg kita seringkali sebut apabila membacakan hadith..Iaitu Imam Al-Bukhari,. Nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah.(194-256H)

Petikan ini dipetik dari Artikel Dr Maza : (sini)

Ini tidak pelik. Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur’ah. Tuduhan ini datang dari gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli.

Apabila beliau berpindah ke Bukhara, beliau disambut hebat oleh penduduk negeri berkenaan. Malangnya, tokoh ilmuan yang hasad kepadanya itu menulis surat pula kepada Gabenor Bukhara: “Lelaki ini menonjolkan diri menyanggahi sunnah Nabi”. Lalu al-Imam al-Bukhari dikeluarkan dari Bukhara.

Menariknya, apabila ditanya al-Imam al-Bukhari tentang ujian itu, beliau menyatakan: “aku tidak peduli selagi agamaku selamat”. Kemudian sebahagian penduduk Samarkand menjemputnya ke negeri mereka. Namun berlaku perbalahan dan fitnah di kalangan penduduk, ada yang setuju beliau datang, ada yang membantah. Akhirnya bersetuju menerima kedatangan beliau, tapi ketika beliau menaiki kenderaannya itu menuju ke sana, beliau meninggal sebelum sempat ke Samarkand. Demikian kisah sedih akibat hasad dengki yang menimpa seorang imam yang agung al-Imam al-Bukhari (lihat: al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 12/453-464, Beirut: Dar al-Fikr).

Hidupnya dibuang orang, namun matinya tetap terbilang. Hari ini apabila orang membaca hadis, nama beliau disebut dan kekukuhan riwayat beliau dalam ‘Sahih al-Bukhari’ diakui oleh sekelian sarjana. Akidah al-Bukhari diakui sebagai akidah yang sahih dan benar, ilmunya diiktiraf dan jasanya dikenang. Namun siapa yang membaca sejarah perit perjuangan ilmu, tidaklah sangka demikian nasib yang menimpanya.

-Artikel Tamat-
Banyak lagi para Ulama yg ketika hidup mereka bagaikan terbuang dan amat hina, namun sesudah itu, nama mereka dijulang sebagai pejuang, dan merekalah wira..


Perit Perjuangan pasti akan dirasa para pendakwah. Mudah-mudahan segala perit yg dialami mendapat ganjaran dari Allah Jalla Wa 'ala. InsyaAllah...


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??