Posts

Showing posts from October, 2011

Kita berbeza...

Setiap orang berbeza kebolehannya, ada insan, Allah jadikannya genius. mudah untuk faham dan menghubungkaitkan apa yg dipelajari, dan ada insan, ia agak sukar untuk memahami, disaat si genius berehat, dia mengorbankan masanya utk mengejar apa yg tertinggal,  umpamanya dua insan sedang bergerak menuju ke destinasi, seorang berlari, dan seorang merangkak, ketika insan yg berlari berhenti berehat, yang merangkak terus meneruskan perjalanan, yang akhirnya mereka sampai ke destinasi yg sama pada masa yg sama. Namun ada sesuatu hikmah yg membezakan kedua insan ini. Insan yg merangkak tadi pastinya akan menjadi lebih tabah dan sabar, Erti putus asa hampir saja mereka tidak kenali, kerana yakin, Allah akan memberikan jalan utk mereka meneruskan perjuangan, walaupun dalam keadaan kekurangan. Yakinlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia, tapi ianya penuh dengan hikmah membunga yang mungkin kita tidak nampak,  seri derita itu akan kelihatan dipenghujung perjuangan. -Muha

Memandang orang lain dengan kelebihan mereka!

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Dah ber'abad' rasanya x update blog ni. nk kata busy, boleh la tahan. nak berfikir banyak2. Dalam kehidupan ni, kadangkala insan suka memandang sinis pada insan lain, kadangkala,niatnya utk menegur, tapi teguran yg disampaikan seolah2 menghina dan merendahkan orang lain. Kita selalu cakap, SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN MASING2, tapi sejauh mana kita aplikasikan benda ni bila bercakap dengan orang lain? Ya, aku tau,  "kamu" hebat dalam bidang sains, aku akui perkara itu sbb kelebihan kamu disitu, aku hormat kamu sebagai seorang yg hebat dalam bidang itu, tapi kita perlu ingat, kita xboleh nilai semua orang dalam bidang yg sama,  xsemua orang minat pada bidang sains. ada orang minat pada memasak, dan dia mencipta nama dalam bidang masakan, ada orang minat bersukan, dan mereka mencipta nama dalam bidang sukan, ada orang minat bermain muzik, dan mereka mencipta nama dalam bidang muzik, ada orang minat pada tugasan2 dirumah, dan