Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Wednesday, November 17, 2010

Salam Perantauan Dari Kami

Penulis: Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Salam Perantauan dari kami


Sempena Hari Raya yang mulia ini,
kami ingin mengucapkan selamat hari raya,
kepada semua ahli keluarga yang jauh dikampung,
rakan-rakan dan kepada sesiapa jua yang mengenali kami berempat ini.
tidak lupa juga kalau-kalau ada yang terlepas ke Singapura atau Indonesia.
Juga kepada semua orang yang sambut hari raya ini.
tak kira..dimana jua anda berada.
Semoga ceria-ceria selalu dihari raya ini.
oleh kerana hari raya kali ini,
tidak ramai yang membuat ucapan,
jadi, pihak penganjur telah mengizinkan kami,
untuk membebel dengan lebih panjang sedikit dari kebiasaan.

pesanan untuk rakan-rakan pula.
jangan lupa bawa balik laksa ye..
**pesanan ini khas dari Hadi kepada rakan2 yang lain**
sudah-sudah la tu cuti..
bila lagi nak study?
ok..saya nak kena sambung study ni...
busy2...


Salam Perantauan dari kami,
Hadi, Zarif, Soyed, Fareez
European Best University, Kazambo

Saya Abdul Hadi

Hai..Saya Mohamad Zarif....Rajin x saya?


Ismi Syed Mohamad Adil
I am Mohamad Fareez
Sesudah solat Eid..Pak Arab jek ramai kan...(Fareez xde..xjumper)
Bergambar bersama Arafat (tgh) dan rakannya (kiri sekali)

www.tips-fb.com

Sunday, November 14, 2010

Info Sunnah : Puasa Arafah

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Sumber : Akhi Hikam (via SMS)

Nabi S.A.W. bersabda, 
"Tidak ada satu hari pon yang lebih baik disisi Allah, 
melainkan hari Arafah"
(Hadith riwayat Ibn Hibban dan Abu Ya'la
Dishahihkan oleh Imam Adz Dzahabi)

Dari Abu Qatadah Al-Ansari R.A. katanya, 
Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Arafah,
Jawab baginda S.A.W.,
"Semoga dapat menghapuskan dosa yang tahun lalu,
dan yang akan datang"
Hadith Riwayat Imam Muslim

Mahkamah tinggi Daulah Saudiah mengistiharkan,
Wukuf di Arafah jatuh pada 15/11/2010 (Isnin),
dan Aidiladha pada 16/11/2010(selasa).

Sunnahnya,
berpuasa pada 15/11/2010 (Isnin)
bertepatan dengan waktu para jemaah haji berwukuf.

adapun pendapat yg mengatakan mngikut pemerintah.
pendapat itu akan diterima pakai pada negara yg tidak mendapat informasi,
ttg bilanya wukuf di Arafah.
(tapi sekarang internet dan handset dan macam2 lagi alat perhubungan ada.
cam mustahil xda sapa xtau...huhu)

berkaitan hari raya pula..
kita sambut ikut pada pemerintah...
atau dalam kata lain.
mengikut suara majoriti..
bermakna..kita menyambut aidiladha pada 16/11/2010...

Wallahua'lam...

JADI ANJURAN SAYA PADA KALIAN.
MARILAH BERPUASA ARAFAH PADA ESOK HARI.
KERNA IA LEBIH BERTEPATAN DENGAN SUNNAH.
www.tips-fb.com

Thursday, November 11, 2010

Eksiden Pulak...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

-- PART 1 --
Situasi Yang Berlaku

 First paper untuk sem ke 7 baru jek abis...
dua jam pegang pensel dan menulis tanpa henti...
pastu tangan cramp bila stop menulis lepas dari 2 jam..
Alhamdulillah...sempat habis dulu sebelum tangan cramp..

dah abis exam...
seperti biasa, nak bgi hadiah pada diri masing2..
aku n kawan2 sepakat...kita p makan cendoi...oK?
Aku, Syah, Ad, Am dgn Sofi..
ok...tapi balik solat dulu la..
dah solat smua..kami cadang nak p dengan keta la..

tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya...
haish...mana Am ni...
gling..glang..gleng..glong..
ada mesej baru..Ad tanya..
"Bila nak sampai? dah 5 jam tunggu ni"
toink2..jap2...aku pon xdpt kabar berita dari Am lagi ni..
dok sat pastu(tidak lama sesudah itu) ...ada info baru..
keta bateri prob..keta xleh nak start..
jom p tengok Am sat..
aku pon info la kat Ad n Sofi..
"keta ada prob ni..xleh nak hidup..korang p dulu la.
nnt kami pegi"
pastu aku dah xdpt apa2 reply..
keta tetap tak sihat..
jadi Am pon p la pinjam moto..

gaya nak kuar dari kolej tu kan..
nampak Ad dgn Sof dlm keta proton saga..
pala otak aku ligat dok pikiaq..
dorg ni pinjam keta dari sapa??
sebab pa driver wanita??
siap ada baby lagi kat sebelah.??
nih scandal nih...hahaha...
(haaaiippp....positif...positif...)
Ad plak tunjuk tgn kat aku gaya cam nak kata "cancel" pon ada..
pastu keta tu terus bergerak masuk dalam kolej wanita...
**time tu aku tgh jalan nak g kat keta tu**
dalam hati aku...
"oOOo...dah dapat awek baru..kawan lama ditinggalkan"
--** padahal bukan diorg yg drive pon **--
berlari-lari utk selamatkan diri..

Gaya kemalangan yang stylo...

alih2...tgk moto Sofi tersadai kat sebelah tu..
calar balar juge le...
oOo...eksiden rupanya..
Innalillah wainnailaihiraji'un...
diorg eksiden sebab nak datang kat kitorang....
**sedih**(xpasal2 kan)
cara mereka kemalangan boleh dibaca di laporan ini:
Kemalangan Tak Berapa Ngeri di Kolej 9
pastu aku gtau kat Syah...jom kita p tengok dorg..
 hah...pastu..kami masuk la juge dalam kolej tu...
bila dah jumpa..tgk kaki Ad dah tangkap leleh meleleh darah...
Sofi plak senyum2 sakit...hah..dapat bayangkan x??
pastu dorg dibawa ke klinik..
MasyaAllah...Allah uji dua orang sahabat aku ni...
moga jadi Kaffarah dosa...

"Allahumma ajirhuma fi musibati, wakhlifhuma khairan minha"
(Ya Allah, berikanlah ganjaran yg baik pada mereka berdua atas musibah ini,
dan gantikan bagi mreka berdua perkara yg lbih baik darinya (perkara yg hilang)"
(doa dipetik dari buku hisnul muslim, dari riwayat Imam Muslim)

**^** Cerita ini adalah bukan rekaan semata-mata, 
ada kaitan dengan yang hidup, dan tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia**^**


-- PART 2 --
Ibrah (Pengajaran)

Macam2 benda kami hadapi utk nak keluar kali ni..
apa hikmahnya?
 1. Tak kuar terus lepas exam
2. Lewat sket kuar..sebab Am abis exam lewat sket.
3. Keta Am rosak..
4. Ad n Sof eksiden..

program kami dibatalkan pada hari tu..
tapi apa yg aku nak bawa disini..peringatan...

Jangan Ber "kalau"2

Alhamdulillah...kami (watak2) tak terjebak dalam ni..
tapi
Macam dah jadi kebiasaan pada manusia...
kalau ada benda kurang baik berlaku cam eksiden ke, kalah dalam pertandingan ke..
mesti ramai yang akan sebut.

"Kalau kita tak pergi ikut jalan ni tadi, mesti x kemalangan"
"Kalau aku jawab point dia mcm ni, mesti menang punya tadi"

Permasalahan ni berkait dengan qada dan qadar..
so, xpayah "kalau"2..
tapi carilah hikmah disebalik apa yang berlaku..

terdapat hadith rasulullah S.A.W. yang melarang tentang ini,

" Jika suatu perkara menimpa kamu, 
maka janganlah kamu berkata:
KALAUlah aku lakukan ini, mesti jadi sekian.
tapi katakanlah:
Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendakinya pasti akan terjadi,
kalimah "kalau"@"seandainya" akan membuka kesempatan kepada syaitan,
untuk membuka kekesalan dan kesedihan"
(Hadith riwayat Muslim)

and adab kita terhadap orang yang ditimpa musibah...
aku akan cakap nnti...huhu..nak stdy plak...

doakan kejayaan bersama..
www.tips-fb.com

Tuesday, November 9, 2010

Baik Mati Di Disko ....

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Idea Asal : Ust Hasrizal (Abu Saif)
Editor : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Ok..
ni sebenarnya sambungan kepada jadilah Muslim yang baik..
siri 3 le...
menaip...tp dalam hati risau yang amat dengan final exam..
sbb bnyak lagi x study le..
xpa..xda mud nak stdy..kita buat kerja yg berfaedah sket.
**sesungguhnya apa yg ditulis ini adalah nasihat buat diri penulis sendiri..
andai ada kebaikan yang ingin diambil oleh rakan-rakan...silakan..**

Kalau nak jadi muslim yang baik...kena sentiasa fikir positif..
yang baik..kita kekalkan fikir positif..
yang kurang baik..kita jangan terlalu cepat utk mghukum..
mudah2an diri kita akan berada dalm kebaikan..

ok..hari ni,
saya nak cita tentang 2 orang mati ni.

1. Seorang lelaki bernama Polan,

status : sudah pon mati
tempat mati : Masjid, di atas tikar sejadah,
keadaan ketika mati: dalam keadaan bersujud, aircond bahagian atas kepala.
Hari mati : Jumaat.
tarikh mati: 27 ramadhan

2. Seorang lelaki bernama fulan,

status: juga dah mati...
tempat mati: disko,
keadaan mati: botol arak keliling, darah bercampur arak, di kelilingi GRO seksi tahap tarangkunciang.(sgt seksi le maksudnya)
Hari mati: Isnin
tarikh: Malam raya.
ok..dah describe..
sapa yang boleh dikatakan mati dalam keadaan baik ye??
Polan @ Fulan??
jawab2..jangan x jawab..


macam artikel saya sebelum ni..
kita punya penglihatan yang terhad...
kita tidak mampu melihat apa yang berlaku pada kedua2 mangsa 
disaat mereka mati
Kita ada fikiran yang terbatas,
tidak mampu berfikir tujuan sebenar mereka ada di tempat kejadian..
 dan juga hasutan syaitan sebagai penampah perisanya..
supaya kita menghukum yg 
fulan kurang baik kerna --> disko, GRO, arak
Polan baik kerana --> Masjid, sujud, ari jumaat, 27 ramadhan, tempat imam.

kan2??

ok..ni keadaan sebenar...

Kisah Polan:
Malam 27 ramadhan tu..ada kenduri di masjid..
biasa la tu kan?
tapi lepas dari kenduri n solat tarawikh..
polan ni stay kat masjid..
kononnya iktitaf...
(tok imam pon hairan..sbb jarang org iktikaf kat masjid tu..)
pastu...time tgh malam..aktiviti bermula..
polan nak curi aircond masjid..
tapi malang tidak berbau..
masa polan nak keluarkan aircond tu..
dia terjatuh dari tangga..
kemudian dia tunduk dan dalam keadaan sujud..
tangga hempap dia..
aircond pon jatuh skali...
jadi roti canai dah kepala dia...
baik ke mati camni??

Kisah Fulan:
malam tu kan...
adik fulan keluar dari rumah sambil usung wanita seksi naik moto..
ibu : Fulan...ko pergi la halang adik kau tu..malam raya ni, jangnlah buat kerja x senonoh tu.tolong mak buat kerja di rumah pon baik..
fulan : Boleh ibu...no problem..tu la adik ni..senget dah kot otak die..
ada ke patut pergi disko malam raye..ceit...(dgn nada penuh kecewa)

fulan pon pergi la ke disko untuk menasihati adik dia n ajak dia balik..
tapi..keadaan yang berlaku..
fulan : Adik! jom balik..jangan buat kerja syaitan ni lagi..ibu tunggu kamu kat rumah..
Si adik : alaa bang...meh la try skit ni...carslberg tarek punya...(dlm mabuk2)
fulan : pala otak ang...carslberg tarek?..**toink2** (fulan sekeh adik dia)
then fulan tarik adik dia untuk bawa balik..

time tu...adik dia melawan...n sempat capai 1 botol arak yg dah tebuka..
keletuk...kelentang..kelentong...kelenting...
bertubi2 fulan kena pukul kat kepala..
fulan mati ditempat kejadian...
darahnya bercampur arak...
semua GRO yg tergamam..kelilingi dia..
nak baca doa@ajar syahadat..
pakat lupa habes..yg igtkan pon..xbrani nak buat..
betis terpampang..bulu ketiak pon tayang...
baca syahadat pe nye..

Lepas dah tau cerita sebenar...
sapa yang mati dalam keadaan baik??
dan siapa yang mati dalam keadaan buruk??
rasanya masing2 boleh jawab sendiri kan?
hah..kejap...ada pulak yg sempat bergurau...
"pastu, ko nak suruh org pkir negatif kat org yg mati di masjid, 
dlam keadaan sujud n yang mati dalam bulan puasa ke??"

 Isk..kan dah di war2kan dari awal...
fikir positif...jangan terus menghukum..
kalau pandangan kata baik..kekalkan..fikiran positif tu..
kalau pandangan kata jahat..fikir positif..n kita kata...
Allah lebih mengetahui..moga Allah berikan keampunan atas mereka berdua..
ok??

stop dulu...nnt sambung pulak...
nak study di bilik rakan..
**cerita ini adalah rekaan semata2..harap maklum**
www.tips-fb.com

Apa itu Wahhabi Mujassimah??

Penulis: Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

      Assalamualaikum.pertama sekali, saya nak nyatakan artikel ini kurang santainya dan lebih kepada penjelasan dan perbincangan. InsyaAllah, saya akan cuba untuk membuat penjelasan agar isi-isi penting dapat difahami dengan jelas dan mudah. InsyaAllah.

    Isu ini berkaitan dengan perkara yang dikatakan pada puak wahhabi yang disandarkan pada Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Iaitu mujassimah.(dari perkataan Jism - jisim). Mujassimah bererti mengatakan Allah itu berjisim contohnya mempunyai tangan dan wajah. Pertama sekali, saya nyatakan pegangan aqidah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. (yang cuba dikaitkan oleh sesetengah pihak dengan mujassimah)

1. Menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan menafikan apa yang dinafikan oleh Allah dan Rasul-Nya sama ada dalam bab asma was sifat dan sebagainya. (Sumber asal: Majmu'ah Rasail Ulama Najd Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab, dari anak-anaknya, rujukan sekunder: kertas kerja Dr Johari Mat, Aqidah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab)

   Masuk kepada perbincangan, sesetengah pihak menuduh syeikh dengan menyatakan yang beliau merupakan mujassimah. Apabila saya baca artikel-artikel dari mereka (salah satu nya di sini dan ada bnyak lagi blog-blog lain). mereka menyatakan yang :

Tuduhan 1:
Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab dan beberapa tokoh lain seperti Syeikh Al-Albani, Syeikh Said Ramadhan Al-Buthi, Syeikh Ibn Baz, Syeikh Uthaimin, dan sebagainya menyatakan yang Allah mempunyai tangan dan wajah.

Penjelasan:
Isu ini timbul disebabkan semua syeikh yang dituduh diatas tidak mentakwil (menterjemah) ayat-ayat seperti tangan Allah (yadullah fauqo aidihim) dan wajah Allah. dan syeikh-syeikh dinyatakan juga tidak menyamakan Allah dengan makhluknya.

Hujah 1: 
Ingin saya bawakan kata-kata syeikh Uthaimin berkenaan hal ini, "keimanan pada nama dan sifat Allah perlulah MENJAUHI dari empat perkara ini,

1. Tahrif atau takwil - mengubah maksud pada nama dan sifat Allah, contoh : menafsirkan tangan Allah dengan kekuasan dan nikmat.
2. ta'til - menolak sebahagian atau semua nama dan sifat Allah.
3. TAMTSIL - MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. CONTOHNYA TANGAN ALLAH SAMA DENGAN TANGAN MAKHLUK, ALLAH MENDENGAR SAMA DENGAN MAKHLUK MENDENGAR ATAU ALLAH BERSEMAYAM DI ARASY SAMA SEPERTI MANUSIA BERSEMAYAM DIATAS KERUSI.
4. TAKYIF - CUBA MEMIKIRKAN HAKIKAT ALLAH SECARA LEBIH MENDALAM.

barangsiapa yang MENJAUHI empat larangan ini, bererti dia telah beriman pada Allah dengan sempurna."
(Sumber asal: Risalah Syarh Usul al-Iman, Syeikh Uthaimin. Rujukan sekunder: Fatwa Iman, Syeikh Munajjd, Syiekh Uthaimin, Syeikh Ibn Baz)

Hujah 2:
Ini pula kata-kata dari Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz (Syeikh Ibn Baz) tentang pegangannya.
"Iman kepada Allah bererti beriman kepada nama-nama-Nya yang mulia dan sifat-sifat-Nya yang agung,sperti yang dinyatakan didalam Al-Quran dan ditetapkan pula oleh Rasulullah S.A.W. TANPA MENGUBAH, MENGINGKARI , MEMBATASI ATAU MENYERUPAKAN DENGAN YANG LAIN. setiap muslim wajib meyakininya tanpa mempersoalkannya. Nama-nama itu mempunyai erti yang agung dan mulia yang sesuai dengan sifat-sifat Allah sendiri.

Dalil 1: Surah As-Syura, Ayat 11
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Dalil 2: Surah An-Nahl, ayat 74
"Maka, janganlah kamu mengadakan perumpamaan-perumpamaan bagi Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

(Sumber asal: Harasatul Tauhid (Menjaga Tauhid), Syeikh Abd Al-Aziz bin Abdullah Bin Baz)

pendapat saya:
1. Pegangan mereka juga merupakan pegangan Salafus Soleh (3 keturunan awal sesudah zaman nabi). Tidak ada atsar yang menceritakan para salafus soleh bertanyakan pada guru secara berlebihan tentang sifat Allah dan tidak ada juga atsar yang mengkhabar yang mereka mentakwil ayat-ayat tersebut.Ini juga merupakan pendapat Imam As-Syafi'e..Mazhab utama di Malaysia tercinta ini.

2. GANJIL..ini yang dapat saya ungkapkan. Syeikh2 ini dituduh dengan perkara yang syeikh2 ini sendiri menafikannya dengan lebih awal.

3. GILA. agak kasar, namun inilah yang dapat saya dapat ungkapkan pada sesetengah pihak.

Mereka menuduh syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rosak dari segi aqidahnya, kemudian mereka mengajar kepada orang ramai tentang aqidah menggunakan kitab yang dikarang oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. bukankan ini KERJA GILA???

Kesimpulan : 

Perkara ini terjadi bila ada pihak yang tidak membuat penilaian secara adil dengan membaca dan merujuk kepada hujah kedua2 pihak. kemudian, mereka terus menghukum sesuatu pihak. Ingin saya pesan di sini. 
BERLAKU ADILLAH..KERNA IA LEBIH DEKAT KEPADA TAQWA. dan JANGAN MENGHUKUM SECARA MELULU..Wallahua'lam.(Allah jua yang lebih mengetahui)


Sumber rujukan lain:
1.Al-Imam As-Syafie, Kegemilangan Ilmu dan Pemikiran.PM Dr. Asri Zainul Abidin, Prof. Mahmood Zuhdi et al
2. Jami'ul Ulum Wal Hikam (Panduan Ilmu dan Hikmah), Ibn Rajab Al-Hanbali
3. Hisn Tauhid (Benteng Tauhid), Syeikh Ibn Baz, Syeikh As-Sa'dy, Syeikh Uthaimin.
4. Riadhus Shalihin, Jilid 1, Imam An-Nawawi.
www.tips-fb.com

Sunday, November 7, 2010

Jadilah Muslim Yang Baik!! (Siri 2)

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Hari ini,ahad..
Hurm....fikiran rasa terganggu sikit...
macam ada yang tidak kena..

fikir2..kerisauan tu dari perkara yang tidak pasti...
jangan sesak2kan fikiran dengan benda yang masih dalam keraguan..
dah tu...ada cubaan syaitan untuk racuni fikiran,

"si A tu jahat dalam diam...
si B suka kutuk orang,
C tu plak...bajet!,
yang si D, suka men "CaPub"(cari publisiti)"

hah...ini bukan muslim yang baik...
sambungan dari yang semalam..

ciri ke 4..
Keep Positive...

kadang2...apa yang kita sangka tu,
hasil dari terhadnya kemampuan mata utk melihat,
daya fikir juga yang terbatas..
di'rencah'kan pula dengan hasutan syaitan..

hasilnya...macam kat atas tu la...
negatif...
ok2...stop2..
sekarang kita cari jalan penyelesaian..
camna ek..
.
...
.....
.......
.....
...
.
hah..dah jumpa...guidance dari Allah juga..
huhu..xlari kemana..Allah juga yg bagi solusinya..

jom tgk sama2..surah Al-Hujurat, ayat 6..

"Wahai orang2 beriman...
Jika datang seseorang kepadamu membawa berita,
maka telitilah kebenarannya,
agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohon,
yang akhirnya, kamu menyesali akan perbuatanmu itu"

Comei Allah atur ayat ni...
dpt berita...percya..
pastu..x selidik..x cek...
trus label org jadi jahat..
Allah tegur...jangan buat camtu..
semak...dptkan bukti dulu..

pastu kalau masih x jumpa bukti..
orang dah hangat bercakap tentang ni...
kekalkan nilai positif yang ada...
x rugikan kalau ketinggalan dalam bab2 ni?
**ke rasa rugi??**
**jawab diam2 jek dlm diri..jgn gtau org lain..k**

ada plak org ckap..
kalau camtu...benda apa yg bleh pecaya?
skrg paper pon..buat cerita pelik2..
utk lariskan jualan...
**mesti semua org pon penah dgr rungutan camni kan??**
aku pon xtau...kalau kita dah terdengar...
diam2 sudey...
xyah p sambung cita kat org lain plak...
hahahaha...

(teguran ni untuk AKU...kalau sapa rasa nak amik juga..
silakan...moga Allah berkati kalian...
n kalau sapa x suka...pon xpe..jgn amik ati plak..ok??)


Wahai diri...kita kena ADIL..

kadang2 plak..kita dah mmg rasa cam xsuka org ni...
memang xmsuk la dgn kita..
pastu...ternampak plak dia cam bt perkara yg ragu2..
contohnya,..berjalan ikut jalan nak p kelab malam...
dgn yakin...pasti...konfiden..confirm..
kita buat tuduhan kat dia...
benci + tuduh(@dpt point utk jatuhkan lawan) = rasa kepuasan dihati...

yang lebih sedih
kita ia kan juga benda yg x benar yg dikenakan pada org tu..
walaupun, kita tau yg itu tak benar...
dah benci la katakan...
haish...
xleh jadi ni...
nak nasihat guna ayat sendiri...
satg ada pulak yang melenting..

"hang tau apa?? bukan kena kat hang..
klu kena kat hang baru beghakai (berakal @ baru tau rasa pa)"

toink2..
kita plak dah yang kena..
haha...

ok2..
klu camtu
aku nasihat diri aku sendiri la...
kalau kwn2 rasa nak amik cara ni juga...
silakan...
moga Allah berkati smuanya..


meh kita belek...
surah Al-Maidah, ayat 8..

"Wahai org2 beriman...
jadilah kamu pnegak keadilan kerana Allah,
(ketika) menjadi saksi dgn adil...
DAN JANGANLAH KRNA KEBENCIANMU
TERHADAP SESUATU KAUM,
MENYEBABKAN KAMU TIDAK BERLAKU ADIL..
BERLAKU ADILLAH...
KERANA ADIL ITU LEBIH DEKAT KPD TAQWA"

hah...berlaku adillah diri..
adil tu lebih dekat pada taqwa...
ok...sambung nnt plak..
doa2kan aku ye...
final dah dekat ni...
study nye main2...
huhu2..
www.tips-fb.com

Friday, November 5, 2010

Jadilah Muslim Yang Baik!!

Penulis: Abu Faris 'Audah Abdul Hadi


Manusia...
selalu je  buat perkara2 melampaui batas yg Allah larang..
kau,aku,dia, mereka...smua sama saja...
mesti ada masa kita akan terjebak dgn kesalahan..
sedar atau tak ja...

Dari salah dan silap...kita dapat pengajaran..kan??


Apa pon..kita kena selalu muhasabah...
hurm..
aku x lah baik mana pon...
cuma nak kongsi beberapa point tentang...
Muslim yang baik...

1. Segera bertaubat andai melalukan kesalahan..

macam awal2 aku cakap tadi...
lumrah manusia...pasti ada kita buat silap..
**dah muak dgr phrase cam kat atas ni kan??**
tp ni la hakikat yg ada sesetngah x sedar..
bila dah rasa jauh dengan Allah...
"Owh...no..aku macam xda peluang lagi nak jadi baik..."
atau..
"ko je la g tegur...aku bukan baik sangat..."

nasihat aku...
jangan segan kembali pada Tuhan...
sebab Allah pujuk kita melalui Al-Qur'an...
Allah dekat ja dengan kita...
xpercaya??
jom tengok surah Az-Zumar..ayat 53..
betol...xtipu...
ayatnya camni,

Katakanlah 
"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, 
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 (kecuali syirik) semuanya..
Sungguh, Dialah yg Maha Pengampun, Maha Penyayang."

nak lagi?
ada2...
jom tengok surah Al-Baqarah plak..
ayat 186

"dan apabila hamba2-Ku bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat...
Aku kabulkan permohonan orang yang 
berdoa apabila dia berdoa kepada-KU.
hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku 
dan beriman kepada-Ku, agar mereka mperoleh kebenaran"

jadi..
jom balik pada Tuhan...
kita taubat..
taubat camna...
jap2....Allah ada bagi info dalam Quran...
meh tgk surah Tahrim...ayat 8...

"Wahai org2 beriman...
bertaubatlah pada Allah dengan taubat yg semurni-murninya."

taubat sungguh2...k..


2. Banyakkan memberi.

Ok..ni dari ust hasrizal...dia dah kupas banyak...
aku syorkan...baca artikel2 die..
secara ringkas apa yg aku nak cakap...

memberi tidak semestinya dengan wang..
kalau ada org buat jahat dengan kita...
kita ada 2 pilihan...

i. nak BERI penumbuk
ii. BERI kemaafan dan mulakan BERI kebaikan..

hah...pilih2..
tp aku galakkan yg no dua...
kalau dah geram sgat..
jangan beri penumbukk..
tapi bagi dia makan eskrem bebanyak...
biar dia makan sampai kenyang...
pastu kata dalam hati..
"padan muka ko..kenyang..hahaha.."


balas dengan BERI kebaikan..
BERI dengan perasaan kasih sayang..
BERI dgn kasih sayang...insyaAllah..suasanaharmoni dtg kmudian..
ada ayat quran yg nyatakan ttg ni..
tp aku telupa pulak ayat mana..huhu.
dlm arab nya bunyi nya camni...
"idfa' billati hiya ahsan"

ok geng??
kita balas dengan kebaikan k..

next
3. Segerakan berbuat kebaikan..tangguhkan kejahatan

Hah...
kalau kita rasa kita jauh sangat dengan Tuhan..
masa kita sedar tu...
jangan tangguh2...buat kbaikan trus k..
da yg cakap,
"aku ni cam dah truk gila...xtau nak buat baik yang mana dulu"
come on...kebaikan bukan ada 1 jek...tp berjuta2, billion...trillion...
buat je apa2 kebaikan yang boleh dibuat time tu..
selagi tidak bercanggah dengan syara'...
kita boleh buat..ok?

pastu...
nak buat jahat plak...kita tangguh2kan dulu...
idea ni aku dapat dari kawan2 kelas aku...
time tu kami first year...
walaupun time tu cam lawak2...
tp idea tu ada 1 mesej yg amat penting...
contoh 1....
time bulan pose...
rasa cam nak ngumpat la katakan...
time tu...kata la..
"haish...bulan posa ni...xleh ngumpat2,
lepas raya kita bincang..."

insyaAllah..time raya dah lupa...
kalau x lupa..kita tangguhkan lagi...
"Alaa...aku posa 6...nnt la...lepas raya la kita sembang lagi"
tangguh lagi sebulan...hahaha...
kalau bulan depan x lupa lagi...
bagi buah penamat...
"hahaha...(gelak dulu...untuk hidupkan suasana)..
cerita dah lapuk la..kita bincang pasal test plak..."

***sembang santai dgn kawan...bukan semuanya karut...
tp ada permata yang tersembunyi..***
thanks kawan2 aku utk idea tu...nice...

jadi..aku nak pesan la...
**ye2...aku tau..aku xbaik mana utk tinggalkan pesan2 ni..**
**sapa nak amik...silakan...sapa xnak..aku amik sorang...hehe**

mudah-mudahkan kebaikan, susah-susahkan kemaksiatan...


ok...dah terlalu panjang...nnt aku sambung lagi 2 point berbaki...
**insyaAllah....tp macam selalu tertangguh je...hehehe**
sory le...bizi sket...maklum laaa...nak jadi PM plak pas ni...
hehe...
www.tips-fb.com

Monday, November 1, 2010

Ujian Sem ini...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Hypertension...



Sem yang sangat buusy...
tapi lumrah la dah tahun empat...
ramai lagi org yg lebih bizi dri aku kan?

aku tak pasti sama kos aku saja jek ke yg dpt keadaan macam ni,
atau masih byk kos lain yg keadaannya sama mcm kami.
kami amik 18 jam kredit sem ni..
Alhamdulillah..padat jadual dengan mencari ilmu
lecturer smua semangat utk mengajar kami..
bersungguh utk nak fahamkan kami..
sebab tu lecturer bagi byk assignment...
utk nak fahamkan kami tentang subjek tu..
baikkan lecturer2 kami...
jadi keadaan ni dah menjadikan kami agak sibuk sem ni..
**ada rakan yg amik 21, tp x mengeluh panjang pon macam aku...
so, point aku ni dgn automatiknya xleh nak jadikan aku xleh hadapi keadaan ni**

dari segi prestasi dan kualiti...
pada peringkat permulaan...
Alhamdulillah semua ok..
macam berjalan dengan lancar tanpa permasalahan...
masuk fasa kedua..(selepas raya)...
byk benda jadi makin merosot..
study x dapat nak fokus..
esaimen dah mula terabai..
salin...tp x faham...
jadi blank..
rasa takut nak berdepan org ramai..
xda confidence...
rasa tak selesa yang amat..

awat hang jadi lagu ni hadi??
(kenape ko jadi macam ni hadi)
ada masalah??
jawapan aku ENTAH....
semua org pon ada...
so? uruskanlah dengan baik...
sekali lagi...jgn merungut..
jangan terlalu ego.
jangan tambah masalah dgn perkara2 yg x sepatutnya..
**kita x boleh tuntut orang utk faham situasi kita..
n kita pon xkan dapat faham org sepenuhnya....
sbb masih ada rahsia2 yg mreka bebani dan simpan yg kita x tau**
jus be nice to each other..
kurangkan susahkan orang lain..
tu jek...

again..
be positive..
so..
minta maaf pada semua orang yang aku dah susah kan hidup korang..
www.tips-fb.com

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates