Posts

Showing posts from August, 2010

Itu namanya keegoan..

Cetusan : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Diingatkan khas untuk : Diri sendiri dan rakan-rakan yang membaca Konflik... semalam saya berdepan dengan beberapa konflik, tak banyak sangat, tapi x le juga skit..sederhana banyak.. tapi rata-rata dari apa yg saya tgk, konflik2 ni, kebanyakan dari berpunca dari salah faham.. tak da yang salah pon sebenarnya.. masing2 bercakap dalam konteks masing2.. dua2 pon betul.. tapi kita xdapat untuk fahami situasi orang yg satu lagi.. satu contoh, (xda kaitan dengan konflik2 yg diterima, tpi pengajarannya sama) kita di Malaysia aman, kita mungkin memandang permasalahn pengebom brani mati ni pelik dan sangat bercanggah, tapi kalau di palestin? mereka dikurung...  berhujan peluru setiap hari.. mereka lakukan itu dengan tujuan, biar seorang mati dari orang lain juga ditembak.. keadaan amat2 berbeza. kalau kita tak dapat memahami konteks dlm suasana peperangan. akan ada salah tanggap pada mereka. jadi disini nak listkan beberapa perkara untuk kita elakka

Kenangan Bersama Teman...

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Yang Menghargai : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Salam Ramadhan Karim.. Hari ni nak ceritakan skit jek pasal pengalaman saya, pengalaman dengan rakan-rakan 1 course.. Biomedical Engineer to be.. InsyaAllah. Masa 1st Year...kami ada 5 orang.. Abdul Hadi (Yang Macho) Fareez (boy) Zarif (tarankunciang) Soyed (Sportering..sbb suka bersukan) Bukhari..(tempeyer..sbb suka makan tempe ) **lawak jek ek yg dalam kurungan tu..jgn marah Menyimpulkan ikatan ukhuwah bersama, agar ia tidak terputus. Masa 1st, kami xkenal sangat... tapi berkawan jugak.. sbb satu kelas la katakan... minoriti plak tu.. jadi ni salah satu hikmah yg sebabkan kami rapat.. Alhamdulillah.. 1. Kenangan 1 First day.. Kami round2 FKE dengan peta ditangan.. slumber-ger..(pronounce = selambe jer).. biar le orang nak cakap pe pon.. kami x nak guna pepatah ni, "malu bertanya,sesat jalan" sbb kalau kami sesat kat jalan dlm FKE, kami tgk peta tu.. hehe.. 2. Kenanga

Beri Bayi itu pada aku!!!

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Luahan Rasa : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Hari ni lab habis awal, saya dan syahrul terus ke kelas, bimbang ditimpa hujan,  sebab langit yang mendung. Fareez pon sudah sampai ke sana lebih awal lagi. sementara menunggu Dr. Malar, kami surf internet kejap. macam2 benda, burger ular la, kuih, biskut bayi yang comel, "nak makan pon xsanggup..comel.." Comel giler kan?? Sangat cute.. sampai ke bayi2 yg kurang bernasib baik, yang dibuang didalam tong sampah, digugurkan sehingga tercabut kepalanya, bila manusia sudah terkeluar dari fitrah sebagai seorang manusia. inilah jadinya.. Kadang-kadang, Allah uji mereka yang sudah berkahwin bertahun2. tetapi masih tidak mempunyai anak, tetapi yang berzina, mudah sekali sperm bercantum dengan ovum. membiak dengan jayanya. Namun, anak itu langsung tak dihargai. Beri Bayi itu pada aku.. Kalau dah tak mau sangat.. jangan buang, berikan pada aku. atau sapa2 yang nak baby tu. itulah perk

Lidah tidak bertulang..Jari bertulang..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Terbuku dihati : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Barakillahulana fi shahri ramadhan. (Berkatilah kami ya Allah di bulan ramadhan ini) Sebelum mula, saja nak ulang perkataan imam Hasan Al-Basri, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,  bukanlah bererti aku orang yang terbaik dikalangan kamu, bukan pula yang paling soleh dkalangan kamu, sedangkan aku juga banyak melampaui batas terhadap diriku sendiri, Andaikata seorang Muslim tidak memberi nasihat, sehingga dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan para pemberi nasihat" Lidah tidak bertulang, itu alasan bila ada perkataan2 tajam terkeluar dari mulut, ia mampu menggugat ukhuwwah, ia mampu mengundang fitnah, ia juga mampu menundukkan negara yang gagah. Tapi, Zaman yang sedang mendokong kemajuan ini menyebabkan lidah mempunyai teman, lidah tidak akan dituduh sendirian, teman barunya ini akan menemani. itulah jari untuk menaip. Pilihan raya yang terakhir, impak dirasa dek kerana

Terasa Ingin Membeli Masa Mereka!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi  Perkongsian : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Assalamualaikum. Salam Ramadhan Karim. Salam Ukhuwwah. Salam Ibadah. Sekarang dah masuk bulan Ramadhan, kali ke-4 saya ramadhan di UTM, dan mungkin ia juga yang terakhir, ramadhan sebagai student. dah tahun 4 dah rupanya. sebut tahun 4 ni, kesibukannya agak luar biasa sikit dari pengalaman sebelum ni, huru-hara juga dibuatnya. orang bijaksana akan berkata,  kerja yang kita perlu lakukan melebihi dari masa yang kita ada maka aturlah dengan sebaiknya, supaya tidak digunakan masa untuk perkara yang kecil, sedangkan disana masih ada kelompangan yang besar. sekarang ni, masa memang amat terhad. perlu dibahagikan dengan baik. saja nak kongsi dengan kawan cara untuk kita dapat gunakan masa secara optimum, 1. Banyakkan berdo'a Ini sumber kekuatan pertama bagi seorang Muslim. banyakkan berdo'a. tambahan pula kita sedang berpuasa, dalam 1 Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Rasulullah b

Terima kasih pada kamu!!

Image
Yang Menghargai :   Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Kad yang kamu beri amat-amat dihargai. Terima kasih atas pemberian kamu. Moga Ukhwah kita terus terjaga. Barakallahufik. Warkah ini khas untuk insan yg dikenali dengan "Little"

Inilah Ramadhan yang Terakhir!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Sumber Idea : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Bila sebut Ramadhan Terakhir... Agak common.. semua orang akan fikir ustaz itu akan kata, "Siapa pon tak tahu, mungkin umur kita tidak sempat sampai ke Ramadhan seterusnya" jadilah Ramadhan kali ni sbgai ramadhan terakhir sperti yang tertera pada tajuk2 ceramah... Perkara ini akan amat2 terkesan pada mereka yang sedar dan ia amat penting untuk diingatkan setiap masa.. Rasulullah S.A.W. pernah menyebut, "Orang yg paling bijak adalah mereka yg mengingati mati" Riwayat Muslim dan Ahmad Apa yang nak dibawa hari ni... memandang dari sudut yang satu lagi... sudut nampak dan yang kita dapat jangkakan.. perkara apa yang kita boleh jangka?? situasi tahun ini tidak akan sama dengan situasi tahun depan.. kelapangan tahun ini tidak akan sama dengan kelapangan tahun depan. rakan tahun ini, mungkin saja sudah bertukar tahun depan.. ini sudut nampak yang saya nak maksudkan.. cuba kita sit

Tidak semuanya Indah...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Luahan Rasa : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Aku pasti.. Semua manusia hendakkan kesenangan berlarutan berpanjangan, tapi itu mustahil... Asal nama manusia.. pasti ia akan diuji.. Semak surah Al-Ankabut, ayat 2-3 Allah nyatakan... semuanya akan diuji.. caranya sahaja berbeza,. ada ujian dengan kesenangan.. ada pula diuji dgn kesusahan macam ni la kehidupan aku sekarang... rasa nak semuanya berjalan lancar.. tapi tidak bertindak untuk melancarkan keadaan... akibatnya, tertekan sorang2.. kadang-kadang, dlam kehidupan ini, kita perlu buat pilihan yg akan melibatkan manusia lain... kita tak akan mampu nak penuhi kehendak semua orang.. kadang2, kita akn mnyinggung perasaan org lain.. bukan sngaja..ttpi kita bertindak diatas kapasiti seorang manusia.. KITA HANYA ADA KEMAMPUAN YANG TERHAD. (aku minta maaf pada sesiapa yg pernah tersinggung kerana diri ni) Ada pula... bila kita buat baik... dipijaknya kepala kita... tapi bila kita membela hak k

Join nak tak??!!

Image
Bersamamu Gaza Jom Kita Pergi Program Ini... Tarikh : 8/8/2010 (Ahad) Masa : 1.00tgh Hari - 5 Petang.  Tempat : IOI Mall Bandar Putra, Kulai, Johor Panel : 1. Al-Fadhil Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin (Dr.MAZA) (Mantan Mufti Negeri Perlis) 2. Al-Fadhil Ust. Hasanudin Yusuf (AQSA-Syarif)

Jom Perhatikan Sekeliling

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Sumber Idea: Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Benarlah kata seorang 'Alim yang muktabar. Beliau menyatakan: Jika kamu hendak mengenali Allah ada 2 cara, i) Merujuk Al-Quran dan Hadith dari Nabi S.A.W. ii) Perhatikan Alam dan berfikir. Ramai antara kita yang melakukan yang pertama, Alhamdulillah, tapi tidak ramai yang melakukan perkara yang kedua. Melihat alam sekeliling mampu untuk membawa kita merasa kehebatan Allah. Buktinya?? Mari kita mendongak ke langit.  Kita akan dapat lihat bulan. Allah membuat sempadan graviti antara bumi dan bulan. takda pula kita dengar, "eh bulan jatuh kat tepi KLCC" Maha Suci Tuhan yang Mengawalnya. Pernahkah bulan jatuh Bumi??  Kerana fikiran manusia itu terbatas, manusia hanya mampu berfikir apa yang pernah dilihatnya saja, Buktinya?? Contoh mudah, Seorang penduduk dibandar yang tidak pernah menjejak kaki ke kawasan perkampungan, ataupun kawasan ditepi pantai, bila kita tanyakan kat dia,

SINERGI

Image
Yang Berkongsi : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Sumber Idea : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Sinergi.. Perkataan ini saya kenali pertama kalinya melalui buku Stephen R. Covey, (7 Habits of Highly Effective People), Kemudiannya, melalui buku tulisan Hilal Asyraf, Yang mengisahkan dua orang sahabat yang diikat dengan ikatan Iman, berjaya mensolehkan keadaan disekitar. Sinergi. Gabungan tenaga atau idea beberapa orang, yang akan menghasilkan produk yang outstanding. seandainya dua orang bersinergi, hasilnya bagaikan hasil 3 orang bekerja. Gabungan tenaga, idea, dan saling melengkapi akan menghasilkan sinergi   Sekarang, waktu kita bersinergi, untuk apa? Untuk Islam, Untuk pembelajaran, Untuk pekerjaan. Dalam pembelajaran, kekuatan intelek, kreativiti, juga imaginasi, kesemuanya digabungkan didalam perbincangan, Boleh jadi sinergi, boleh pula jadi perbalahan, Sinergi mampu menghasilkan sesuatu yang menjangkau pemikiran manusia sekarang Saling memahami, Inilah yang dapat me