Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Salam Aidilfitri.
InsyaAllah,hari ini nak berbicara tentang hal IPAR.
**sbb sekarang sudah ada kakak ipar dan bakal dapat abang ipar juga insyaAllah..hehe**
Jadi, artikel ini ditujukan khas buat diri sendiri dan rakan-rakan lain.
Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar tentang,
Hukum bersalaman dan juga aurat mereka dengan ipar.
Ada setengah mereka yang masih samar tentang siapa mahram mereka.

Sebelum itu,
saya selitkan sedikit berkaitan dengan aurat antara seorang wanita dengan abang@adik iparnya(yg lelaki)
disini saya bawakan 2 dalil dari Al-Quran,
yang menyenaraikan kepada siapa wanita boleh mendedahkan aurat mereka.
Surah An-Nur, ayat 31,

31.  Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Kemudian didalam surah Al-Ahzab, ayat 55, 

55.  Tidak ada dosa atas isteri-isteri nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapak-bapak mereka, anak-anak laki-laki mereka, saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara mereka yang perempuan yang beriman dan hamba sahaya yang mereka miliki, dan bertakwalah kamu (hai isteri-isteri Nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha menyaksikan segala sesuatu.


Sesudah dari itu, 
kita akan membincangkan tentang hukum bersalam dengan ipar,
adakah ia dibolehkan atau tidak.

1. Secara umumnya, apakah hukum bersalaman dengan perempuan bukan muhrim
Hukum yang lebih utama adalah lebih baik menghindari bersalaman dengan wanita bukan muhrim,
kerana menyentuh lebih kuat rangsangan dari melihat.
terdapat sebuah hadith,

dari Ma'qal bahawa, Nabi SAW bersabda,
"Jika ditusuk besi dikepala seseorang adalah lebih baik,
dari memegang-megang wanita yang tidak halal baginya"
(Hadith riwayat At-Tabrani, 
dishahihkan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani didalam Shahih Al-Jami')

Pendapat ulama' yang lebih ringan@mudah,
seperti pendapat Dr. Yusof Qaradhawi dan Syeikh Abdul Halil Abu Syuqqah, 
didalam buku mereka,Fatwa Muassirah dan Tahrir Mar'ah,
dibolehkan dalam keadaan,
Terhindar dari fitnah dan suasana yang memerlukan,
seperti untuk menunjukkan rasa ukhuwwah atau kasih sayang atau simpati.
contoh yg diberi adalah, 
i. Mengucapkan selamat jalan untuk perjalanan yg jauh
ii. menyambut kepulangan dari perjalanan atau kembara yg lama.
iii. mengucapkan takziah atas sesuatu musibah.

Syaikh Athiyyah Saqqar menyatakan,
"Jika hendak bersalam, hendaklah berlapik"
(Al-Hijab Bayna Tasyri' Wa Ijtima')

2. Bersalaman dengan Abang atau Kakak ipar

Hubungan iparduai adalah mahram sementara sahaja,
jadi, bersalaman dengannya juga hendaklah dijauhkan dalam amalan harian,
kecuali dalam keadaan yang terhindar dari fitnah seperti diatas,
Didalam sepotong hadith,
Nabi SAW bersabda,
"Al-Hammu, Al-Maut"
maksudnya,
"Ipar itu adalah maut"
(hadith riwayat Al-Bukhari)
Imam Al-Syawkani dalam memberi komen tentang hadith ini menyatakan,
maksud ipar adalah maut adalah,
dikhuatiri terjadi sesuatu yg tidak diingini,
Oleh itu, hendaklah ditutup segala pintu-pintu yang membawa kepada fitnah,
seperti bergurau,bersalaman, berpeluk, dan berkhalwah (bersendiri dengan ipar sahaja).

Semoga apa yang dibincangkan diatas dapat mencerahkan kekaburan yang ada.
Semoga apa yang dibincangkan dapat diamal dan dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.
Wallahua'lam.
(Allah jualah yang lebih mengetahui)

Comments

Anonymous said…
masih kabur lagi la ..
kira nya , kita hendaklah hindarkan je la , tapi tak haram kan .. ? mcm tue ?
Anonymous said…
kalau bersentuh dengan ipar dengan sengaja tanpa ada alasan yg munasabah, ia adalah haram.

tapi sekiranya keluarga kita jenis yg bersosial dan tidak menjadi masalah utk bersalaman dengan ipar dan sepupu2. Kita ada dua pilihan,

1. yg terbaik, dengan terus tidak bersalam dengan ipar dan sepupu2.

2. yg lebih ringan, kita dibenarkan bersalaman seandainya tidak ada fitnah(sebaiknya berlapik), tapi dlm masa yg sama kita perlu menerangkan kpada mereka tentang tidak boleh bersentuh antara kita dan ipar dan juga sepupu.

wallahua'lam..mudah2an menjawab persoalan.

-Abu Faris 'Audah-
Unknown said…
Bolehkah bersalaman dgn abg ipar selepas solat berjemaah
eiman said…
Ustaz,mahram ya ustaz,bukan muhrim..kita kena usaha untuk tidak mengelirukan masyarakat..bak kata org tua,ngaji dgn tok guru
Unknown said…
bolehkah kita bersalaman harian dengan kaka ipar lelaki ?? mohon penjelsannya ustad..

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara