Posts

Showing posts from February, 2010

Puisi Buat Serikandi.

Petikan asal : Siti Balqis Binti Samdin

Editor : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Jangan cinta kerana dia lelaki,
kelak kita akan membenci,
jika dia bukan lelaki yang dicari,
hanya pandai menabur janji.

jangan dirindu pada paras rupa,
kelak kita akan terseksa,
jika dia tidak sebaik rupanya,
senyumnya manis tapi tipu belaka.

jangan disayang kerana berharta,
kelak kita hidup menderita,
jika hartanya habis dibelanja,
sukarnya hidup miskin dan papa.

jangan dikasih bila dipuji,
kelak kita menagih janji,
jika rupa berkedut dimamah hari,
hilang sudah puji memuji.

jangan dicari seorang kekasih,
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih,
menangislah diri hidup bersedih.

jangan disambut salam rindu,
kelak kita menahan sendu,
jika rindu tak dapat disatu,
dimanakah akan kita mengadu.

jangan dilayan seorang teman,
kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman tidak beriman,
dibakar api dihari kemudian.

wahai sahabat wahai teman,
carilah dia kerana Tuhan,
untuk menambah ceteknya iman,
bekalan diri …

Menyelusuri Jalan Dakwah

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Apabila diri ingin membincangkan berkaitan dakwah. Terasa diri amat kecil untuk berbicara perkara berkaitan ini. Bukan banyak ilmu yang ada melainkan sedikit, dakwah tidaklah segencar sahabat-sahabat perjuangan yang lain, lidah juga tidak petah dalam menyusun hujah dalam menerangkan, hanya mampu lakukan yang termampu, membimbing jari-jari untuk menyusun kata didalam artikel dan blog dengan harapan, ia ada sumbangan untuk Islam.Artikel in dituliskan berdasarkan pengalaman diri dan sahabat dalam mengharungi cabaran dakwah dimasa kini. Segala yang dirasa lemah akan dikuatkan dengan kisah-kisah pejuang Agung agama Allah yang telah mendahului dalam menyelusuri medan dakwah ini. Untuk buah pembuka pada artikel ini, suka untuk saya bawakan kata-kata dari Al-Imam Hasan Al-Basri :
"Wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti aku orang yang terbaik dikalangan kamu, bukan pula orang yang paling soleh dikalangan kamu. Ses…

Melayu dan Mamak Penang

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul AbidinPencetak semula : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk m…

Solat Buang Masa??

Image
Assalamualaikum..

Kisah kali ini merupakan pengalaman seorang sahabat yang ceritanya dikongsikan serta diletakkan di al-qayyim@yahoogroups.com.


Teks Asal : Gentar rasa
Penyemak : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam. Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.” Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalam…

Sewaktu kelas instrumen...

Salam alaik..

sudah terlalu lama tak buka dan "update" blog ini. Kalau diumpamakan dengan bilik, sudah pasti ia akan dipenuhi dengan sawang labah-labah yang merimaskan mata.

Alhamdulillah, dalam kesibukan mengurus kehidupan, perlu juga diselit dengan nilai-nilai tarbiyah atau jika bersastera, kita akan katakan "makanan tenaga untuk rohani."

Hari ini ada kelas "Instrumentation and Measurement in Biomedical" dan kami belajar tentang respiratory system. Dalam bab ini, pensyarah membincangkan bagaimana proses pertukaran gas berlaku di kawasan alveolus (Kata lecturer, kalau guna perkataan alveolus, nampak dewasa sedikit.)

Waktu itu, aku dengar, tetapi pemikiran bagaikan separa sedar. Lihat dan dengar, tidak semua masuk.Dalam perbincangan itu, pensyarah ada bertanya (pensyarah non muslim) "kenapa Alveolus bulat?". Dia menjawab, "Sebab bulat mempunyai permukaan yang paling luas"


Dengan tidak semena-menanya, bagaikan ada "ting" dikepala i…

Lihatlah Ke Bawah!!!

Image
Artikel kali ini, bersesuaian dengan keadaan Abu Faris pada ketika ini. Bila kita terlalu lama berada diatas, menyebabkan kita lupa apa yang berlaku dibawah.



Bila sekali kita jatuh kebawah,adakah kita akan menjadi seorang yang hilang arah tuju pada ketika itu? Terus lupa pada waktu yang panjang ketika kita berada diatas?

Artikel ini diambil dari blog seorang sahabat Abu Faris. Abu Nashiruddin. Selamat Membaca!!


Penulis:Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah

Editor:Abu Nashiruddin Dzul Riyhayn bin Abd Wahab



Dunia dengan perhiasannya demikian menyilaukan . . .

Allah subhanahu wa ta’ala pun memberikannya kepada hamba yang dicintai-Nya dan kepada hamba yang tidak dicintai-Nya, sehingga kelebihan yang diperolehi seseorang dalam perkara dunia bukan jaminan dia dicintai oleh Dzat yang di atas. Berapa banyak orang yang jahat, engkar kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam namun dia beroleh kekayaan dan kedudukan yang tinggi. Sebaliknya, banyak hamba yang taat kepad…