Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??

Assalamualaikum...

Wahai Tuhanku,Lapangkanlah dadaku,
Dan Kau permudahkanlah segala urusanku,
Dan leraikanlah segala kekeluan lidahku,
Agar mereka memahami kata-kataku ini.
Amin

Tujuan artikel ini ditulis adalah utk membetulkan semula kata2 seorang ustaz yang "barangkali" dia tersilap cakap ketika didalam kuliahnya..Bagi siapa yang belum tahu tentang ini,jadikan ia sebagai suatu bahan ilmiah..

Ustaz yang berasal dari Perak ini telah menyampaikan ceramahnya disalah sebuah masjid di Pulau Pinang..Dikhabarkan beliau telah menyatakan bahawa "Hadith yang menyatakan Rasulullah memegang kaki Aisyah ketika Baginda bersolat merupakan hadith yang dhaif.."

Beliau juga ada membuat kenyataan bahawa pengajaran kitab Fiqh Sunnah tidak sesuai di Malaysia kerana kitab itu adalah pendapat pengarang kitab semata2.

Kepada para sahabat...disinilah letaknya kepentingan kita utk menyemak semula adakah "SEMUA" perkara yang diperkatakan oleh seorang ustaz itu benar belaka??..

Tentang persoalan pertama, mungkin ustaz tersebut mendapat hadith itu dari riwayat yg lemah. Walau bagaimanapun,Hadith itu juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam shahihnya..

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Aisyag R.anha,
"Buruk sekali bahwa anda sekalian mempersamakan kita kaum perempuan dengan dengan anjing dan keldai.Nescayalah aku telah mengalami sendiri di waktu Rasulullah Shalallah 'alaihi wassalam mengerjakan shalat, sedangkan aku berbaring antara Baginda Shalallah 'alaihi wassalam dan arah kiblat. Maka, jikalau Baginda Shalallah 'alaihi wassalam berkehendak akan bersujud lalu memegang kedua kakiku, kemudian aku pun menarik kedua kakiku itu agar Baginda Shalallah 'alaihi wassalam dapat mengerjakan sujud"
Hadith Shahih riwayat Imam Bukhari didalam Shahih Bukhari..
(Rujuk Shahih Bukhari Jilid 2, Bab Apakah Orang Lelaki itu Boleh Memegang Isterinya ketika Hendak Bersujud Supaya ia Dapat Bersujud,Hadith 483, terbitan Victorie Agencie,Kuala Lumpur,muka surat 52)

Asbabul wurud hadith ini susulan daripada seorang sahabat yang menyatakan bahawa akan menganggu shalat seseorang apabila lalu dihadapannya 3 benda, wanita, anjing dan keldai...Hadith ini diriwayatkan oleh Iman Tirmidzi didalam Kitab Sunan Tirmidzi,Hadith ini Hasan Shahih..

Al-Imam Bukhari juga merekodkan hadith ini dari beberapa jalan yang lain
  1. Dari Masruq, dari Aisyah....(seperti hadith diatas,Ibid, No 475,478,mukasurat 47,49
Jalan periwayatan yang satu lagi adalah melalui:

Dari Abu Salamah Bin Abdurrahman,dari Aisyah, Isteri Nabi Shalallah 'alaihi wassalam bahawasanya ia berkata "Aku tidur di muka(hadapan) Rasulullah Shalallah 'alaihi wassalam dan Baginda Shalallah 'alaihi wassalam sedang melakukan solat malam(shalatul lail). Kedua kakiku berada diarah kiblatnya. Jikalau Baginda Shalallah 'alaihi wassalam bersujud, Baginda Shalallah 'alaihi wassalam lalu memegangku,lalu aku pun menarik kedua kakiku itu. Selanjutnya jikalau Baginda Shalallah 'alaihi wassalam berdiri, aku melonjorkan kembali" Aisyah berkata " Semua rumah diwaktu itu tidak ada pelita didalamnya"
(Ibid, Bab Orang yang Bersembahyang Sunnah Dibelakang Perempuan,Hadith 477,Mukasurat 48/49)


Untuk persoalan berkaitan Fiqh Sunnah yang dikarang oleh Sayid Sabiq, saya harap para pembaca dapat merujuk sendiri kitab tersebut.
Adakah benar dakwaan tersebut yang mengatakan "Fiqh Sunnah adalah ijtihad pengarang semata.." ataupun perbahasan ilmiah berkaitan 4 mazhab dalam sesuatu perkara??


Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara