Posts

Showing posts from January, 2010

Keputusan Pilihanraya UTM

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010 Kerusi Umum: 1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837 2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335 3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778 4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360 5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992 6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899 7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739 8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729 9. Yin Leang Huat - 5659 10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655 Kerusi Fakulti: Fakulti Alam Bina: 1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547 2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503 3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403 Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan: 1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189 2. Nor Hafiza Binti Omar - 183 3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149 Fakulti Kejuruteraan Awam: 1. Siti Amirah Binti Basirun - 683 3. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645 2. Mohd Affendi Bin Ismail - 621 Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan: 1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertandi

Bincang Tentang Isu Berkabung Dalam Islam.

Assalamualaikum... Ni artikel kedua berkaitan berkabung...tapi yang kali ni, nak ke tengahkan, berkabung yang macam mana dibenarkan Islam. Rakyat kepada Pemimpinnya dan isteri kepada suaminya.. Dua situasi yang berbeza. perbincangan ni merupakan jawapan Abu Umair. Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah: Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam. Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487). Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung , ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita. Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 da

Ya Allah...Kurniakan aku kekuatan...

Image
Salam alaik... 2 7/1/2010....rabu.. Wujud ke tarikh ni bagi aku?? tiba2 jek tgk jam dah 28/1/2010... Mati untuk sehari??? hurm... tarikh tu wujud... cuma ada 2 3 perkara yg buatkan aku harap, mudah2an tarikh ni tidak wujud lagi.. xperlu la aku cerita apa yg meruntun pemikiran ni.. tp sekadar untuk motivate diri sendiri yang tgh hilang arah.. Study...diabaikan..mcm xleh nak masuk... padahal jumaat ni da test clinical.. banyak nak kena baca. (tanya la dak2 kelas aku klu x caya..) one day before tarikh tu.. aku da cakap kat sorang sahabat aku.. Kalau kita mohon pada Allah kesabaran, bermakna, kita perlu bersedia hadapi ujian, kejayaan menempuh ujian sahajalah yang akan bina benteng kesabaran.. now, my turn utk apply pa yg aku cakap.. kena ingat yg Allah sentiasa ada bersama. and, da most impotan, Semua yang jadi hari ini, Ada hikmah yang tersirat.. Mungkin Hadi yg hidup pada 27/1/10 tidak tau pa hikmahnya peristiwa hari ni, insyaAllah, hikmah tu kita akan nampak pada hari kemudian.. Palin

Alahai BERKABUNG!!!

1st of all, nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga Sultan Johor yang baru meninggal dunia jumaat lpas. Moga Allah mengampuni dia,merahmati dia Isu berkabung... xberkenan sungguh aku dengan benda ni.. aku x buat pon apa yg diorg suruh buat. (kena pakai songkok pastu letak kain putih- bagi lelaki muslim) (bertudung putih - bagi wanita) (pakai kain putih kat lengan pon boleh juge) aku x sure berita ni betul ke tak, seandainya betul...aku xsuka betul dengan arahan ni : Kalau siapa yang tak berkabung nnti kena saman apa punya turr.... xberkabung kena saman. Hurm... Islam ajar kita hormati dan taat pada pemerintah.. tapi bukan sampai macam tu sekali. sepatutnya, keluarnya seruan untuk doakan kepada si mati. mohon Allah bantu dia dari segala kesusahan di alam kubur. ni tak, suh berkabung plak... da lelaki yg seluar jeans terkoyak pon berkabung, gals plak, (yg xbertudung) sekadar berselendang putih. (tutup aurat x nak, bila berkabung buat plak) (sepatutnya saman kat sapa yg tak tutup aurat

Kasihmu Amanahku

Hurm...jiwang lagi..adoyai..bukan aku yg jiwang ye...tp lagu ni, salah satu lagu yg aku cadang kat abg aku utk letak time walimah nnti..sedap gak...isi lagu ni pon baik..bagus.. Album : Damba Kasih Munsyid : In-Team http://liriknasyid.com Pernikahan menyingkap tabir rahsia Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia Dan mengharapkan sebuah bahtera indah Untuk bersama belayar ke muara Pernikahan, menginsafkan kita Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan Susah mendatang tempuhi dengan tabah Isteri janji telah dipateri Diijab kabulkan dan dirahmati Detik pertemuan dan pernikahan Yang dihujani air mata kasih Demi syurga Ilahi C/o Suami jangan menagih setia Umpama Hajar dan setianya Zulaikha Terimalah seadanya yang terindah Di lubuk hatimu Isteri adalah amanah buatmu Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri Isteri hamparan dunia Suami langit penaungnya Isteri ladang tanaman Suamilah pemagarnya Isteri bagai kejora Suami menjadi

Bila Diri Sudah Beristeri.

Coretan kali ni, untuk abang aku yang baru saja bernikah.( Pasni tunggu kakak, then aku plak..hehe ). Selamat pengantin baru buat abang id and kak arifah.(ok ke nama panggilan ni?). hurm...juga ditujukan untuk diri sendiri 'n' bakal abg ipar 'n' adik ipar jugak.(kalau dah kawen nnt)..hehehe.. Moga Allah berkati kamu berdua, Moga Allah berkati (pernikahan) kamu berdua, Moga Allah menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan. Sebelum ini sendirian, kini diri sudah berteman, terpikul dibahu beban amanah, untuk menjaga dan mendidik, supaya terhindar neraka yang membakar. Dia dari rusuk Adam yang bengkok, jika keras, ia mematahkan, jika dibelai, ia membahagiakan, Andai dia tersalah, betulkan dia dengan berhikmah, jangan diikut nafsu amarah, kenang pada kebaikannya yang sudah. Sayangnya diri pada isteri, Jangan pula melebihi Ilahi, Al-Quran,Sunnah digigit rapi, ibu ayah jangan dilupai. Dalam melayari bahtera kehidupan, bimbang karam ditengah lautan, peta panduan didalam Al-Qura

Schizophrenia

Hari ni nak kongsi tentang 1 penyakit yang agak pelik..kalau sampai satu tahap, pengidap penyakit ni boleh jadi merbahaya kepada orang awam. Dia boleh bertindak sehingga tahap membunuh. Xtau la kenape letak post ni..sekadar perkongsian Ilmu..Harap dapat manfaat.. Pengenalan Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan,nyanyuk dan multiple sclerosis.Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia,ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara. Tanda & gejala 1. Gangguan Pemikiran o Delusi: ?? Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras . Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya,percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin ,hantu atau keramat,percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa. ?? Sukar untuk menumpukan,membentu k dan mengekalkan arus pemikiran.Pertutura n suka

Barakallah Lakuma -Maher Zain

Lagu ni dinyanyikan oleh Maher Zain .. And Do'a ni antara sunnah yang diajar Nabi S.A.W kepada kita untuk do'akan orang yang baru melangsungkan perkahwinan. Dipetik dari hadith yg sahih We're here on this special day Our hearts are full of pleasure A day that brings the two of you Close together We're gathered here to celebrate A moment you'll always treasure We ask Allah to make your love Last forever Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all say, say, say بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير From now you'll share all your chores Through heart-ship to support each other Together worshipping Allah Seeking His pleasure We pray that He will fill your life With happiness and blessings And grants your kids who make your home Filled with laughter Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all s

Islamic Widget

Image

Membudayakan Sunnah : Do'a Istikharah

Seandainya kita berada dalam dilemma untuk membuat keputusan atau masalah dalam sesuatu urusan.Nabi mengajar kita untuk mohon Allah tunjukkan kita pilihan yang lebih baik..disini ada disertakan hadith berkaitan do'a istikharah. Jabir Bin Abdillah, ia berkata: "Rasulullah mengajari kami shalat istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajar kami surah Al-Quran." Belia bersabda: "Apabila seseorang diantara kamu mempunyai perancangan untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya kamu melakukan shalat Sunnah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah do'a ini: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ (…(…sebut apa yg di minta…)…)كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْر َ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ َ لِي وَيَسِّرْهُ لِي

Mengapa terhenti sehingga Saidina Husin Sahaja??

Salam alaik....artikel ni dipetik dari blog Abu Naeeilah, yang menjawab artikel Faisal Tehrani ttg isu karbala, pembunuhan saydina husain... Kita sememangnya SAYANG pada Ahli Keluarga Nabi. Tapi kita tidak diajar untuk melampau-lampau dalam hal tersebut. Yang Akhirnya, membawa kepada menyesatkan sahabat2 Nabi yang lain sperti Muawiyah Bin Abi Sufyan, Abu Bakr, Umar, Utsman, dan ramai lagi.. Berhati2lah dengan gerakan mereka, mereka sudah mula memasuki Malaysia. Kepada siapakah kata-kata ini: Mengapa anda tidak menangis? Sungguh keras hati anda? Seperti syaitan yang memiih untuk angkuh dan ego. Menangislah untuk Husin! Ayuh menangislah! http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/12/tangisan-karbala-zaynab-al-kubra-adalah.html Siapakah yang tergolong dari kalangan orang yang ego, angkuh dan keras hati seperti syaitan ini? Mereka tidak lain tidak bukan ulama-ulama Ahlus Sunnah yang mengharamkan perbuatan meratap-ratap seorang yang telah meninggal dunia sehingga memukul-mukul dada dan menceder

Puisi Buat Faisal Tehrani

(puisi buat Faisal Tehrani) Disamping kemuliaan ahlul bait,jua terdapat pengorbanan sahabah... Lalu dimana hendak dicampakkan pengorbanan Amirul Mukminin Abu Bakr As Siddiq yang membenarkan kata kata Rasulullah s.a.w tatkala kaum musyrikin menuduh baginda berdusta tika peristiwa Isra' Mikraj dicerita yang menemani hijrah Rasulullah s.a.w tika seluruh kaum musyrikin memburu baginda malah menawar hadiah berganda yang mengorbankan seluruh harta bendanya hingga yang tinggal cuma Allah dan Rasul buat keluarganya Dimana pula hendak dicampakkan pengorbanan Amirul Mukminin Umar Al Khattab yang digelar Al Faruq yang turut serta mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam tiap perang yang disertainya yang lebih suka dirinya terkorban dari Baginda mendapat cedera Dimana pula hendak dicampakkan pengorbanan Amirul Mukminin Uthman Al Affan yang turut mengorbankan hartanya beratus ratus unta buat tentera hanya meminta balasan hanya syurga Siapa pula yang akan menangisi pengorbanan keluarga Yassir yang

Wahai Adam..Pimpinlah Bukan Hancurkan..

sekadar nukilan dari hati yg terkilan dengan sikap sesetengah lelaki zaman ini juga peringatan utk diri sendiri. Wahai lelaki, Dunia sekarang penuh dengan fitnah, janganlah kau menjadi sebahagian dari kehancuran yang menimpa, dan jangan pula menjadi seorang yang menghancurkan, lupakah kau pada pesan Nabi? wanita dicipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok. (hadith riwayat muslim) lelaki lebih kuat dari wanita. jangan ambil kesempatan atas kelemahan mereka, bimbing mereka, bukan rosakkan, dia berpakaian muslimah, kamu membaratkan dia. keji sungguh tindakan kamu tu. didik diri mu dengan tarbiyah diajar oleh Rasul. contohi akhlak baginda. Contoh asas untuk insan betaqwa. wanita, berhati-hatilah, jangan kerana sayang kamu pada mereka yang tidak halal pada kamu, kamu bagai merelakan semuanya, pelihara aurat mu sebaiknya, hiasi dengan peribadi yang mulia, perkejapkan ilmu agama. moga kau terhindari dari menjadi fitnah dunia. Ingatlah, Muslimin ditarbiyah menerajui kepimpinan, Muslimat ditar

Jangan Mudah Berputus Asa...