Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Friday, April 29, 2011

..:: Bukit Yang Curam ::..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Bukit ini pasti sukar didaki

Kebaikan dan gambar ini ada kaitannya..
Alahai kebaikan..
susah sungguh untuk nak dapatkan engkau..
sama saja macam mendaki bukit yang curam..
perjalanan ke puncak, susah dan renyah..
penat macam nak pengsan..
banyak betul halanganya..
batu2 lagi..
pasir yang bersedia untuk gelincirkan sapa saja yang leka..

susah...sangat susah..
tapi kita tetap akan dapat ke puncak..
andai kita berhati2...
dan mendaki perlahan2..pasti berjaya..
berjaga-jaga supaya tidak jatuh ke bawah semula..
kadang2 mungkin kita akan tergelincir...
tapi jangan sampai kita tergolek...

Bila kita bersama yang lain..
rakan disekeliling..
yang diatas, hulurkanlah tangan pada yang dibawah..
mudah2an rakan yg dibawah, dapat bersama di paras yg sama..
jangan biarkan dia keseorangan mendaki..
aku bimbang dia terjatuh..
sebab dia sahabat kita..
sayang sahabat kerana Allah..
aku hulurkan tangan, untuk kita sama berada di puncak..


gambar hiasan...
Tapi beringat teman..
bila kita sudah mula mendaki...
jangan biarkan kita tergolek mengikut gravity...
gravity sentiasa menarik manusia untuk jatuh kebawah..
hati2..
sangat bahaya dan ancamannya sentiasa...
Bila kita meniti kebaikan untuk diri, 
Awaslah terhadap tarikan nafsu..
ia sentiasa mengancam kita untuk turun kebawah..
tinggalkan kebaikan yang menyesakkan..
dan layankan saja keburukan yang agak santai...

Jangan jatuh mengikut gravitiy, nnt jatuh terus kebawah tak berhenti..

Rugilah bagi mereka yang tidak sampai ke puncak..
disana terlalu banyak keindahan yang kita akan dapat...
permandangan sangat indah.
Kebaikan juga akan membawa kita kepada akhiran yang indah..
Syurga..tiada bayang dimata..
pastinya, ia sangat indah..

Apabila terjatuh...
jangan pula nak mati bersama..
tarik kawan kita jatuh sama...
jangan..paut dia untuk selamat..
jangan tarik dia untuk tergolek bersama..
ok?

Akhir sekali..
Sematkan pada diri dengan firman Allah ini.
Surah Al-Maidah ayat 2, 

"Dan bantu-membantulah antara kamu 
kearah kebaikan dan taqwa,
dan janganlah kamu berbantu dalam 
perkara dosa dan pelanggaran"

www.tips-fb.com

Tuesday, April 26, 2011

..::^::Lumpur ::^::..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Gambar Hiasan..


 Situasi 1:

"Adik..berapa kali ibu cakap,jangan main dalam lumpur tu..kotor.."
"Alaa..ibu, nanti kami mandi la..hilang la kotor tu"
" Adik..nanti adik dapat kudis, ibu tak tau"
"Alaa ibu ni...dah berapa kali dah kami main...xdapat pon kudis.."
**sambil terus bermain dengan lumpur** 
"Nanti bila dah dapat kudis..jangan nangis2 atau mengadu sakit ke geli ke


 Situasi 2:


"Adik..berapa kali ibu cakap,jangan main dalam lumpur tu..kotor.."
"Alaa..ibu, nanti kami mandi la..hilang la kotor tu"
" Adik..nanti adik dapat kudis, ibu tak tau"
"Kudis tu apa ibu?"
"Kudis tu penyakit kulit, sebab kat kulit ada kuman, 
kalau ada kudis, ramai orang x nak kawan dengan adik,"
"Eee..xnak main dah la ibu.."

Inilah 2 analogi yang boleh dikaitkan dengan sikap manusia...
Golongan yang pertama, 
Manusia sekarang, macam ramai dalam golongan ni..
DEGIL..
tidak mahu dengar cakap..
Bila dikaitkan hubungan manusia dengan Tuhan..
analoginya hampir sama..
Allah melarang kita dari melakukan sesuatu perkara,
pasti ada hikmah disebalik larangan itu,
bukan saja2..
Allah tahu setiap perkara,
tapi kita angkuh..tetap lakukan benda2 kotor..
maksiat berpanjangan,..
alasannya, alaa..xkena pon kat aku lagi..
sama saja pemikiran mereka ini dengan budak kecil yg degil tu..

selagi x dapat kudis...mereka akan terus bermain lumpur..
selagi tak turun azab yg kena pada diri, 
selagi itu lah mereka akan terus buat maksiat...
untuk mereka,,
tunggulah..tunggu sampai azab menimpa...

Golongan kedua pula..
manusia yang taat, dan juga berfikiran jauh..
anak itu taat...
jika dianalogikan hubungan manusia dan Tuhannya, 
umpama hamba yang patuh pada larangan Allah..
ya, sesekali mereka akan melakukan suatu perkara
yang boleh menyebabkan mudharat pada diri,
tapi bila sudah ditegur dan dilarang..
mereka akan menghindarkan diri dari melakukannya..

Si anak kecil itu mahu dia sihat untuk masa depannya...
untuk nafas yang lebih panjang..

begitulah juga ibaratnya hamba yg taat pada Tuhannya,
mereka memikirkan untuk jangka hidup yang lebih panjang..

si anak tadi sanggup untuk tidak berseronok buat seketika
(pada pandangan kecil mereka kerna kurangnya ilmu)
untuk memastikan masa dewasanya terjaga...

hamba yang taat pada Tuhannya juga sama..
Jauhi mainan dunia yang hanya 100 tahun atau 200 tahun..
itu pun kalau panjang umurnya...
tapi mereka mahukan bahagia akhirat...
dimana kita akan hidup infiniti tahun disana...

Ada 2 golongan..
Jangan toleh kiri atau kanan...
tapi pandang hadapan...
Jangan tengok orang lain...
tapi pandang pada diri sendiri..
dan tanyalah pada diri..

"WAHAI DIRI, KAMU DIPIHAK MANA??
SI INGKAR ATAU INSAN TAAT..."

Moga tergolong dalam golongan yang selamat..

www.tips-fb.com

Sunday, April 24, 2011

Kenali Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah

SIAPAKAH AL-IMAM IBN QAYYIM AL-JAUZIYYAH?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya suka membaca buku-buku agama. Walaupun saya tidak boleh membaca bahasa Arab, saya akan membaca dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Baru-baru saya ke Indonesia saya berjumpa buku hasil hasil karya Imam Ibn Qayyim dan saya beli sebuah karya beliau Zad al-Maad. Dengan membaca buku tersebut saya dapati banyak kefahaman saya yang kurang tepat. Apakah pendapat Dr Asri tentang beliau dan karya tersebut?

Jawapan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau pada hari ini telah banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu dan Indonesia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Gelaran al-Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin ‘Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya. Dilahirkan pada 7hb Safar pada tahun 691H di sebuah kampung sekitar 55 mil (batu dalam kiraan dahulu) dari Bandar Damsyik.


Kitab Zad al-Maad
Guru
Mempelajari hadis daripada al-Syihab al-Nabulusi, al-Qadi Taqiyy al-Din bin Sulaiman, Abu Bakr bin ‘Abd al-Daim, ‘Isa bin al-Mut‘im, Ismail bin Maktum, Fatimah bint Jauhar dan lain-lain. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu lain dalam Bahasa Arab, Fiqh dan al-Usul daripada berbagai-bagai guru seperti yang disebut dalam sumber-sumber kitab Tarajum dan Tarikh.
Namun episod yang paling penting dalam hidupnya adalah perguruannya dengan Syeikh al-Islam al-Hafizd Ibn Taimiyyah r.h. Beliau sentiasa mendampingi Ibn Taimiyyah sejak kepulangan Ibn Taimiyyah dari Mesir pada tahun 712H sehingga pada hari kewafatannya pada tahun 728H. Perdampingan beliau dengan Ibn Taimiyyah pada masa usianya masih muda dan penuh kemampuan untuk mengutip limpahan keluasan dan kematangan ilmu Syeikh al-Islam berkenaan. Kecintaannya kepada gurunya itu telah memenuhi hidupnya.
Seperti kita tahu, Ibn Taimiyyah seorang yang hebat. Sehingga al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) mensifatkan:
“Ibn Taimiyyah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, yang sangat alim di kalangan ulama, pewaris para anbiya..” sehinggalah beliau menggelarnya sebagai “Syeikh al-Islam”. (Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Durar al-Kaminah,1/158-159, Beirut: Dar al-Jil).
Sementara tokoh penganalis rawi hadis iaitu al-Hafiz al-Zahabi (meninggal 748H) menyenaraikan Ibn Taimiyyah itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadis. Beliau menyebut:
“Ibn Taimiyyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafizd, seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Syeikh al-Islam…. dari lautan ilmu, dari para cendikiawan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang” (Al-Imam al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz, 4/1496, India: Haidar Abad).
Limpahan ilmu Ibn Taimiyyah ini telah membanjiri kehidupan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Beliau begitu mencintai Ibn Taimiyyah sehingga al-Hafiz Ibn Hajar ketika memperkenalkan biodata Ibn al-Qayyim r.h berkata:
“Beliau seorang yang berani, luas ilmunya, pakar dalam dalam perbezaan pendapat dan mazhab-mazhab salaf. Kecintaannya kepada Ibn Taimiyyah telah mempengaruhinya sehingga dia tidak berbeza pendapat sedikit pun dengan Ibn Taimiyyah bahkan membela semua pendapatnya. Beliaulah yang telah meringkaskan buku-buku Ibn Taimiyyah dan menyebarkan ilmunya.. beliau dikurung dalam kubu bersama Ibn Taimiyyah selepas dihina dan dipukul atas unta yang dibawa mengeliling orang ramai. Apabila Ibn Taimiyyah meninggal dia dikeluarkan dari kurungan.. tempoh perdampingannya dengan Ibn Taimiyyah adalah sejak Ibn Taimiyyah pulang dari Mesir pada tahun 712H sehingga Ibn Taimiyyah meninggal”. ( Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah, 4/401)
Demikian al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkongsi menghadapi tribusi dakwah yang terpaksa dilalui oleh gurunya sehingga gurunya meninggal. Kata Ibn Hajar al-‘Asqalani:
“Ibn Taimiyyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan. Dia (Allah) memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan dalam dada. Hari kematian Ibn Taimiyyah itu menjadi bukti, manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya, orang Islam datang dari serata pelusuk. Mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya, pada hari yang ditegakkan bukti, mereka semua ingin memegang pengusungnya sehingga patah kayunya. ( Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Durar al-Kaminah, 1/155).
Murid-Muridnya
Antara bukti kehebatan tokoh ilmuwan adalah hasil ilmiah yang tertonjol pada diri murid-murid yang mengambil ilmu daripadanya. Begitulah Ibn al-Qayyim terbukti kehebatannya menerusi murid-muridnya. Di sini disebutkan beberapa orang tokoh ilmuwan besar dalam bidang hadis yang lahir dari asuhan al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah; al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal 795H). Tokoh ilmuwan terbilang terutama dalam bidang hadis. Menghasilkan karangan-karangan yang masyhur termasuk Syarh Sunan al-Tirmizi. Juga al-Hafiz Ibn Kathir (meninggal 774H). Tokoh hadis, al-Tafsir bi al-Ma`thur dan sejarahwan yang terkenal. Antara karangannya yang terkenal al-Bidayah wa al-Nihayah, Tafsir al-Quran al-‘Azim, al-Fusul fi Sirah al-Rasul, Jami’ al-Masanid, Mukhtasar ‘Ulum al-Hadith dan lain-lain. Juga, al-Hafiz Ibn Qudamah al-Maqdisi atau dikenali dengan Ibn ‘Abd al-Hadi (meninggal 744H). Ilmuwan hadis yang terbilang. Menulis lebih daripada 70 karangan. Meninggal sebelum sempat berusia 40 tahun. Antara karangannya dalam bidang hadith al-‘Ilal.
Kewafatannya
Kata Ibn Rajab al-Hanbali:
“Beliau wafat waktu Isyak, malam Khamis pada 13hb Rejab 751H… Diiringi jenazahnya oleh manusia yang begitu ramai. Diperlihatkan untuknya mimpi-mimpi yang begitu banyak dan baik. Allah meredhainya. Sebelum meninggal, dia melihat al-Syeikh Taqiyy al-Din (Ibn Taimiyyah) dalam mimpinya. Dia bertanya mengenai kedudukan gurunya itu. Gurunya mengisyaratkan tentang kedudukannya melebihi sebahagian tokoh-tokoh yang besar. Kemudian Ibn Taimiyyah berkata: “Engkau hampir mencapai kedudukan kami, tetapi engkau sekarang pada peringkat Ibn Khuzaimah”. (Ibn Rajab al-Hanbali, Zail Tabaqat al-Hanabilah, 1/363).
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menerima kisah tersebut dan menyebutnya dalam al-Durar al-Kaminah:
“Teramat ramai yang menghadiri pengebumiannya. Diperlihatkan kepadanya mimpi-mimpi yang baik. Beliau menyebut sebelum kematiannya bahawa beliau melihat gurunya Ibn Taimiyyah dalam mimpinya. Beliau bertanya mengenai kedudukan gurunya itu, lalu dia menjawab bahawa beliau ditempatkan melebihi kedudukan beberapa tokoh yang besar dan “engkau hampir akan mencapai kedudukan itu, cumanya engkau berada pada peringkat Ibn Khuzaimah” (4/403).
Pujian Ulamak
Banyak pujian yang telah diungkap oleh ilmuwan-ilmuwan besar untuk al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah ini. Antara mereka yang memuji beliau ialah tokoh-tokoh pengkaji Rijal (rawi hadis) seperti al-Zahabi, Ibn Rajab al-Hanzali, Ibn Nasir al-Dimasyqi, Ibn Hajar al-‘Asqalani dan lain-lain. Di sini memadai dipetik pujian al-Hafiz Ibn Kathir yang disebut oleh Ibn Hajar al’Asqalani dalam al-Durar al-Kaminah:
“Ibn Qayyim itu banyak bersolat, membaca al-Quran, baik akhlaknya, sangat penyayang, tidak hasad dan dengki. Aku tidak tahu sesiapa di zamannya yang lebih kuat ibadah daripadanya. Beliau bersolat sangat lama, memanjangkan rukuk dan sujudnya.. apabila selepas Solat Subuh beliau akan duduk ditempatnya dan berzikir sehingga matahari terbit lalu berkata: “inilah pagiku, jika aku tidak duduk maka hilanglah kekuatanku” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah 4/401).
Adapun tentang kitabnya Zad al-Ma’ad, saya akan ulas pada minggu hadapan insyaAllah.
www.tips-fb.com

Tuesday, April 19, 2011

Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Sumber Idea : Pendita Za'Ba
(Buku 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri')

Buku yang baik untuk dibaca...tapi agak susah nak dapatkan..


Kita tidak akan mendapat apa-apa..
andai kata diri tidak ingin untuk mngubahnya..

simple..
tapi ada sesuatu yg nak dimaksudkan..
Perubahan...
hanya akan berlaku bila KITA yang bergerak untuk merubah...
KITA yang menjadi pekerja..
KITA mengimpikan satu perubahan yang besar...
tapi malas untuk merubah..
hanya mengharapkan belas ihsan orang lain...
percayalah...hasilnya tidak akan kemana...

Dalam konteks pembelajaran..
KITA ingin 4.0....
tapi usaha tiada..
mengharap belas ihsan pensyarah untuk soalan yg masuk...
kalau takde..caamne??
Assignment diberi...
tangguh sehingga akhir..
hasilnya juga tidak sehebat mana...
kata orang "kerja last minute"

Perubahan hanya berlaku....
apabila KITA berubah...
jangan jadikan alasan itu sebagai penghalang utama...
suasana yang terlalu kosong..
kemudahan tiada...
orang itu ganggu saya...
orang ini ganggu saya...
asyik beralasan...
percayalah..tiada perubahan akan berlaku..
sebab masalah akan terus datang dan datang..
sebab itulah...
Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri..
Kalau diri hanya melayan masalah..
Perangai akan menjadi-jadi malasnya..
kalau diri asyik mengelak masalah..
Perangai akan menjadi murung sentiasa..
tapi kalau diri selalu menyelesaikan permasalahan..
dan Perangai akan turut mengalami perubahan..

Kalau nakkan akhlak yang baik...
tapi hanya merenung tiada tindakan..
ditambah pula dengan mengutuk dan keji orang lain..
tidak akan kemana...
KITA yang perlu ubah keadaan itu..
menjaga diri dari segala perkara yang tidak sepatutnya...
pekak kan saja telinga saat orang cakap "poyo"
tuli kan saja bila ada yang mencebik kerna "menyampah"

PERUBAHAN YANG BESAR,
TIDAK AKAN DIPEROLEH 
DENGAN HARGA YANG MURAH..


ingat KITA yang mampu merubah SIKAP kita..

Sebagai akhir..
Allah dah ingatkan pada kita lama dah..
dalam surah Ar-Ra'd, ayat 12..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum itu, 
sehinggalah dia yang merubahnya sendiri"

YA...
HANYA KITA YANG MAMPU MERUBAH DIRI KITA..
YANG LAIN HANYALAH WASILAH...
www.tips-fb.com

Sebaran

www.tips-fb.com

Thursday, April 14, 2011

Maafkanlah wahai diri....

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

kadang kala...
kita akan berhadapan dengan dengan insan2 lain..
ada yg membantu kita...
ada yg rapat dengan kita, kemudian tikam dari belakang..
hurm..

Ditikam lawan tidaklah sedahsyat dijatuhkan insan yg kita rapat..
memori akan terus kekal..
maafkanlah wahai diri..
apa manfaat kamu kenang tanpa belajar dan mengadu??
mereka juga akan buntu tidak tahu...
silap2...boleh jadi salah faham..
maafkanlah wahai diri..
tidak rugi menyemai ukhwah kembali...

sejarah untuk pengajaran...
bukan untuk diratap...

ok??
mekar kan semula jambangan ukhwah itu!!


www.tips-fb.com

Tuesday, April 12, 2011

Santai bersama SEB/SWB

Mudah2an ukhuwah kita kekal selamanya...
**Barisan depan, dari kanan..**
1. Joanne - "Peace no war!!"
2. Yeoh = "tido kat pah jap...peace.."
3. Sharifah - "Apa ni dok sondoi2..lemas2.."
4. Aini Isa - "jangan gerak...jangan gerak..daun jgn jatuh dari kepala..."
5. Raziah - "alamak...camna xnak bagi nampak montel ni..
(sambil bt gaya nak tutup mulut tapi masih kelihatan montel).
6. Syaidah - "Bes2 dapat duduk tepi model rabbit..howyeah!!"
 7. Balqis - "Hye..saye puteri rabbit"
8. Ruwaida - "nape rasa berat jek kepala ni, xpe, amik gambar dulu,satgi tgk ada apa."
9. Ain - "Fuh..fuh..fuh...ida..atas kepala ko ada bunga rafflesia"
10. Liyana - "Alaa..payung la payung...hye..aku payung.~~lalalala~~"
(sambil pegang payung, dibimbangi hujan akan turun sbb yana nyanyi)

**barisan tengah(kanan ke kiri)**
11. Shekin - "Isk2..nape yang berat sangat payung ni...nak jatuh aku."
12. Fariza - "Korang jangan buat hal...aku nak amik gambar ni"
13. Diana - "Isk..serius la skit amik gambar..satgi x comel nanti.."
14. Nazriah - "Ielu..ko jangan tolak aku..dah terhantuk dee ni.."
15. Najwa - "Gabung dgn Jihan jadi nama apa ek nanti...JiJua@HanNa@HanJua??"
16. Jihan - "xpa2...kita gabung dulu,nama fikir kemudian"
17. Afiqah - "(dalam hati) aku xabis ngunyah lagi, dorg nak amik gmbar dah"
18. Jostinah - "Ini afiqah...dah nak jadi ikan buntal dah aku tgk"
19. zarif - "~~Berjoget tari menari~~(aku suka joget2 ni)"
20. hadi - "Aiseh...x sempat aku nak potong rambut..dorg nak amik gmbar dah"

**Barisan atas (kiri ke kanan)**
21. Sahrul - "Haih..banyak pula kutu atas rambut ni..tiiiiiii"
22. Amirul - "Elak kutu sket..kenyit mata kat langit satu..hah..camni baru stylo"
23. Tan - "Apa yang brader tu buat??pelik2"
24. Syed - "Senyum dah la..bt gaya pelik2 x nampak cam "budak getah" plak"
25. Teng - "Yeay...I'm the Jokerastangen"
26. Aisyah - "Adoih...Jihan!!!Jua!! tangan korang kena muka aku ni"
27. Amirah - "Sabar aisyah..sabar...aku pon dah kena siku dgn Jua ni"
28. Radha - "Pheww...selamat mendarat dengan payung terjun ni"
29. Haziela - "Alaaa...xmau la payung2 ni...x rock la.."
30. Zuriati - "Eleh..padahal ielu takut tgk telinge payung ni..hihi.."
31. Maisarah - "tumpang payung..yana n zarif tgh nyanyi..takut ujan plak"

**tiada dalam gambar**
Fareez & Koh Chou Nan
Taufiq,
Azureen

--:: Apa yang tertulis di atas adalah rekaan semata2 ::--

sedar tak sedar..
dah 4 tahun.
ketawa sekali...tensen sekali..
berprogram sekali...makan sekali...
protes sekali.. n bnyak lagi..
selepas ni..mungkin kita akan bawa haluan masing2...
ke arah alam baru..yang lebih mencabar..
cuma apa nak dipesan..

1. Jaga diri..perisaikanlah diri dengan Agama mu..
2. Sentiasa pelihara akhlak walau dimana pun kita..
3. Mudah2an ukhwah kita ini, bukan sekadar di sini..tapi smpai bila2..
www.tips-fb.com

Sunday, April 10, 2011

Berbezanya pandangan kita...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Mungkin ramai pernah baca artikel ni..

1. Kalau lelaki hensom pendiam
mereka kata - wow, cool giler..
tapi, kalau lelaki kurang hensom pendiam
mereka kata - eh perasan bagus...

2. kalau si cantik buat salah...
- semua orang pon buat salah..
kalau kurang cantik buat salah..
- memang..dah la xcantik..bt salah lagi..(kritik physical..xbagus)

3. kalau si cantik dpt si hensom..
- elok la tu..sama padan.
kalau kurang cantik dpt hensem
- mate laki tuh dah rosak agaknya...

4. kalau hensom x mau bergambar.
- pasti takot kalau2 gambar tersebar...
kalau x hensom x mau bergambar.
- tak sanggup nak tgk rupa dia sendiri la tu..

Kadang kala..
kita juga akan bersikap begini..
saya teringat ttg bait-bait awal surah 'abasa (ayat 1-12)..

1.  Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

2.  Karena Telah datang seorang buta kepadanya[1554].

3.  Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),

4.  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

5.  Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup[1555],

6.  Maka kamu melayaninya.

7.  Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

8.  Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

9.  Sedang ia takut kepada (Allah), s

10.  Maka kamu mengabaikannya.

11.  Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

12.  Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya,


Ayat ini Allah turunkan untuk tegur Rasulullah S.A.W.
bila datang seorang sahabat yang buta..
Abdullah Ibn Ummi Maktum..
yang bertanya pada Nabi, 
"Ya Muhammad, ajarkan padaku apa yang Allah turunkan padamu."
dan pada saat tu Rasulullah melayan orang2 besar Mekah..
Rasulullah berpaling dengan masam muka..
dan Allah turunkan ayat ini sebagai teguran..

**Sedikit penjelasan tentang kisah ini**
Rasulullah bukan seperti kebanyakan manusia sekarang ini..
"double-standard" kan sesetengah orang..
tapi Rasulullah sedang memikirkan kemaslahatan ummah pada saat tu..
andai orang2 besar ini dpt membantu Islam,
 dengan infaq mereka sesudah mereka memeluk islam..
dan pengaruhi orang lain untuk masuk Islam..
tapi Allah masih tetap menegur Nabi-Nya..
agar tidak mengabaikan walaupun yg datang itu seorang yg buta..
kerana dia mungkin lebih baik kerana inginkan pengajaran..

..::Fakta::..
Abdullah Ibn Ummi Maktum...
telah menjadi Mu'azzin kedua Nabi sesudah Bilal bin Rabah..

kembali pada apa yang nak disampaikan..
isunya bukan masalah hensem atau cantik..
tapi permasalahan dalam layanan..
kalau kita cemerlang sedikit...
kita hanya berjuak riak dengan orang yang lebih bijak sedikit..
bila datang insan yang kurang cemerlang sedikit..
kita mengabaikannya...malah kadang kala mencebik kearahnya..

tapi sedar atau tidak??
datangnya insan itu 
bagaikan Allah nak berikan pahala berterusan yang bergolek pd kita..
ajarkan dia ilmu yang bermanfaat...
mudah2an dia akan gunakan dalam kehidupan..
insyaAllah..kita akan menumpang hasilnya..

kadang kala..
kita hanya berkongsi informasi yang perlu semua tahu...
hanya dgn beberapa org yg kita "suka" sahaja..
dan membiarkan yang lain terkontang kanting tidak ketahuan..
Apalah yang kita fikirkan?
perhatian seorang insan?
atau ganjaran dari Tuhan?

--:: perkongsian kehidupan ::--
Abah aku sendiri...
kagum dengan dia..
selalu bantu orang lain..
n abah pernah cakap..
"kita xkan rugi kalau selalu buat baik pada orang.."

Sekarang aku berdiri cerminkan diri..
apalah yang aku lakukan...
menyumbang kpada kebaikan?
atau sia-sia dan juga keburukan?

Setiap hari kebaikan...
moga Allah redha...
www.tips-fb.com

Monday, April 4, 2011

frequency domain otak aku...

Luahan rasa : Hadi

hari ini aku rasa tertekan...
mungkin sebab presentation PSM yg dh dekat...
tapi aku masih lagi xdapat konsep yang sebenar apa yg aku buat..

1. Raw Signal..
2. QRS Detection
3. Thresholding
4. RR interval
5. Remove Outliers
6. Instantaneous heart rate
7. Resampling
8. Detrending.
9. Analysis in time domain
10. Analysis in frequency domain..

semua benda  ni aku kena buat...
utk projek aku.
kesian SV aku...bersungguh2 dia nak bantu aku.
tapi aku cam xbantu diri sendiri..
untuk diri aku...
aku x boleh salahkan orang lain..
aku xboleh kata orang lain ambil masa perdana utk aku study..
aku xboleh untuk paksa orang lain faham aku...
aku xboleh bagi alasan, masalah luaran lain yang ganggu fikiran aku...
sebab aku sendiri x tegas..

rasa nak nangis bila dengar perkataan
"fail" tadi..
tapi tu hanya gurauan kot...bukan betul2..
masih ada masa untuk aku usaha...
aku selalu cakap kat orang..
kalau orang kata,
"99% akan gagal"
kita xboleh pandang 99% tu...
sedar tak..masih ada 1% untuk berjaya..
usaha yg terbaik untuk dapatkan 1% tu..

dulu aku cakap kat orang...
sekarang..untuk aku plak aplikasi benda ni...
baru aku tau, susah atau senang bermain psychology..


kuasa tawakal..
buat masa sekarang...
aku rasa macam nak rebah..
tapi aku tetap akan cuba buat yg terbaik...
usaha+ tawakal..
mudah2an Allah izinkan untuk keajaiban berlaku..

**tadi aku cuba untuk dapatkan thresholding**
tp nilai thresholding tu x consistent..
kemudian frequency domain aku jadi pelik2...
x cam yang sepatutnya..
nak tergelak pon ada bila aku tengok..
macam frequency domain untuk otak aku ja..

Hu2..sebab apa jadi bentuk ni...isk4..

macam mana nak extract data dari PSD diatas??
Fourier tgk pon, die nnt gelak..
hurm..
xpa2...usaha lagi.
sekarang dalam proses utk cool down..
fikiran terlalu exhausted...

untuk kawan2 yang lain..
jangan givup selagi ada masa..
ok..
kita kena buat yang terbaik...
jangan lupa...doakan aku dan kawan2 yang lain..
Moga Allah permudahkan segalanya...


**ok..sebelum melalut lagi panjang..
better stop sampai sini dulu..
maaf artikel yang langsung x bermanfaat ni..
www.tips-fb.com

Saturday, April 2, 2011

Jom Rehat Minda sambil main ini...

 Permainan asal diambil dari : Blog Aishah

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku cium
April - Aku peluk kuat
Mei - Aku terhantuk dengan
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar dengan

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Jebon
6 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Badut
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Gangster
19 - Makcik kantin
20 - Tiz Zaqyah
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik jantung
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru lepas bersalin
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku senget

KONGSI JAWAPAN ANDA KAT KOMEN BAWAH NIE...
www.tips-fb.com

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates