Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Friday, August 21, 2009

UNIVERSITI RAMADHAN

Selamat datang ke Universiti Ramadhan a.k.a. Universiti Tarbiyyah

Subjek Teras = Berpuasa 30 hari
Subjek Elektif = Tilawah, Qiam, Sedekah, Kebajikan
Subjek Khusus Universiti (tiada di Universiti lain) = Tarawikh
Peperiksaan Tersembunyi = Lailatul Qadr.

Sesiapa yang dapat menghadapi malam itu dengan ibadat yg ikhlas dan bertepatan, akan mendapat markah bonus 1000bulan.

Semoga dapat menjadi graduan yang bertaqwa dan mendapat Anugerah Taqwa dari Allah.

Semoga ilmu dan praktikal yang dilakukan dapat diterapkan didalam kehidupan seharian sesudah kita keluar dari Universiti Ramadhan ini.

Majlis konvokesyen akan diadakan sebanyak 2 kali :
  1. Pada 1 Syawal
  2. Ketika diakhirat nanti

Semoga Berjaya mengharungi segala ujian didalamnya..


www.tips-fb.com

Moga Allah Beri Pengajaran kepada kamu semua!!!

Rasa terkilan yang teramat sangat pada Pengurusan Kolej Perdana
Jawatankuasa pelaksana Program SPM
yang melaksanakan program dengan penuh bermasalah..


Aku x izin kamu duduk dibilik aku, Moga Allah beri pengajaran pada kamu semua yang terlibat..

Peristiwa ni berlaku pada hari jumaat lalu (14/8/2009)
Hari tu aku balik penang...pukul 7 hafiz amik aku utk ke senai..
bila dah sampai disenai,
aku setelkan urusan utk check in,
then kami g solat..

Selesai je solat..
aku dapat 1 panggilan..no pembantu felo kolej..
bila angkat, aku dengar suara orang lain...
rupa2nya, pengarah program SPM tu..

Dia gtau, bilik aku digunakan untuk program..

HAH!!BARANG2 AKU SEMUA DA DALAM BILIK!!!
LOCKER X KUNCI, BARANG2 BERHARGA AKU, N LAIN2...
KALAU AKU ADA TIME TU, X PE JUGA...
NI DIORANG AKAN DUDUK DISINI SELAMA 2 HARI.
N 2 HARI TU AKU X DA...
aku tanye kat pengarah tu, xda bilik kosong yang lain ke??
dia jawab semua dah penuh..

ini bermakna budak2 tu akan duduk dibilik aku,
tanpa kebenaran dari aku,
selama aku 2hari yg aku x da ni..
menceroboh bilik orang tanpa keizinan..
AKU DAH DIZALIMI..

"Ya Allah, Kau peliharalah segalanya untukku,
aku dah lakukan segalanya utk menjaganya,
selainnya kuserahkan pada-Mu,
Kerna Engkaulah sebaik2 penjaga"

"Ya Allah, kupohon agar Kau memnunjukkan cara kepada diriku dan kami semua,
agar kami tidak berlaku zalim pada orang lain"

"Ya Allah, kabulkan do'aku ini, Sesungguhnya aku dizalimi,
kuharap do'aku sampai kepada-Mu tanpa sebarang hijab dan halangan"

Allahumma Ameen...




www.tips-fb.com

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhanku Bersama Sunnah yang Shahih



Rejab telah berlalu, Sya’aban juga akan berlalu, seterusnya akan tiba bulan Ramadhan, bulan barakah yang didalamnya ada pelbagai Rahmat, kemuliaan dan kelebihan yang diberikan Allah sebagai ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Sebelum saya menyentuh tentang Kelebihan-kelebihan Ramadhan. Saya ingin membetulkan sedikit salah tanggapan orang ramai terhadap satu hadith yang menyatakan

“Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku, Ramadhan bulan umatku”

Hadith palsu ini direka oleh Ibn Jahdam. (lihat Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Al-Manar Al-Munif fi al-Shahih wa Al-dha’if).Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah ‘Ali bin ‘Abdillah bin Jahdam Al-zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat Hadith palsu ttg Solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama Bulan Rejab)(Lihat Imam Adz-Dzahabi,Mizan Al-‘Itidal fi Naqd Al-Rijal)

Kata Al-Imam Ibn al-Solah(meninggal 643H) “Tidak halal kepada sesiapa yg mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam bentuk apa sekalipun,melainkan dengan menerangkan kepalsuannya”(Ibn Al-Solah, ‘Ulum Al-Hadith.m.s. 98)

Ramadhan bulan barakah kembali lagi. Allah telah berfirman didalam kitab-Nya

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah R.A. , Rasulullah S.A.W. bersabda

Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, Allah akan mengampunkan dia dari dosa-dosanya yang lalu”

(Hadith ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Allah juga menjadikan pembebasan belenggu daripada api-api Neraka sebagai balasan yang mendatang untuk orang-orang yang berpuasa seperti yang disebut didalam hadith dari Abi Hurayrah R.A. katanya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

“Apabila awal malam Ramadhan, akan diikat syaitan-syaitan dan penderhaka-penderhaka jin, ditutup pintu-pintu Neraka maka tidak terbuka darinya walau satu pintu pun, Juga dibuka pintu syurga maka tidak tertutup darinya walau satu pintu pun, dan akan menyeru (suara) penyeru ; wahai yang menginginkan kebaikan, maralah dan wahai yang menginginkan kejahatan, berundurlah. Dan bagi Allah orang-orang yang dibebaskan daripada Neraka dan itu adalah setiap malam”

(Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmidzi, dalam Bab-Bab Puasa, dinilai shahih oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani, didalam Shahih At-Targhib, rujuk kitab As-Siyam Hikam wal Ahkam, Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani, m/s 3)

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abi Hurayrah R.A. beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Allah berfirman: ‘Setiap amalan anak Adam adalah untuknya sendiri melainkan puasa,kerana puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya’. Puasa itu adalah benteng(dpt mencegah dari perbuatan maksiat). Jika salah seorang dari kamu sedang berpuasa,janganlah dia bercakap-cakap kotor(lucah),juga jangan marah. Jika ada orang mencacinya atau menyerangnya,maka hendaklah ia berkata “sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, nafas (bau mulut) orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada wanginya misk (kasturi). Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, iaitu ketika dia berbuka,dia gembira, dan jika Tuhannya nanti, dia akan bahagia dengan puasanya itu”

(Hadith Shahih,Muttafaq ‘Alaihi,ini adalah riwayat dari Al-Bukhari, rujuk Riadhus Shalihin jilid 2,m/s 231, no 1222, cetakan Al-Hidayah Publication)

Didalam menanti ketibaan Ramadhan Al-Karim kali ini, saya ingin mengajak semua rakan-rakan untuk melalui Ramadhan kali ini dalam erti kata yang sebenar, iaitu berpuasa mengikut cara yang diajar oleh Allah dan Sunnah Rasul-Nya yang shahih.Antara sunnah yang Rasulullah lakukan dan anjurkan untuk umatnya adalah:


1) Melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka. Didalam hadith daripada Anas R.A., Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam,

“Bersahurlah kerana didalam bersahur itu terdapat keberkatan”

(Disepakati terhadapnya, Al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no. 1095)

Didalam hadith yang lain,dari Amru bin Maimun, “Adalah pada sahabat Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.”

(riwayat Al-Baihaqi, Shahih)


2) Tidak membalas kejahatan yang orang lakukan. Dari Abu Hurayrah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Puasa adalah nikmat, maka tidak sepatutnya ada perkataan lucah atau percakapan serta perbuatan kasar. Jika seseorang bergaduh dengannya atau menghinanya, katakanlah : “Sesungguhnya aku berpuasa..Sesungguhnya aku berpuasa..” …..”

(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


3) Memberi makanan(bersedekah) untuk orang yang berbuka. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda

“Sesiapa yg memberi makan kepada orang yang berbuka puasa (dia) akan beroleh pahala seperti orang itu(orang yg berpuasa) tanpa sedikitpun menjejaskan pahala orang yg diberi makan itu”

(hadith riwayat At-Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albani didalam Al-Targhib wa Tarhib)


4) Berdo’a ketika sebelum dan selepas berbuka. Terdapat sebuah hadith, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda

Tiga doa tidak tolak : Do’a dari seorang bapa, do’a orang yang berpuasa, dan do’a orang yang bermusafir”

(Riwayat Al-Bayhaqi, dishahihkan oleh Sheikh Nashiruddin Al-Albani)

Terdapat riwayat dari beberapa hadith didalam mengkhususkan do’a ketika berbuka, diantaranya adalah: “Untuk orang yang berpuasa ketika dia berbuka satu doa yang tidak tertolak” dan “Ya Allah! Kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeqi-Mu aku berbuka” (Rujuk Nota kaki Kitab As-Siyam Hikam wal Ahkam, Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani, m/s 45, Lihat Irwa’ Al-Ghalil oleh Al-Albani 4/36)


5) Berbuka dengan Ruthab atau kurma atau air.

Ramai yang diantara kita yang tidak mendapat informasi tentang sunnah ini. Ada juga yang mengatakan sunat berbuka dengan manisan,berkemungkinan dikiaskan dari hadith ini. Namun, saya tidak mengetahui sama ada amalan itu benar-benar sunnah dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam atau tidak.

Didalam sepotong hadith yang diriwayatkan dari Anas R.A.

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam berbuka sebelum melakukan solat dengan memakan beberapa ruthab (kurma yang masih basah dan segar), kalau tidak ada dengan kurma kering, kalau tidak ada dengan meneguk air kerana sesungguhnya ia menyucikan.”

(Riwayat Abu Dawud dan AtTirmidzi, menurut At-Tirmidzi, hadith ini Hasan Shahih, rujuk Riadhus Shalihin jilid 2, m/s 243, no 1246 cetakan Al-Hidayah Publication)


6) Memperbanyakkan amal ibadat.

Ramai diantara kita, apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Karim, pasti mereka akan melipat gandakan amalan. Ini bertepatan dengan sunnah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam. Didalam satu riwayat dari Ibn ‘Abbas R.A., beliau berkata

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam adalah manusia yang paling pemurah, dan baginda lebih bersifat pemurah di bulan Ramadhan ketika JIbril A.S. menemuinya, dan Jibril A.S. menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam setiap malam lalu membacakan untuknya Al-Qur’an.Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam adalah peribadi yang paling pemurah dan kebaikannya melebihi angin yang bertiup”

(Hadith Muttafaq ‘Alaihi, rujuk Riadhus Shalihin Jilid 2, Bab Sifat Pemurah dan Melakukan Kebaikan Serta Memperbanyakkan Kebaikan Selama Bulan Ramadhan Terutamanya Pada Sepuluh Hari Terakhir, m/s 235, no 1229, cetakan Al-Hidayah Publication)

Dalam menghuraikan hadith ini, Imam An-Nawawi Rahimahullah didalam Syarah Shahih Muslim 8/62 berkata :

“Hadith ini menunjukkan kemuliaan sifat pemurah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, disunatkan bersifat pemurah di bulan Ramadhan, berbuat amal kebaikan ketika berjumpa orang soleh dan demikian pula ketika berpisah dengan mereka, serta disunatkan bertadarus Al-Qur’an”

(Rujuk nota kaki Riadhus Shalihin, jilid 2, Bab Sifat Pemurah dan Melakukan Kebaikan Serta Memperbanyakkan Kebaikan Selama Bulan Ramadhan Terutamanya Pada Sepuluh Hari Terakhir, m/s 235, cetakan Al-Hidayah Publication)

Ramadhan kali ini berkemungkinan Ramadhan kita yang terakhir. Oleh itu, saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat agar bertaqwa kepada Allah kerana itu adalah bekal kita untuk dunia akhirat kelak. Allah berfirman dalam kitab agung-Nya,Al-Qur’an didalam surah Al-Baqarah ayat 197

197. ……., Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa[124] dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.

[124] maksud bekal takwa di sini ialah bekal yang cukup agar dapat memelihara diri dari perbuatan hina atau minta-minta selama perjalanan haji.

Beribadahlah sepertimana ibadah yang telah diajar oleh Allah dan Rasul-Nya dengan merujuk kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith yang shahih. Jauhilah amalan yang tidak pernah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam ajarkan kerana didalam sebuah hadith yang diberitakan dari ‘Aisyah R.Anha., Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda

“Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini sesuatu yang tidak termasuk dari bahagiannya, maka ia tertolak”

(Hadith Muttafaq ‘Alaihi, rujuk Riadhus Shalihin jilid 1, m/s 203, cetakan Al-Hidayah Publication)

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua dengan mengamalkan segala sunnah yang ma’thur dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam.Wallahua’lam.

www.tips-fb.com

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates