Islam Agama Rahmat..Bukan Agama Penghukum..

Bismillah

Assalamualaikum

Ada ramai diantara kita yang sering menakut-nakutkan rakan-rakannya yang mungkin padanya, kurang baik dari dirinya dengan membawa orang yg begini begini akan masuk ke neraka. Orang yg begini dan begini akan diazab. Segala berita yg menakutkan disampaikan pada orang ramai.

Saya tidak mengatakan apa yang mereka katakan itu salah secara total kerna sememangnya adanya azab Allah pada mereka yg ingkar, tetapi mereka ini seolah-olah telah mengambarkan Islam agama yang suka "menghukum" manusia sahaja, dan seolah-olah Islam ini hendak memasukkan manusia ke neraka sahaja.

Lebih parah lagi, apabila adanya non-muslim bersama pada ketika itu. Saya bimbang ada di pemikiran mereka "Jika masuk Islam, semua macam kena masuk neraka, semua nnt kena seksa"..Ada yg ingin mendekati Islam, bertukar menjadi takut dan benci untuk masuk Islam dek kerana "azab yang menanti orang Islam"

Allah Maha Pengampun, Maha Pienyayang, Maha Mengasihani...Dia selalu menanti hamba-hamba-Nya yg ingin bertaubat dan kembali pada-Nya..

Didalam hadith yg shahih, Daripada Anas Bin Malik, beliau berkata
"Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada (kegembiraan) seseorang dikalangan kamu yang menemui unta-nya yg hilang dihamparan tanah yg luas tanpa air dan tumbuhan"
(Muttafaq 'Alaihi,rujuk Riadhus Shalihin,no 16,jil 1, ms 43 cetakan hidayah publication)

Pintu keampunan dari Allah sentiasa terbuka luas selagi mana nyawa seseorang itu tidak sampai ke kerongkongnya. Dalam sebuah hadith

Dari Abdullah bin Umar (r.anhuma), dari Nabi (s.a.w.), baginda bersabda "Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selagi ruhnya belum sampai pada tenggoroknya"
(Hadith riwayat Tirmidzi, beliau berkata: "hadith ini hasan", Imam Dzahabi berkata "hadith ini shahih sedangkan sanadnya Hasan"

Jika ada diantara rakan kita yg mungkin kelihatan kurang baik dari kita, ajaklah mereka kembali pada Allah dengan menggambarkan Allah sentiasa bersedia untuk mengampuni dia, Pohonlah kebaikan dari Allah, dan kerjakanlah apa yang Allah perintahkan. Didalam Al-Quran Al-Karim, Allah berfirman,

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku maka(beritahulah kepada mereka) Sesungguhnya Aku(Allah) sentiasa hampir kepada mereka, Aku perkenankan permohonan orang yg berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku(dgn mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah,ayat 186)

Sahabat, peringatan ini untuk diri saya dan semua rakan-rakan. Allah sentiasa menanti hamba-hamba-Nya yg ingin bertaubat. Masih belum terlewat untuk kita kembali kepada jalan-Nya. Allah akan mengazab mereka yg terus menerus ingkar arahan-Nya dan kemudiannya mereka itu tidak bertaubat..

Wallahua'lam..

cadangan artikel untuk dibaca --> Sini



Comments

Anonymous said…
Jazakallahu khoiron kathira.
Artikel dan link yg membuka mata.
Kadang insan terlupa,mengharap pada manusia lebih dari Penciptanya.
How great the power of Doa'.
May Allah Rewards all ur efforts.

-Miftahul Huda-
Adi Wahab said…
Jazana Waiyyak..

Allahumma ameen..

semoga dapat memberi pengajaran pada diri yg terlupa, atau lalai buat seketika..

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??