Al Quran Pendamping Kacak??

salam Alaik...

sekadar perkongsian dgn sahabat2 yg turut dapat emel ttg Al-Quran akan datang sbgai seorang lelaki kacak..
kita tidak menafikan ttg syafaat Al-Quran pada hari kiamat..
namun kadang2 tokok tmbah yg dibuat menjadikan kisah itu hilang keasliannya,..

artikel asal dari emel mcm ni..

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
kesyurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkardan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita
lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi
dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi.



Jawapan dari Ahli Panel Fiqh Al-Ahkam.net

hadis pertama:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".


Hadis ini disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddeen 1/362. Kata al-Iraqi: Diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Habib daripada riwayat Said bin Sulaim, secara MURSAL.

Namun, kenyataan bahawa al-Quran adalah syafaat kepada ahlinya sabit dalam beberapa hadis , antaranya:

1) Hadis: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari Qiamat sebagai syafaat kepada ahlinya.
HR Muslim (no: 804).

2- Hadis: Al-Quran pemberi syafaat yang diterima syafaatnya.
HR Tabarani. kata al-Haitami: Di dalamnya terdapat al-Rabie' bin Badr, MATRUK. (Majmak Zawaid 7/341).


hadis kedua:
Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.....


Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar.
-Kata al-Haitami dalam Majmak Zawaid 2/524: "Di dalamnya terdapat perawi yang aku tidak ketahui biografinya".
-Ibnul Jauzi memasukkan hadis ini dalam kitab 'Hadis-hadis palsu' (Al-Maudhuat) 1/251.

Wallahua'lam..

Sumber : Al-Ahkam.net

Berhati2 dalam menyebarkan..pastikan kesahihan sesuatu perkara tu dulu..


Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??