Posts

Showing posts from January, 2008

ADUHAI PALESTIN

Bumi anbia berdarah lagi Hancur, hangus, rentung segala Dihujani peluru timah hitam Diguruhi bom dan dipetiri mortar Suara pembunuh, suara pemusnah Begitu lantang menggegar hati Suara erangan, suara duka manusia Begitu sayu menagih simpati Kemerdekaan apakah itu? Andai belenggu sengsara masih mencengkam Andai nyawa manusia bagai debu melayang Andai peluru durjana terus merobek bahagia Palestin, dikau menjadi saksi segala Kekejaman dan kezaliman yang beraja Iringan doa kukalungkan jua Buat semua mujahid perkasa Aduhai Palestin! Begitu mahal nilai sefaham Tidak terbeli nilai sehati Begitu tinggi nilai manusiawi Tidak tercapai akal dan budi Tinta pena : adia_anarris @ 2007

KATAKAN TIDAK PADA SYIAH!!

Image
ANDA KENAL MUKA INI??? PEMIKIRAN SYIAH....TETAPI MENYATAKAN DIA ADALAH AHLUSSUNNAH WALJAMAAH.... JIKA DIA KATA SYIAH LEBIH BENAR,MENGAPA DIA TIDAK MENGIKTIRAF DIRINYA SEBAGAI SYIAH?? JIKA KITA BENAR,MENGAPA KITA PERLU MENYEMBUNYIKAN PENDIRIAN KITA ITU?? KEPADA RAKAN-RAKAN.. KITA SAYANG PADA AHLI KELUARGA NABI... YA..TIDAK DINAFIKAN.KITA PERLU MENYAYANGI AHLUL BAIT... TETAPI KITA DILARANG UNTUK MENDEWAKAN MEREKA... SYIAH MENDEWAKAN MEREKA SECARA BERLEBIH-LEBIHAN... DIDALAM SURAH AZ-ZUMAR,AYAT 3. ALLAH BERFIRMAN "INGATLAH! HANYA MILIK ALLAH AGAMA YG MURNI (DARI SYIRIK). DAN ORANG YG MENGAMBIL PELINDUNG SELAIN DIA (BERKATA) "KAMI TIDAK MENYEMBAH MEREKA MELAINKAN (MENGHARAP) AGAR MEREKA MENDEKATKAN KAMI KEPADA ALLAH DENGAN SEDEKAT-DEKATNYA". SESUNGGUHNYA, ALLAH AKAN MEMBERI PUTUSAN DI ANTARA MEREKA TENTANG APA YG MEREKA PERSELISIHKAN. SESUNGGUHNYA, ALLAH TIDAK MEMBERI PETUNJUK KEPADA PENDUSTA DAN ORANG YG SANGAT INGKAR" WALLAHUA'ALAM...(ALLAH JUGA YG LEBIH MENG

MEREKA SUDAH TERMASUK JERAT!!!

Image
---klik di gambar untuk membaca artikel penuh--- Mereka sudah melompat! Mengapa Mereka marah kalau mereka difitnah??? Anda (Abu Syafiq) marah pada org yg membuat fitnah itu??? Sebab apa kamu marah??? 1 PERSOALAN YG PERLU DIJAWAB!!!

TOLONG TANYA PADA MEREKA!

Image
BENARKAH MEREKA INI PEJUANG ASWJ??? Tanyakan pada mereka... Dari mana mereka (Puak Ahbash) tahu tentang nama ayah Dr MAZA adalah Abu Talib dan bukannya Zainal Abidin? Dalam artikel yg menyatakan nama ayah Dr MAZA adalah Abu Talib,mereka tidak menyatakan dari mana mereka ambil fakta itu.... Dalam surah Al-Hujjurat,ayat 6:- Allah berfirman "Wahai orang-orang yg beriman! Jika seseorang fasik datang kepaamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum, kerana kebodohan(kecerobohan), yg akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu" Seterusnya,mereka (Puak Ahbash) kata :- "Asri mendakwa Nabi Ibrahim mencari-cari Tuhannya dan Asri menganggap nabi Ibrahim adalah WATAK dalam hal seorang yang sentiasa mencari-cari tuhan, diletakan sebagai objek dan pelbagai lagi. Asri mengambarkan seolah-olah Nabi Ibrahim berakid

JAUHI PUAK GHULUW (MELAMPAU)

Image
BERHATI-HATI DENGAN MEREKA..... GHULUW DI SETIAP PELUSUK HATI MEREKA.... KATAKAN TIDAK PADA AHBASH... "KAMI ANTI AHBASH"

Apabila Hasad Mengambil Tempat, Kebaikan Akan Terpinggir

Hikayat kisah-kisah melayu lama banyak memuatkan tabiat melayu yang amat cenderung untuk hasad dengki antara satu sama lain. Saya tidak pasti sejauh manakah kebenaran kisah-kisah tersebut. Namun yang pasti samada kisah itu benar atau bohong, atau separuh bohong, unsur hasad dengki mempengaruhi masyarakat melayu sehingga kisah-kisah yang berunsur sedemikian terbentuk dan diwarisi. Mungkin ianya kisah yang ada asalnya, atau igauan perekanya yang selalu terbayang unsur-unsur hasad dengki yang sering mengambil peranan dalam masyarakatnya. Lihat sahaja Hikayat Hang Tuah, Hang Nadim dan berbagai kisah-kisah yang lain. Kisah-kisah itu menggambarkan betapa hasad dengki telah mengambil tempat utama dalam kemuncak kisah dan pemikiran ingin mengambil manfaat dari kebolehan individu lain dipinggirkan. Mungkin ada masyarakat lain juga yang demikian, kerana hasad dengki adalah ‘penyakit antarabangsa’. Dari segi realitinya –walaupun tidak semua- orang kita selalu hasad apabila melihat sesama kita ma

Jangan Melampau Jika Bertelingkah, Itu Dibenci Allah

Apabila saya membaca ucapan Rasulullah s.a.w: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim), saya merenung panjang ke dalam kehidupan ini. Cuba memuhasabah diri sendiri dan melihat kepada perjalanan masyarakat Islam. Dalam hadis ini Nabi s.a.w memberitahu kita bahawa Allah teramat benci manusia yang apabila berbalah, dia melampaui batas. Menolak apa yang benar hanya semata ingin menegakkan hujah yang dia sendiri tahu telah tersasar dari kebenaran. Berkeras kepala dengan hujah sendiri lalu berusaha menegakkan benang yang basah. Allah amat benci orang yang seperti ini. Inilah juga tabiat munafik yang disifat oleh al-Quran: (maksudnya) “Dan di antara manusia ada mengkagumkan engkau tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, dan dia bersaksikan Allah (bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah), padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu Muhammad). ” (Surah al-Baqarah: 204). Dalam hadis yang lain Nabi

Sambutan Maal Hijrah???

Ditanya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Mengenai Beberapa Soalan Tentang Sambutan Hijrah Soalan: Adakah Nabi s.a.w mula berhijrah pada bulan Muharram seperti difahami oleh kebanyakan masyarakat awam di Malaysia ini? Jawapan: Sebenar ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa baginda s.a.w keluar dari rumah baginda menuju rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. al-Syeikh Al-Mubarakfuri dalam buku sirahnya yang terkenal Al-Rahiq al-Makhtum mencatatkan bahawa pada 27 Safar bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian di Gua Thur. Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yasrib ketika itu. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba. Kemudian pada hari Jumaat minggu tersebut barulah baginda memasuki Madinah. Dengan ini, maka sangkaan sesetengah pihak bahawa Nabi s.a.w berhij

Ayat di Alam Semesta

Salah satu maksud ayat dalam bahasa arab ialah tanda atau bukti.Justeru ,selepas penguasaan ayat al-quran,ayat kedua yang perlu dikuasai adalah ayat-ayat yg tersembunyi di alam semesta.Ayat-ayat ini adalah tanda serta bukti mengenai kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta.Bagi mencapai tujuan ini,umat Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik.Inilah yang tersirat disebalik kata-kata Allah yg terdapat dalam surah al-Ghashiyah ayat 17 hingga 20 yang bermaksud "Apakah mereka tidak melihat pada unta bagaimana ia diciptakan.Dan langit bagaimana ia ditinggikan.Dan gunun-ganang bagaimana ia ditegakkan.Dan bumi bagaimana ia dihamparkan." Pengkajian mengenai rahsia-rahsia alam memerlukan akal yang tajam lagi kritis. Berhubung dengan ini dalam surah al-mukminun ayat 80,Allah menyatakan,"Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah yang(mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir mengenainya?" Ilmu yang diperoleh dar

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara

Politik apabila menjauhi daerah wahyu sentiasa dibaluti dan dicemari dengan prasangka, buruk sangka, hasad dan keceluparan. Sekali lagi saya akan memperkatakan tentang politik. Namun sebelum pena ini terus bergerak menuju sasarannya ada beberapa perkara mesti dijadikan pendahuluan awal agar prasangka dan prajudis sesetengah pihak dapat ditangkis. Ini kerana politik apabila menjauhi daerah wahyu sentiasa dibaluti dan dicemari dengan prasangka, buruk sangka, hasad dan keceluparan. Maka pertama; -sehingga tulisan ini ditulis- saya tidak mempunyai sebarang hasrat menjadi ahli politik. Justeru itu, apabila saya memperkatakan tentang politik, tidaklah saya mempunyai sebarang tujuan melainkan melakukan pembaikian suasana. Prasangka politik hendaklah dihilang dalam hal ini. Bahkan walaupun jawatan Mufti saya telah pun disambung rasmi dengan tempoh yang lebih panjang dan kerjasama yang teramat baik sentiasa diberikan, namun saya sendiri tidak berhasrat untuk berada di atas jawatan ini melebih

Mengapa Kita Berdiam diri???

"Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri." Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk. Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri. Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan

Cakap Orang Ramai Bukan Penentu Kebenaran

Kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasar cakap atau pendapat orang semata. Maka betapa banyaknya fakta-fakta yang benar dalam sesebuah masyarakat ditolak hanya kerana ianya tidak digemari oleh cakap orang ramai. Entah berapa banyak pula fakta yang salah dan dusta ditelan oleh sesebuah masyarakat sebabkan ianya dipercayai oleh majoriti yang ada. Inilah nasib kebenaran atau al-haq jika pungutan suara atau desas-desus ramai dianggap sebagai kayu pengukur utama. Demi sesungguhnya tidak! Kebenaran adalah kebenaran. Kebenaran dinilai dengan dalil dan alasan. Dalam dunia akademik ianya juga disebut ‘dengan angka dan fakta’ . Jika dalilnya sahih dan alasannya benar atau angkanya betul dan faktanya tepat maka itulah kebenaran sekalipun orang ramai jahil mengenainya atau menolaknya. Kejahilan manusia tidak boleh merubah hakikat kebenaran. Demikian pembohongan yang diterima ramai tidak boleh mengambil tempat kebenaran. Dalam Islam, dalil dan alasan atau fakt

Assalamualaikum!!!

Assalamualaikum...anda semua dijemput utk melawati blog ini..semoga kita sama2 mendapat manfaat dari sini..insyaAllah.