Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Friday, July 31, 2009

Impian : Daerah Dunia atau Negara Akhirat??

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari Akhirat, Bagaikan anak-anak akhirat...yang melihat dunia dari jendela akhirat"

- Ammar Zulkifli -





Bukanlah utk memuja Ammar..
tapi hendak mengambil semangat mudanya..
semangat jihadnya walaupun ketika dia kemalangan..
difahamkan di Mesir, mereka ketika itu sedang menduduki peperiksaan.

kita belajar bukanlah untuk mengejar syllibus atau mendapat dekan saja..
tapi bila dapat pa yg diimpi, redha Allah xbersama kita..
rugi sangat2.


Jangan cari ilmu untuk kejayaan semata2,
tapi redha Allah tidak bersama
Tapi
Carilah ilmu kerana Allah...
nanti Allah akan hadiahkan kepada kita kejayaan..
mungkin result kita kurang cemerlang..
tapi kita boleh lebih berjaya bila terjun ke dunia luar..

Apabila hati kita mencintai akhirat..
segala amalan perbuatan kita akan tertumpu utk kesana..
pada ketika itu, dunia akan datang kepada kita dalam keadaan yg hina..
seperti kita melihat dunia dari jendela akhirat..


Apalah erti kemewahan dan kesenangan dunia,
sedangkan dunia bagaikan sedetik waktu.
Kemenangan akhirat lebih bermakna,
kerana waktu selebihnya adalah akhirat yg tiada penghujung.

"Ssesiapa yg melakukan sesuatu kerana dunia, Allah akan memecahbelahkan urusannya, dan akan dijadikan kemiskinan antara 2 matanya. Dan dia tidak akan mendapat apa-apa dari dunia, melainkan apa yang telah ditulis utknya.(didunia).

dan


Sesiapa yg melakukan sesuatu dan niatnya kerna akhirat.Allah akan mempermudahkan segala urusannya, Allah akan menjadikan kekayaan didalam hatinya. dan dunia akan datang tunduk dihadapan kakinya(dlm keadaan hina)"


riwayat Ahmad.

kita sekarang,

Antara dua pilihan..
Pilihlah yang mana kita suka,
antara kemewahan dunia semata?
atau Kenikmatan syurga?


Didalam surah al-Ankaabut ayat yang ke 64..
Allah berfirman
" Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan,
Dan sesungguhnya neegeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui"

- Al-Ankaabut,64 -


www.tips-fb.com

Thursday, July 30, 2009

Aura Allahyarham Ammar Zulkifli

Assalamualaikum..

Mungkin artikel ini ditulis agak terlewat..

walaupun lewat...auranya masih lagi kuat..

Allahyarham Ammar Bin Zulkifli.



Kami xsempat kenal..malah, saya mula mengetahui ttg saudara ammar dari berita pemergiannya.
Hafiz ceritakan pada saya sewaktu hendak ke Rekreasi HALUANSiswa.
kerana tidak kenal, saya berasa biasa.
bagai gugur seorang muslim utk bertemu Tuhan-Nya.

Tapi..berita tentang ammar tidak reda-reda..
sahabat2nya bercerita tentangnya,
akhlaknya baik, semua orang suka berkawan dengan dia.
baik dari kumpulan "budak surau" atau "budak2 nakal"
dalam fikiran, "Ammar mempunyai sesuatu kekuatan"

ketika berada di Pulau Pinang..
sekali lagi namanya disebut.
Kali ini didalam kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad..
Ustaz memuji beliau..ustaz kata dia budak baik..

Ustaz Johari ada sebut dalam kuliah subuh,
Ustaz jumpa dgn ayahnya..kerja di USM,
Ustaz kata,ayah dia tabah..

sebab apa semua orang sebut tentang die??
Siapa dia? sebab pa dalam kuliah2 disebut2 nama dia?
ramai yg menyebut tentang die..

Tadi, saya klik pada 1 nama yg ziarah blog saya..
dalam blog ni ada juga artikel khas utk Allahyarham Ammar Zulkifli..
Bila baca artikel tu..hati mula terdetik...
ntah mengapa, hilang kerisauan utk ujian esok..
saya nak baca semua artikel berkaitan Ammar Zulkifli..

Subhanallah..hebat insan ini..
dia mampu meletakkan dirinya dalam hati semua orang dengan sahsiahnya yg baik..
Hati dah lama gersang...keras bagai batu..
tapi malam ini..
saya dah menangis...
Saya inginkan juga pengakhiran yg sebegini..
pengakhirannya,pengakhiran yg baik..

dia x mengangkat senjata, tapi dengan semangatnya..
dia pulang kepada Allah dalam keadaan dia sedang berusaha utk memartbatkan agama Allah dan Rasul-Nya..

Kata-kata Ammar yg disampaikan dari ibu Ammar ada yg bagai menampar saya supaya sedar...

ini antara kata2 Ammar yg di copy paste dari blog Ammar sendiri :

MATLAMAT YANG TERSASAR

Sekiranya perkara pokok tidak menepati yang sepatutnya, rosak segalanya. Pohon yang tumbuh dari baka yang buruk, buahnya tidak lebat lagi buruk tuaiannya. Kerap kali saya lari dari matlamat Mardhatillah. Datang kelas bukan mencari hambatan redha ilahi, tapi kerana nak jumpa si dia. Selak buku bukan kerana Allah, tapi dek sibuk kejar silibus.

Gagal jawabnya. Sia-sia.

Penat yang kerugian. Hasilnya tiada berkah.

NILAIAN MANUSIA

Kita manusia sering tersasar kayu ukurnya. Hanya berhasrat memancing redha manusia kerap kali lupa akan pemilik hakiki redha itu. Kerana diukur akan sanjung manusia itu diketepikan sandaran segala usaha dan kudrat kita. Akhirnya semua jadi, haba-an mantsuraa. Ya! Sia-sia!

Bayangkan penat sengkang mata kita, lenguh duduknya, pening kepalanya, dua bulan tidak keluar rumah menelaah kitab-kitab medik, hanyalah menjadi bukti usaha sia-sia, hilang berkahnya hanya kerana sandaran segala usaha itu adalah bukan kerana Allah.

Ingat semua ini hanyalah landasan wasilah kita bagi menggapai matlamat tertinggi, ghayah ‘aliyah.
ALLAH!

Aura Allahyarham mampu mengetuk hati2 yg terleka...

"Ya Allah ampunilah dia,Rahmatilah dia,Kasihanilah dia..Letakkan dia dikalangan hamba2-Mu yg Soleh"
Kamu berada dalam pengakhiran yg baik.. semoga Allah memberi syurga kpda kamu.. Allahumma Ameen...

Kita x pernah bertemu wahai Ammar..tapi saya harapkan, kita akan berjumpa disyurga kelak..
Mudah-mudahan,saya juga mendapat pengakhiran yg baik..

www.tips-fb.com

Wednesday, July 29, 2009

Andai langkah kita terpisah...

Andai langkahku bersamamu terpisah...
Aku harapkan kau akan melakar pelangi kegemilangan.


Tintaku kali ini untuk sahabat2 perjuangan,
khasnya kepada seorang insan yg mungkin terluka
kerna diri ini..


Sahabat..
Masa kita bersama didunia tidaklah panjang.
Misi kita bukan kejayaan disini,
tapi kegemilangan di negera Abadi,
disana ada sungai yg airnya berlari-lari.


Janganlah kerna satu kesedihan hari ini,
kau terlupa akan sinar mendatang pada esok hari,
Janganlah berputus asa,
sehingga kau terlupa misi kita yang utama,

Kemenangan disisi Tuhan aku dan kamu Yang Maha Berkuasa.

Jangan tertipu dengan fatamorgana dunia,
Jangan tertipu dengan sandiwara nafsu yg membuatkan kamu terleka,
Pandang kedepan dan terus melangkah dengan berani.

Aku tahu kamu kuat dan tabah,
Dikala kamu ditimpa ujian,
kau kelihatan tumbang tanpa daya,
tapi dengan kekuatan tersendiri,
kau mampu bangun dan terus berjuang.

Berhentilah menangis,
Kerna aku tidak suka lihat kamu menangis,
hidup mesti diteruskan,
aku sentiasa doakan kamu dari sini,
lakarlah pelangi kegemilangan,
aku tahu kamu mampu melakukannya.

Yakinlah,
Bangkitlah dengan kekuatan,

Mujahadah dengan keimanan,
aku percaya kamu.


Dari sahabat utk sahabat melalui jambatan keimanan yg teramat kukuh binaannya.


Semoga kita sama2 ditempatkan disyurga-Nya.

www.tips-fb.com

Monday, July 27, 2009

Rehlah Ibadah 2

Assalamualaikum..

minta maaf le lewat sket update utk rehlah ibadah 2 ni..
semalam saya kurang sihat sket..jadi..tangguhkan dulu utk rehlah ibadah 2..

Rehlah ibadah 2 ni sbenarnya sambungan dari artikel sblum ni..

Lepas kami dah bertolak dari gunung berlumut..kami singgah di Sekolah Agama Ghufran..
Malam tu kami akan buat barbeque.kami sampai di sekolah Ghufran dalam pukul 5.16 petang,.
Sampai2..semua blasah tido dulu..letih sangat2 le tu..
Kul 6 hafiz gerak kami utk truskan aktiviti.,.
hafiz n aqif gi ambil ayam..
yg lain2 hidupkan api dulu..
bila hafiz balik ke ghufran..
hafiz gtau kami dapat 4ekor ayam..

HAH!!!
7 ORANG NAK ABISKAN 4EKOR AYAM???

makna nya aku akan jadi semakin tough la...
huhu..

utk bahagian memasak..
Chef Sohaib n Chef HUsni incharge..
Yg lain membantu benda2 lain yg diperlukan..contohnye..
kalau minyak utk nak sapu atas ayam tu abis..kami tmbah2..
bekalkan lampu..
n mcm2 le..

utk bahagian memasak..
Chef Sohaib n Chef HUsni incharge..
Yg lain membantu benda2 lain yg diperlukan..contohnye..
kalau minyak utk nak sapu atas ayam tu abis..kami tmbah2..
bekalkan lampu..
n mcm2 le..

dah masuk 2nd round masak..
Ayam cam dah banyak..
kami termenung..camna nak abiskan ayam2 ni..
isk3..

Semua sepakat..kami nak ajak shabat2 yg tinggal berdekatan makan sama..
n bagi kat rumah kat sebelah sekolah ghufran..

hah..ni pon banyak lebih lagi ni..
bungkus je la..
bagi kat kawan2..

kami abis semua dalam kul 2240..
kami pon bertolak pulang..
sampai UTM dalam 23++..
xigt scra spesifik...

program ni berjalan dgn baik..
walaupun ramai yg menarik diri disaat-saat akhir..
Alhamdulillah..kami syukur pada-Mu


"Semoga tautan ukhwah kita terus mekar,
terpateri dihati,
hingga bertemu disyurga abadi
InsyaAllah"
www.tips-fb.com

Sunday, July 26, 2009

Rehlah Ibadah di Gunung Berlumut...


25 Julai 2009

7.00 pagi dicadangkan utk bertolak..Hafiz mula kumpul2 orang...

8.15 pagii.Dah amik semua...baru kami bertolak ke Gunung Berlumut...Hafiz, Sani, Azizi, aku, Aqif, Sohaib, n Husni..7 org jek yg da kesempatan..

Dalam perjalanan tu, lepas dijamu roti..aku tertido la plak..ntah..ngantuk camna tah..hehe..sedar2 dah nak masuk kluang..Gunung Berlumut tu dalam kawasan kluang le..Keta dipandu terus..Kami sampai kat depan tempat rekreasi Gunung Berlumut tu lbih kurang kul 9++..hehe..(xigt lorr,maklumla jam x repair2 lagi...)


Sampai2...jeng3x

kami rehat dulu...Hehe..sembang2..buat pengisian skit..menyuntik bius utk rohani..membetulkan jalan yg bengkok jika ada dlm niat kami,.and menjulang kami sbgai hamba bertuah yg Allah masih bagi kesempatan utk berukhwah kerna-Nya..insyaAllah...

Dah abis pengisian...Haa...masa yg ditunggu2...hehe..mandi la..Sani start dulu.. then azizi...
Then, Husni,sohaib n aqif..


Mana lagi 2 org?? Isk2..kenape xda dalam air ni 2org lagi ni???

cari punya cari...lorh..tgh masak...(rajin nya..anak sapa ni??hehe) hafiz masak..aku tlg tgk..hahaha...sohaib dah basuh beras smua..hafiz potong2 bawang...
time dok tunggu nasi nak masak..aku sembang2 la dgn hafiz..pengalaman masing2.
aku bukan x nak p mandi...tp takut air sejuk cam kat batu maloi..(sejuk giler..mencecah -708degree celcius.da sapa2 caya x ni??hehe)

Nasi..
dah siap masak...

Ok..masa utk terjun...Yea!!!

Ya Allah...lamanya x mandi2 camni..
air dia xda la sejuk cam kat Batu Maloi..kire ok le...
tapi tu la..aku x reti berenang..huhu..jadi men jalan2 je dalam air
rasa borink...aku basuh janggut aku yg mantap ni..
klu borink..kejar2 ikan..laju die lari..

tapi kalau sejuk...
naikla..



aku mandi sat ja..xtau nak buat pa dalam air..kalau pandai berenang ok gak..
hehe..tp tetap bes la..

dah abis mandi..kami nek2 balik.. masa utk makan..hurm..tapi lauk nye xmasak agi..
ok2..jom kita masak..
perempuan "boleh" memasak..
Tapi lelaki "pakar" memasak..

sapa xnak caye sudah..
tp bukti aku ada..
hehe...


sambil menunggu..aku, sohaib n husni bjalan2 disekitar kawasan.
tp x jauh sangt pon..ambik2 gambar...pemandangan2..

cantik gak tempat die..tenang betul...suke aku..

Kami bertiga pon pose la kat utk bgambar.
susunan alam cantik sgt..betul..

Subhanallah. hebat.
dah bgambar.

kami balik ke tmpat asal.
igt nak bantu utk msk..tp xde keja kosong.
sardin dah siap masak..skarang masak telur plak.
kami masak dalam periuk..camna kami nak alih telur ni..
susah2 sangat..kita buat telur "pop corn" (telur hancur le,idea sani)


Dah siap makan..kami berkemas2..
igt nak mandi agik..tp semua xmau
basuh semua peralatan yg diguna td
pastu kami bertolak untk ke ghufran



Tapikan..sebelum kuar dari taman rekreasi tu.
da satu peristiwa dah berlaku..
KAMI TERSILAP MASUK TANDAS!!!

mula kami sampai kat tandas tu..da satu grup budak2 ni
yg gals kuar dari tandas sblah kanan..
lelaki2 plak kuar dari tandas sblah kiri.
kami igt betul la kanan tandas gals.
kiri tandas boys..
tp..tiba2 aqif tukar masuk tandas..
die kate..yg sblah kanan tandas laki..
sbb da tmpat kencing berdiri(xkan tandas gals da kncing berdiri)

alamak..
3 org dah masuk dalam tandas tu..hehe..
datang sorang brader n sister ni..
istri dia ni nak masuk tandas..tp bila tau da boys..
dia x jadi masuk lagi..
aku try senyum kat brader tu..
tp no response..hehe..
adeh..serius betul..xpe la..
aku pon buat do no jek..
(*p/s nnt phak gunung blumut,jgn lupa letak stiker tandas boys n gals k)

Kami nak solat..tp surau kat gnung belumut ttp plak..adeh..
xpa3..camni..kita solat kat penjara...
uiks...xnak2..
kat masjid penjara..
tp aqif kata xleh masuk..
jadik kami cari la masjid lain..
cari..cari..haa..jmpa masjid tmn kasih
kami pon solat la kat sane..
then kami pon balik la..

**cam dah panjang..kita sambung dlm artikel lain nnt**
see ya!!

www.tips-fb.com

Saturday, July 25, 2009

Haji Tanpa Mahram..

Ini berkaitan perbincangan ttg mahram..mungkin ada sahabat yg pernah bertanya...ini pendapat2 nye..

dipetik dari http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34846&sid=3168ef3677d3b435e2181976e55692ab

Beikut kami ringkaskan fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi berkenaan dengan wanita keluar menunaikan Haji tanpa mahram :-

Prinsip didalam syariah adalah wanita tidak dibenarkan bermusafir berseorangan. Adalah wajib baginya ditemani oleh suami atau mahramnya. Peraturan ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain dari Ibn 'Abbas ra. bahawa Nabi saw bersabda :

لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم، ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها محرم
"Tidak boleh seorang wanita bermusafir melainkan ditemani mahramnya, tidak boleh masuk keatasnya melainkan bersamanya mahram"

Asas kepada hukum ini bukanlah andaian buruk mengenai wanita dan akhlaknya sepertimana wujud dikalangan manusia yang mengatakan begitu, akan tetapi adalah kerana untuk menjaga reputasi dan kehormatannya. Larangan ini adalah untuk melindunginya dari keinginan mereka yang hatinya berpenyakit, atau diganggu oleh perogol ataupun pencuri. Malah, lebih-lebih lagi larangan berkuat-kuasa jika tempat yang ingin dilalui itu seperti padang pasir, dimana pada waktu tersebut tiada jaminan keselamatan dan juga pada tempat-tempat yang kurang pendudukannya.

Persoalannya, apakah hukum bagi wanita yang tidak mempunyai mahram untuk bersamanya didalam perjalanan yang syarie, samada wajib, mustahab (sunat) atau mubah (harus)? Pada masa itu pula terdapat sekumpulan lelaki yang dapat melindunginya, atau wanita-wanita yang dipercayai, atau jalan-jalan yang selamat. Para ulama' telah menyelidiki hal ini setiap kali mereka berbicara mengenai kewajipan haji keatas wanita, dan mereka sentiasa beringat dengan larangan Nabi saw terhadap wanita yang bermusafir tanpa mahram.

1. Dikalangan mereka berpegang kepada hadith tersebut, dimana mereka melarang bermusafir tanpa mahram walaupun Haji adalah ibadat wajib, tanpa ada sebarang pengecualian.

2. Ada yang membenarkan wanita tua yang sudah melebihi umur yang terdedah kepada godaan, sebagaimana riwayat al-Qadi ibn al-Walid al-Yaji, dari Mazhab Maliki.

3. Ada juga dikalangan mereka yang membuat pengecualian jika terdapat wanita-wanita yang dipercayai bersamanya.

4. Ada juga pendapat yang menyebut dengan pengecualian perjalanan mesti selamat. Ini merupakan pandangan Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah. Beliau mengatakan bahawa Ibn Muflih didalam al-faru' berkata : Setiap wanita boleh menunaikan Haji tanpa mahram selama-mana dia berada didalam keadaan selamat.

al-Artham meriwayatkan dari Imam Ahmad bahawa : Mahram bukanlah syarat didalam wajib Haji. Justifikasinya adalah : kerana jika dia keluar bersama wanita lain, dan bersama mereka dia telah berada didalam keadaan selamat.

Ibn Sirin berkata : Jika bermusafir bersama orang Islam maka adalah dibenarkan (La Ba'sa).

Al-Awzal mengatakan : dibenarkan jika bersama kumpulan yang adil.

al-Syafie mengatakan : bersama wanita yang thiqah (dipercayai).

Tujuannya adalah atas dasar mempertahankan dan melindunginya, dan dikuti dengan perjalanan yang selamat dan bersama lelaki yang dipercayai dan wanita.

Terdapat dalil yang membenarkan wanita bermusafir tanpa mahram dengan syarat terdapatnya keselamatan dan kehadiran mereka-mereka yang dipercayai. Sebagaimana yang dilaporkan al-Bukhari dimasa Haji terakhir Umar ibn al-Khattab ra. yang memberi izin isteri-isteri Nabi saw kebenaran menunaikan Haji. Beliau telah menghantar Uthman ra. dan Abdul Rahman Ibn Auf. Perbuatan ini dipersetujui oleh semua pihak.

Disini al-Qaradhawi meletakkan 2 kaedah tambahan :-

1. Asas hukum ini memfokuskan kepada maksud dan tujuan. Ini bertentangan dengan hukum ibadat, yang tujuannya memfokuskan kepada mentaati perintah Allah, sebelum menumpukan kepada maksud dan tujuan, sebagaimana yang dipegang oleh Imam al-Shatibi.

2. Perkara yang diharamkam tidak dibenarkan melainkan pada masa dalurat. Perkara yang dilarang pada masa tersebut dibenarkan. Tidak di sangsi lagi bahawa larangan wanita bermusafir tanpa mahram adalah bertujuan menutup pintu-pintu kejahatan.

Hendaklah kita melihat situasi bermusafir pada masa ini yang jauh berbeza pada zaman dahulu. Ia tidak lagi diliputi oleh bahaya diganggu di padang pasir, atau berdepan dengan pencuri, penyamun lebuhraya dsb. Pada amsa ini, permusafiran menggunakan kenderaan-kenderaan moden yang boleh membawa jumlah orang yang ramai pada satu masa, seperti kapal laut, kapal terbang, bas atau karavan. Malah ini menyediakan keyakinan dan kepercayaan, dan membuang perasaan takut dikalangan wanita, kerana dia tidak berseorangan dimana-mana tempat.

Malah kata al-Qaradhawi, dia tidak melihat sebarang tentangan kepada wanita melakukan Haji didalam lingkungan suasana yang selamat, yang menyediakan keperluan keselamatan.

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528610316

=======

Malah Dr Soad Saleh, Professor Syariah Universiti al-Azhar menyebut bahawa syarat ditemani mahram adalah kerana keadaan perjalanan yang tidak selamat. Apabila wujud perkembangan yang positif (ciri2 keselamatan dan selamat perjalanan), maka dia lebih cederung kepada Mazhab Syafie dan Maliki yang meletakkan keizinan suami sebagai syarat jika di berkahwin, atau keizinan wali jika dia belum berkahwin. WA.

Sekian, wassalam

_________________
خيرالأمين
http://kaminms.blogspot.com/
www.tips-fb.com

Friday, July 24, 2009

Gunakanlah fikiran kamu wahai LELAKI.!!!

Assalamualaikum...

sebelum ni, da kawan kelas saya anjurkan utk menulis tentang isu lelaki yg "kurang baik" ni..

mula2..saya cuba la bela kaum adam ni..sbb saya pon dari kaum Adam..

Tpi..da 1 benda yg dah terjadi time lpas makan ri jumaat..da satu pasangan ni..kebetulan saya pon kenal mereka..yg menyedihkan si perempuan ni dah free hair..

Sebelum ni,kalau ke kelas bertudung..jmpa di bank CIMB pon masih bertudung...tp bila kuar dgn Boy die je...dah free hair...dah brapa kali saya nmpak cam2..

Ada kemungkinan, si lelaki yg suruh gal ni free hair..Bila dah mabuk cinta..ikut je la...kalau x ikut..kena tinggal plak..

Wahai kaum adam, JANGAN AMBIL KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN WANITA...

utk kaum Hawa...

JANGAN MUDAH IKUT APA YG SI LELAKI SURUH, BERFIKIRLAH DULU...

hurm..kasar bunyinye..tp saya rasa,ini yg perlu disampaikan..

insyaAllah,jika ada kesempatan,saya akan tulis artikel berkaitan pentingnye cinta selepas kahwin..insyaAllah...
www.tips-fb.com

Thursday, July 23, 2009

Aku rindukan sahabat aku....



Assalamualaikum...

artikel ni mungkin lebih kepada luahan perasaan diri sendiri..saya nak ceritakan ttg rindunye saya kat 5 orang sahabat saya,..
walaupun keadaan skrg ni cam tgh serabut kepala..tp hati saye ttg kate,nak tulis gak ttg diorg..
Yg leh katakan senang susah skali...n saye hargai sgt3...

  1. Hafiz Huzaine B Hasmil(Pjai)
  2. Nor Amin B Abd Hamid(amin)
  3. Arman Hadi (Arman)
  4. Azlan Adnan(lan)
  5. Abdul Hafeez Asyraf(Pcap)

Hah..ni le 5 sahabat aku tu..Bile senang skali...time susah..skali gak..


tapi skrg ni kami dah jauh2...belajar.tapi benda ni xmenghalang aku dari lupakan diorg ni..aku hargai sangat2..


Pjai sekarang dah g sambung blajar kat jepun...kat Shibaura Institute of Technology..Japan. dia amik dalam bidang electronic communication system..Aku start kenal pjai time form 4..Die dulu Maahad Muhammadi kelantan.. Kami skelas..kire orang 1st yg aku kenal time pindah sekolah..Pjai la..


ttg nama pjai ni...stu hari, kami ramai2 da kat luar kelas..hakim da cakap benda ni.. asal nye P-JAI...P dari hafiz,,..Jai dari Huzaine...bile digabung. jadi la P-JAI...


camne die leh stuju nak gune name tu??berdasarkan pe yg penah pjai cite sndri kat aku..satu hari tu,org yg die suke time tu nak panggil die, tapi panggil dgn nama pjai..hehe..jadi..kononnye cam terharu le..melekat la nama tu kat die..1 sek panggil die pjai..
(Ko igt lagi x benda ni semua jai??)hehe...




tadi tu serba skit ttg Pjai..skrg amin plak..Amin ni time awl2 xkenal die pon..kami start rapat sejak jadi exco same2 (Pjai,aku,amin n Pcap kami semua exco asrama dulu)..


time jadi exco..mula la rapat dgn amin..amin ni aktif ragbi..orangnye ceria(kecuali time bermasalah)..hehe..orang kate kuat men capub...tp aku kate x...aku kate die kuat bkerja...kalau die xbuat..pakat x jalan..lagipon..dah nama pon exco...nak diam2 xyah jadi exco le...hahhaa...


skrg..amin blaja kat MAS..bakal engineer kat sane(tadi amin dah bagi data die,,,huhu..tp terhilang plak..sedihnye)..


yg speselnye amin ni..kalau dia tensen je...dia diam..time tu...semua org akan nampak prubahan die...sikap die kire contradict le time biasa n time sedih...hehe,,neway..banyak kenagan dgn amin..tp akan diceritakan dalam kesempatan yg lain...


arman plak..kami kenal time kat matrix...dia merangkap SU kerohanian time kat matrix dulu (time biro kerohanian)...Kami sekelas..duduk dalam penang...die kat sg gelugor..saya kat bukit jambul..


Yg besnya kami..time kat KMK..kami da buat study group..mula2 saya dgn arman jek..then Lan join kami xlama pas2..setiap minggu kami balik..xkira la da keja@x..heheh..kire mmg otai le..


Time kat KMK..siang p kelas..ptang buat hal sndri..maghrib bawa trun beg siap2 pas2 kalau nak makan2 ka..time lepas maghrib tu...then pas isyak kami akan stdy smpai kul 11 mlm...


kadng2,lpas study tu..kami berkumpul depan blok A..nnt sembang2 gosip...cita prob..makan mee ruskee..makan ceklat..hehe..mmg bes le time tu..kdg2 sampai kul 2 baru kami bersurai..


sekarang ni arman kat UTEM amik mechatronics...kalau
time cuti ja..insyaAllah..kami akan jmpa skrg2nye skali..hehe.


tu ttg arman...Lan plak..lan org perak..skrg dia stdy kat UiTM Shah Alam..kenal die time kat KMK jugak...same cam arman..tp agak lewat sket saya knal die..kami sekelas gak..kelas L..


Bila berkawan dengan diorg..saye time kat kelas..slalu dok depan jek...(skema)tp tu la...duk depan pon..tidoq gak..blasah je la..hehe..kdg2 malas2..duduk blakang..


pengalaman dgn lan same cam arman...sbb kami slalu p mane2 pon ber3..hehe..paling bes time dduk kat meja bulat la..sembang2..hehehe..mcm2 benda la kami sembang..


And las skali...hafeez asyraf a.k.a. P-cap..heheh..org kedah...power dlm bio...ingatan jenis sempoi le.time kelas prep. dia baca bio,aku pon bace gak..tp b4 abis..sembang2...die macam dh khatam 1 buku..bengang pon da..jeles pon da..


tp pe2 pon..bersyukurlah..itu kelebihan die..


Hah..lagi satu..P-cap ni dia power men percussion..semua benda dia bantai main..hehhe..n aku blajar men percussion dari die le...boleh la sket2 kalau nak ketuk2 conga tu..heheh...


skrg ni,dia dah slamat ke indon..sambung medic katenye..tp yg sedih nye..sejak lepas dari SPM...aku x penah jmpa dia lagi smpai skrg...yg len penah gak jmpa..


Klu dulu,sblum pjai g japan..saye turun KL je..nnt lepak rumah pjai..parents dia kenal saye..saye
dah kenalkan parents dia dgn my parents...


time turun kl tu..jmpa la amin...n skali tu lepak kat UiTM...dgn lan n arman..kire penah la jmpa gak..tp P-cap ni xjmpa2 lagi..insyaAllah..da kesempatan kita akan berjmpa...


Utk 5 sahabat aku ni...hope persahabatan trus berkekalan..


dalam 1 hadith yg panjang yg menceritakan ttg 7 golongan yang dinaungi Allah dibawah naungan-Nya pada hari kiamat..salah 1 dari 7 golongan ini adalah "dua org yg saling mencintai kerana Allah; keduanya bertemu dan berpisah atas dasar cinta kepada Allah"


(hadith ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,rujuk Riadhus Shalihin, no 382, cetakan Al-Hidayah Publication)
www.tips-fb.com

Wednesday, July 22, 2009

Bagaimana kita berdepan dgn Ujian..




Sambil duduk, sambil berfikir..sekurang2nya..x buang masa begitu saja..tp bila org tgk..org nnt kate saye termenung..xpe..xkisah..time termenung tu la..terlintas satu benda di benak fikiran ni..


Ada ke manusia yg tak pernah diuji Allah??

sentiasa senang dan bahagia.xpernah hadapi sbrang kesusahan..dan akhirnya dia berjaya kesyurga...seronoknye kalau boleh jadi orang mcm tu..tapi masalahnya xda org yg cam2..

Dalam surah Al-Baqarah, ayat yg ke 214,
Allah berfirman :


÷Pr& óOçFö6Å¡ym br& (#qè=äzôs? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur Nä3Ï?ù'tƒ ã@sW¨B tûïÏ%©!$# (#öqn=yz `ÏB Nä3Î=ö6s% ( ãNåk÷J¡¡¨B âä!$yù't7ø9$# âä!#§ŽœØ9$#ur (#qä9Ìø9ãur 4Ó®Lym tAqà)tƒ ãAqߧ9$# tûïÏ%©!$#ur (#qãZtB#uä ¼çmyètB 4ÓtLtB çŽóÇnS «!$# 3 Iwr& ¨bÎ) uŽóÇnS «!$# Ò=ƒÌs% ÇËÊÍÈ




214. adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

dalam surah Al-Ankabuut, ayat 1-3.Allah berfirman :

$O!9# ÇÊÈ |=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ ôs)s9ur $¨ZtFsù tûïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% ( £`yJn=÷èun=sù ª!$# šúïÏ%©!$# (#qè%y|¹ £`yJn=÷èus9ur tûüÎ/É»s3ø9$# ÇÌÈ

Alif ,Laam,miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji(dgn sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang -orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yg sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yg berdusta

Dalam ayat diatas, Allah menunjukkan bahawa kita semua pasti diuji..Cumanya, caranya berbeza..Mungkin dengan kekurangan,kesedihan, dan kegagalan...mungkin juga kita diuji dengan kesenangan,kejayaan dan kemewahan yg melimpah ruah..

tapikan kawan2,

antara kita ni..brapa ramai yg berjaya hadapi ujian ni dengan kesabaran??

Ada yg berputus asa dengan ujian...

Ada pulak yang sentiasa berfikiran negatif bila menghadapi ujian..

yg paling teruk skali(tahap paling hampeh la), terburu2 untuk selesaikan permasalahan,

tapi cara yang diambil bercanggah dengan Islam..silap2 boleh rosakkan aqidah..

Na'uzubillah min zalik..

Bila kena uji..
kita akan rasa seperti tak mampu nak tanggung ujian tu..

saya nak ajak kawan2 semua, jom kita motivasikan diri kita dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

Dalam surah Al-Baqarah,ayat terakhir dalam surah Al-Baqarah,ayat 286,

Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 $oY­/u Ÿw !$tRõÏ{#xsè? bÎ) !$uÅ¡®S ÷rr& $tRù'sÜ÷zr& 4 $oY­/u Ÿwur ö@ÏJóss? !$uZøŠn=tã #\ô¹Î) $yJx. ¼çmtFù=yJym n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB $uZÎ=ö6s% 4 $uZ­/u Ÿwur $oYù=ÏdJysè? $tB Ÿw sps%$sÛ $oYs9 ¾ÏmÎ/ ( ß#ôã$#ur $¨Ytã öÏÿøî$#ur $oYs9 !$uZôJymö$#ur 4 |MRr& $uZ9s9öqtB $tRöÝÁR$$sù n?tã ÏQöqs)ø9$# šúïÍÏÿ»x6ø9$# ÇËÑÏÈ

286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

dalam ayat ni pulak, Allah nyatakan kat kita semua..

semua ujian yang kita dapat..kita mampu hadapi sebenarnya..cuma kita ni, bila dapat sesuatu ujian, dia kata "aku x boleh tanggung ini". Kenapa dia tak cari kelebihan dia yg membolehkan dia hadapi ujian ni??

Salah cara berfikir mungkin boleh menyebabkan kita buruk sangka pada Allah.Kita x hadapi ujian seberat para nabi dan orang-orang beriman terdahulu..kalau di malaysia, kita x da peperangan bersenjata..

Jadi, camne kita nak hadapi ujian ni??

saye cuba listkan bbrapa cara utk kita hadapi ujian..Khasnya utk diri sendiri dan umumnya kpda semua pembaca..

  1. Bersyukur kerna Allah masih sudi menguji kita..Inilah peluang utk menghapus dosa, iktiraf iman kita dan juga mendapat kebaikan dari Allah..

Dalam satu hadith daridapa Abu Sa'id dan Abu Hurairah R.Anhuma,daripada Nabi Shallallhu 'alaihi wassalam. Baginda bersabda

"Seseorang muslim tidak ditimpa dengan rasa letih,penyakit,gelisah,sedih, gangguan ataupun gundah hingga duri yang menusuk pada dirinya melainkan Allah menebus dengannya sebahagian dari kesalahan-kesalahannya"

(hadith Shahih,Muttafaq 'alaihi)

*Hadith lain yang ada menyatakan ttg kebaikan ditimpa ujian boleh rujuk Riadhus Shalihin, jilid 1, hadith 38-40,ms 80-81, cetakan Al-Hidayah Publication

Satu lagi hadith daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata

"Rasulullah Shallallhu 'alaihi wassalam bersabda "Barangsiapa yang dikehenndaki baik pada Allah, maka Dia akan menimpakan (musibah) kepadanya""

(hadith Shahih,Muttafaq 'alaihi)


Jadi bersyukurlah atas ujian yg kita hadapi

2. Jadikan ujian yg menimpa sebagai satu pemangkin utk kita lebihkuat berusaha dan memperbaiki diri.

3. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Segalanya pasti ada hikmahnya.

Mungkin kita akan nampak hikmahnya pada saat kita diuji, dan mungkin juga sesudah kita diuji.

Saya harap..kita semua dapat memperbaiki kelemahan kita, terutama diri saya sendiri bila kita berdepan dengan sesuatu ujian atau musibah..

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa..Allahumma Ameen..
www.tips-fb.com

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates