Posts

Showing posts from April, 2009

ADUHAI PALESTIN

Bumi anbia berdarah lagi Hancur, hangus, rentung segala Dihujani peluru timah hitam Diguruhi bom dan dipetiri mortar Suara pembunuh, suara pemusnah Begitu lantang menggegar hati Suara erangan, suara duka manusia Begitu sayu menagih simpati Kemerdekaan apakah itu? Andai belenggu sengsara masih mencengkam Andai nyawa manusia bagai debu melayang Andai peluru durjana terus merobek bahagia Palestin, dikau menjadi saksi segala Kekejaman dan kezaliman yang beraja Iringan doa kukalungkan jua Buat semua mujahid perkasa Aduhai Palestin! Begitu mahal nilai sefaham Tidak terbeli nilai sehati Begitu tinggi nilai manusiawi Tidak tercapai akal dan budi Tinta pena : adia_anarris @ 2007 www.adiaanarris.blogspot.com

Kisah Kedai BuNgA...

Image
Team Penjual Bunga... Assalamualaikum... Dah lama xsembang2 dalam blog ni..hari ni,nak berkongsi cerita ttg pengalaman pertama jadi penjual bunga..mcm lawak ja bunyi die..tp hakikatnya,benda ni menarik sbnarnye.. Nak start dari mana ek...hurm..ok.start dari hari HEP kata kami dapat lot utk jual bunga... kami dapat information agak lambat..semnggu lagi nak konvo baru dapat...so,time tu la baru nak cari dealer,nak g bertanya pada org berpengalaman mcm mana. n bnda2 len yg perlu.. 1st..pasal supplier,mula2 cadangnya nak piolih 1 supplier yg dapat bg rate yg terbaik...tp bila dah dgr penjelasan dgn 1 lagi supplier ni..kami cadang akan amik 2 supplier..wahh..jarang berlaku.. semua yg akan turut handle ni pon,1st time nak jual bunga...xtau camna keadaan..tp dah berani mencuba bnda yg baru..xpa..SEB boleh...haha.. ttg strategi perniagaan..biarla antara kami ja tau..walaupun porak peranda..tp team work kami teramatlah baik..hehe..(ye ke ni?)..malam jumaat tu..sibukla kesemua 11 org yg akan