Posts

Showing posts from June, 2010

Kisah sekumpulan "Binatang" digelar Yahudi..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi       Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Maklumlah, sekarang sedang sibuk berpraktikal, ditambah pulak dengan keadaan laptop dirumah yang meruntuhkan 'mood' untuk melayari internet. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama sebenarnya, tapi bila sudah tertangguh, berat pula nak menaip semula cerita dan pengalaman selama berpraktikal.        Tapi, hari ini terdetik untuk menceritakan pengalaman saya dimana perkara ni berlaku petang tadi.Sebagai pengenalan watak, Ditempat praktikal saya, bahagian biomedical hanya ada 2 orang, Mr. Nitin Tadas, dari India, dan beragama hindu. Dia engineer ditempat saya praktikal. Seorang lagi, Mr. Jason Jeevaraj, dia berbangsa India dari Malaysia, tapi beragama Kristian Katolik(dia juga seorang yang kuat berpegang pada agama dia). Dia sebagai Biomedical Executive dan saya banyak belajar dari dia dan selalu ikut dia saja.Jadi, bila saya masuk, jadilah 3 orang.       Apa yg dipelajari semasa pr