Harapan Yang Dinantikan!!

Assalamualaikum...

Artikel ini ditujukan khas buat sahabat2 sekelas...

Baru-baru ni..6 orang dari sahabat sekelas kita Allah jemput kita utk tunaikan ibadah pada-Nya..
Tempat yg Rasulullah anjurkan pada umatnye utk pergi ke sana..

Didalam sebuah hadith diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A.

Rasulullah Shallallhu 'alaihi Wassalam bersabda,

"Tidak dianjurkan untuk berpergian kecuali kepada 3 masjid: Masjidku ini (Masjid Nabawi,Madinah), Masjidil Haram , dan Masjidil Aqsa"

(Hadith Muttafaq 'alaihi,disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar..Allah permudahkan bagi kami,walaupun ada sedikit masalah yg berlaku ketika disana..

Bila sampai saja di tanah air...Didalam hati aku, terdetik, harap kami semua dapat berubah dan mngubah sahabat2 yg lain ke jalan-Mu ya Allah..Aku harapkan, course kami boleh jadi course contoh dlm hal2 keagamaan..dan dapat tunjukkan teladan pada Junior2 kami...InsyaAllah...

Tapi untuk menjayakan Harapan ni, kita semua kena bekerja...baik yg ikut program MAISAC atau tak..Kita ajak kawan2 kita utk faham Islam dalam erti kata yg sebenar..

Bukan sekadar Islam didalam kad pengenalan sahaja..Bukan Islam Pak turut...Tp Islam yg asal,yg diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya..

Kepada wanita...jom kita berubah
  1. Dari Aqidah yg "bergoyang" kepada Aqidah yg Shahih serta "bertunjang"
  2. dari pakaian kebaratan kpda pakaian Islam
  3. menutup aurat sprti yg diajarkan Al-quran
  4. berakhlak seperti Qudwah kita, Rasulullah Shallallhu 'alaihi Wassalam
  5. Ibadah ikut-ikutan kepada Ibadah yg shahih
  6. Bezakan antara adat dan Ibadat
Kepada yg Lelaki, kita juga perlu berubah

  1. Dari Aqidah yg "bergoyang" kepada Aqidah yg Shahih serta "bertunjang"
  2. Berakhlak seperti Qudwah kita, Rasulullah Shallallhu 'alaihi Wassalam
  3. Ibadah ikut-ikutan kepada Ibadah yg shahih
  4. Bezakan antara adat dan Ibadat
  5. Menjaga pandangan sebaik mungkin
Cukup sekadar ini dulu.harap kita dapat mengubah dengan perlahan-lahan dan paling penting adalah istiqamah...

kemudian kita ubah perkara-perkara selainya..semoga kita akan tergolong dalam golongan hamba2Nya yg bertaqwa...

Dan diakhir perjuangan @ mujahadah ini....mudah-mudahan kita dapat menggapai "Harapan Yang Dinantikan" oleh semua orang..

SYURGA ALLAH...

Semoga kita semua bertemu semula disana,sebagai ahli syurga...Allahumma Ameen...

Comments

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa