Aura Allahyarham Ammar Zulkifli

Assalamualaikum..

Mungkin artikel ini ditulis agak terlewat..

walaupun lewat...auranya masih lagi kuat..

Allahyarham Ammar Bin Zulkifli.



Kami xsempat kenal..malah, saya mula mengetahui ttg saudara ammar dari berita pemergiannya.
Hafiz ceritakan pada saya sewaktu hendak ke Rekreasi HALUANSiswa.
kerana tidak kenal, saya berasa biasa.
bagai gugur seorang muslim utk bertemu Tuhan-Nya.

Tapi..berita tentang ammar tidak reda-reda..
sahabat2nya bercerita tentangnya,
akhlaknya baik, semua orang suka berkawan dengan dia.
baik dari kumpulan "budak surau" atau "budak2 nakal"
dalam fikiran, "Ammar mempunyai sesuatu kekuatan"

ketika berada di Pulau Pinang..
sekali lagi namanya disebut.
Kali ini didalam kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad..
Ustaz memuji beliau..ustaz kata dia budak baik..

Ustaz Johari ada sebut dalam kuliah subuh,
Ustaz jumpa dgn ayahnya..kerja di USM,
Ustaz kata,ayah dia tabah..

sebab apa semua orang sebut tentang die??
Siapa dia? sebab pa dalam kuliah2 disebut2 nama dia?
ramai yg menyebut tentang die..

Tadi, saya klik pada 1 nama yg ziarah blog saya..
dalam blog ni ada juga artikel khas utk Allahyarham Ammar Zulkifli..
Bila baca artikel tu..hati mula terdetik...
ntah mengapa, hilang kerisauan utk ujian esok..
saya nak baca semua artikel berkaitan Ammar Zulkifli..

Subhanallah..hebat insan ini..
dia mampu meletakkan dirinya dalam hati semua orang dengan sahsiahnya yg baik..
Hati dah lama gersang...keras bagai batu..
tapi malam ini..
saya dah menangis...
Saya inginkan juga pengakhiran yg sebegini..
pengakhirannya,pengakhiran yg baik..

dia x mengangkat senjata, tapi dengan semangatnya..
dia pulang kepada Allah dalam keadaan dia sedang berusaha utk memartbatkan agama Allah dan Rasul-Nya..

Kata-kata Ammar yg disampaikan dari ibu Ammar ada yg bagai menampar saya supaya sedar...

ini antara kata2 Ammar yg di copy paste dari blog Ammar sendiri :

MATLAMAT YANG TERSASAR

Sekiranya perkara pokok tidak menepati yang sepatutnya, rosak segalanya. Pohon yang tumbuh dari baka yang buruk, buahnya tidak lebat lagi buruk tuaiannya. Kerap kali saya lari dari matlamat Mardhatillah. Datang kelas bukan mencari hambatan redha ilahi, tapi kerana nak jumpa si dia. Selak buku bukan kerana Allah, tapi dek sibuk kejar silibus.

Gagal jawabnya. Sia-sia.

Penat yang kerugian. Hasilnya tiada berkah.

NILAIAN MANUSIA

Kita manusia sering tersasar kayu ukurnya. Hanya berhasrat memancing redha manusia kerap kali lupa akan pemilik hakiki redha itu. Kerana diukur akan sanjung manusia itu diketepikan sandaran segala usaha dan kudrat kita. Akhirnya semua jadi, haba-an mantsuraa. Ya! Sia-sia!

Bayangkan penat sengkang mata kita, lenguh duduknya, pening kepalanya, dua bulan tidak keluar rumah menelaah kitab-kitab medik, hanyalah menjadi bukti usaha sia-sia, hilang berkahnya hanya kerana sandaran segala usaha itu adalah bukan kerana Allah.

Ingat semua ini hanyalah landasan wasilah kita bagi menggapai matlamat tertinggi, ghayah ‘aliyah.
ALLAH!

Aura Allahyarham mampu mengetuk hati2 yg terleka...

"Ya Allah ampunilah dia,Rahmatilah dia,Kasihanilah dia..Letakkan dia dikalangan hamba2-Mu yg Soleh"
Kamu berada dalam pengakhiran yg baik.. semoga Allah memberi syurga kpda kamu.. Allahumma Ameen...

Kita x pernah bertemu wahai Ammar..tapi saya harapkan, kita akan berjumpa disyurga kelak..
Mudah-mudahan,saya juga mendapat pengakhiran yg baik..

Comments

Aisyah Ulya said…
Moga ALLAH sayang akhi.... Herm kuatkan tekad untuk terus berjuang dan berkorban dalam menegakkan kembali kalimah tauhid di muka buni ini. Tolong Abang Hafiz banyak-banyak yer.. Cepat2 buat report nak letak dalam website HALUANSISWA.. Segalanya indah sekiranya bertunjangkan aqidah kepada ALLAH.
p/s- Shoutout tu saya tak guna dah. Ada shoutout yang baru, yang warna hijau... Syukran... ^_^
Adi Wahab said…
Jazakallah...insyaAllah..Doakan ana xgoyah dgn rintangan yg mendatang..

ttg repot...insyaAllah..akan buat..nnt akan ana suh hafiz letakkan.

shout out baru "ketinggian sahsiah matlamat utama" itu ek?

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??