Apa itu Wahhabi Mujassimah??

Penulis: Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

      Assalamualaikum.pertama sekali, saya nak nyatakan artikel ini kurang santainya dan lebih kepada penjelasan dan perbincangan. InsyaAllah, saya akan cuba untuk membuat penjelasan agar isi-isi penting dapat difahami dengan jelas dan mudah. InsyaAllah.

    Isu ini berkaitan dengan perkara yang dikatakan pada puak wahhabi yang disandarkan pada Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Iaitu mujassimah.(dari perkataan Jism - jisim). Mujassimah bererti mengatakan Allah itu berjisim contohnya mempunyai tangan dan wajah. Pertama sekali, saya nyatakan pegangan aqidah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. (yang cuba dikaitkan oleh sesetengah pihak dengan mujassimah)

1. Menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan menafikan apa yang dinafikan oleh Allah dan Rasul-Nya sama ada dalam bab asma was sifat dan sebagainya. (Sumber asal: Majmu'ah Rasail Ulama Najd Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab, dari anak-anaknya, rujukan sekunder: kertas kerja Dr Johari Mat, Aqidah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab)

   Masuk kepada perbincangan, sesetengah pihak menuduh syeikh dengan menyatakan yang beliau merupakan mujassimah. Apabila saya baca artikel-artikel dari mereka (salah satu nya di sini dan ada bnyak lagi blog-blog lain). mereka menyatakan yang :

Tuduhan 1:
Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab dan beberapa tokoh lain seperti Syeikh Al-Albani, Syeikh Said Ramadhan Al-Buthi, Syeikh Ibn Baz, Syeikh Uthaimin, dan sebagainya menyatakan yang Allah mempunyai tangan dan wajah.

Penjelasan:
Isu ini timbul disebabkan semua syeikh yang dituduh diatas tidak mentakwil (menterjemah) ayat-ayat seperti tangan Allah (yadullah fauqo aidihim) dan wajah Allah. dan syeikh-syeikh dinyatakan juga tidak menyamakan Allah dengan makhluknya.

Hujah 1: 
Ingin saya bawakan kata-kata syeikh Uthaimin berkenaan hal ini, "keimanan pada nama dan sifat Allah perlulah MENJAUHI dari empat perkara ini,

1. Tahrif atau takwil - mengubah maksud pada nama dan sifat Allah, contoh : menafsirkan tangan Allah dengan kekuasan dan nikmat.
2. ta'til - menolak sebahagian atau semua nama dan sifat Allah.
3. TAMTSIL - MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. CONTOHNYA TANGAN ALLAH SAMA DENGAN TANGAN MAKHLUK, ALLAH MENDENGAR SAMA DENGAN MAKHLUK MENDENGAR ATAU ALLAH BERSEMAYAM DI ARASY SAMA SEPERTI MANUSIA BERSEMAYAM DIATAS KERUSI.
4. TAKYIF - CUBA MEMIKIRKAN HAKIKAT ALLAH SECARA LEBIH MENDALAM.

barangsiapa yang MENJAUHI empat larangan ini, bererti dia telah beriman pada Allah dengan sempurna."
(Sumber asal: Risalah Syarh Usul al-Iman, Syeikh Uthaimin. Rujukan sekunder: Fatwa Iman, Syeikh Munajjd, Syiekh Uthaimin, Syeikh Ibn Baz)

Hujah 2:
Ini pula kata-kata dari Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz (Syeikh Ibn Baz) tentang pegangannya.
"Iman kepada Allah bererti beriman kepada nama-nama-Nya yang mulia dan sifat-sifat-Nya yang agung,sperti yang dinyatakan didalam Al-Quran dan ditetapkan pula oleh Rasulullah S.A.W. TANPA MENGUBAH, MENGINGKARI , MEMBATASI ATAU MENYERUPAKAN DENGAN YANG LAIN. setiap muslim wajib meyakininya tanpa mempersoalkannya. Nama-nama itu mempunyai erti yang agung dan mulia yang sesuai dengan sifat-sifat Allah sendiri.

Dalil 1: Surah As-Syura, Ayat 11
"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Dalil 2: Surah An-Nahl, ayat 74
"Maka, janganlah kamu mengadakan perumpamaan-perumpamaan bagi Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

(Sumber asal: Harasatul Tauhid (Menjaga Tauhid), Syeikh Abd Al-Aziz bin Abdullah Bin Baz)

pendapat saya:
1. Pegangan mereka juga merupakan pegangan Salafus Soleh (3 keturunan awal sesudah zaman nabi). Tidak ada atsar yang menceritakan para salafus soleh bertanyakan pada guru secara berlebihan tentang sifat Allah dan tidak ada juga atsar yang mengkhabar yang mereka mentakwil ayat-ayat tersebut.Ini juga merupakan pendapat Imam As-Syafi'e..Mazhab utama di Malaysia tercinta ini.

2. GANJIL..ini yang dapat saya ungkapkan. Syeikh2 ini dituduh dengan perkara yang syeikh2 ini sendiri menafikannya dengan lebih awal.

3. GILA. agak kasar, namun inilah yang dapat saya dapat ungkapkan pada sesetengah pihak.

Mereka menuduh syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rosak dari segi aqidahnya, kemudian mereka mengajar kepada orang ramai tentang aqidah menggunakan kitab yang dikarang oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. bukankan ini KERJA GILA???

Kesimpulan : 

Perkara ini terjadi bila ada pihak yang tidak membuat penilaian secara adil dengan membaca dan merujuk kepada hujah kedua2 pihak. kemudian, mereka terus menghukum sesuatu pihak. Ingin saya pesan di sini. 
BERLAKU ADILLAH..KERNA IA LEBIH DEKAT KEPADA TAQWA. dan JANGAN MENGHUKUM SECARA MELULU..Wallahua'lam.(Allah jua yang lebih mengetahui)


Sumber rujukan lain:
1.Al-Imam As-Syafie, Kegemilangan Ilmu dan Pemikiran.PM Dr. Asri Zainul Abidin, Prof. Mahmood Zuhdi et al
2. Jami'ul Ulum Wal Hikam (Panduan Ilmu dan Hikmah), Ibn Rajab Al-Hanbali
3. Hisn Tauhid (Benteng Tauhid), Syeikh Ibn Baz, Syeikh As-Sa'dy, Syeikh Uthaimin.
4. Riadhus Shalihin, Jilid 1, Imam An-Nawawi.

Comments

Kepala pantat said…
Pantat wahabi sesat la bajang

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??