Schizophrenia
Hari ni nak kongsi tentang 1 penyakit yang agak pelik..kalau sampai satu tahap, pengidap penyakit ni boleh jadi merbahaya kepada orang awam. Dia boleh bertindak sehingga tahap membunuh.
Xtau la kenape letak post ni..sekadar perkongsian Ilmu..Harap dapat manfaat..
Pengenalan
Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan,nyanyuk dan
multiple sclerosis.Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di
seluruh dunia,ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.
Tanda & gejala
1. Gangguan Pemikiran
o Delusi:
?? Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh
pendapat yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat
untuk berbuat jahat kepadanya,percaya bahawa fikiran dan
kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin ,hantu atau
keramat,percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar
biasa.
?? Sukar untuk menumpukan,membentu k dan mengekalkan arus
pemikiran.Pertutura n sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan
2. Gangguan persepsi
o Halusinasi:
?? persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap
kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap
apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang
lain
3. Gangguan tingkahlaku
o Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah.
o Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengn baik. Menarik diri
dari berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)
Komplikasi
Sekiranya tidak dirawat, ia akan berubah ke peringkat schizophrenia yang kronik.Seseorang
itu akan hidup menyendiri didalam dunianya sendiri,tidak menghiraukan kebersihan
dirinya(tidak mahu mandi, tidak mahu memberus gigi dan tidak mahu menukar
pakaian),tidak ada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, tidak dapat merasakan atau
mengeluarkan perasaan(tidak ada riak muka)
Rawatan
Satu penilaian yang lengkap dan teliti oleh pakar psikiatri adalah perlu sebelum rawatan
dimulakan.
. Rawatan ubat-ubatan psikotropik merupakan rawatan utama pada masa sekarang.
o Ubat-ubat ini membantu mengawal tanda-tanda penyakit schizophrenia
o Ubat-ubat ini mestilah diambil sepertimana yang diarahkan oleh doktor
o Ubat-ubat ini hendaklah terus diambil walaupun keadaan penyakit telah pulih.
o Rawatan ubat-ubatan ini perlu diambil untuk jangkamasa yang lama kerana
kemungkinan penyakit schizophrenia untuk berulang kembali adalah tinggi
terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit.
o Doktor akan menasihati anda tempoh lama mana anda perlu terus mengambil
ubat.
o Janganlah teragak-agak untuk berbincang dengan doktor anda mengenai ubatubat
yang anda ambil.
. Kaunseling individu
o Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan
anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu anda
meningkat keyakinan dan jati diri.
. Terapi Berkelompok
o Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang
sama contohnya pesakit schizophrenia duduk bersama-sama membincangkan
pengalaman,masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka
dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
. Pendidikan Kesihatan
o Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya,cara mengenalinya dan langkahlangkah
pencegahan upaya ianya tidak berulang kembali.
. Terapi Keluarga
o Membantu ahli-ahli keluarga menangani stress semasa hidup bersama pesakit
schizophrenia.
Pencegahan
Teknik teknik mengurangkan stress.
Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan
rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali
berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan Psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit
pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari
penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan
psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan
keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan masyarakat.
Kumpulan sokongan:
. KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
. MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
. Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga di setiap negeri
Semakan akhir : 28 April 2008Jazakallah khair kathira untuk Al-Selanjuriy Two..artikel ni diambil dari post yahoo group al-qayyim
Comments
--------------
Inginkan keluarga anda sihat sentiasa? woongjinCoway