Puisi Buat Faisal Tehrani

(puisi buat Faisal Tehrani)

Disamping kemuliaan ahlul bait,jua terdapat pengorbanan sahabah...
Lalu dimana hendak dicampakkan pengorbanan
Amirul Mukminin Abu Bakr As Siddiq
yang membenarkan kata kata Rasulullah s.a.w
tatkala kaum musyrikin menuduh baginda berdusta
tika peristiwa Isra' Mikraj dicerita
yang menemani hijrah Rasulullah s.a.w
tika seluruh kaum musyrikin memburu baginda
malah menawar hadiah berganda
yang mengorbankan seluruh harta bendanya
hingga yang tinggal cuma
Allah dan Rasul buat keluarganya

Dimana pula hendak dicampakkan pengorbanan
Amirul Mukminin Umar Al Khattab
yang digelar Al Faruq
yang turut serta mempertahankan Rasulullah s.a.w
dalam tiap perang yang disertainya
yang lebih suka dirinya terkorban
dari Baginda mendapat cedera

Dimana pula hendak dicampakkan pengorbanan
Amirul Mukminin Uthman Al Affan
yang turut mengorbankan hartanya
beratus ratus unta buat tentera
hanya meminta balasan hanya syurga

Siapa pula yang akan menangisi
pengorbanan keluarga Yassir
yang telah syahid terlebih dahulu
sebelum sempat melihat Islam berkembang
hingga dapat menawan Kota Mekah.

Siapa pula yang akan menangisi
ratusan ribu sahabah
yang telah mengorbankan diri mereka
mengorbankan keluarga mereka
demi tertegaknya Islam tercinta

Dimana mahu di campakkan pengorbanan
Hamzah, Zubair Al Awwam, Tahlah, Abu Ubaidillah
Ibn. Abbas, Jaafar b Abi Talib, Muaz b Jabal, Khalid Al Walid
dan ramai lagi kesatria Islam berhati waja.

Lalu perlukah mereka pula dihina, dicela, diludahi pusara
Sedang pengorbanan mereka jua mahal harganya

Maka, Siapa yang mahu menangis
memangislah.... menangis terus hingga ke akhir usia dunia
teruskan menangis dengan tangisan yang sia-sia
kerana mereka yang kalian tangisi itu
sebenarnya sedang tersenyum kini
dalam jaminan syurga.

hasil nukilan

hisham72
http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=155&t=39008&hilit=menangislah&start=15

credited also : http://abunaaielah.blogspot.com/2010/01/puisi-buat-faisal-tehrani.html

Comments

hanif said…
erm..confirm ye pandangan syiah yg diterima faisal tehrani mencela para sahabat?

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??