Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Sunday, January 17, 2010

Bila Diri Sudah Beristeri.

Coretan kali ni, untuk abang aku yang baru saja bernikah.(Pasni tunggu kakak, then aku plak..hehe). Selamat pengantin baru buat abang id and kak arifah.(ok ke nama panggilan ni?). hurm...juga ditujukan untuk diri sendiri 'n' bakal abg ipar 'n' adik ipar jugak.(kalau dah kawen nnt)..hehehe..

Moga Allah berkati kamu berdua,
Moga Allah berkati (pernikahan) kamu berdua,
Moga Allah menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.


Sebelum ini sendirian,

kini diri sudah berteman,
terpikul dibahu beban amanah,
untuk menjaga dan mendidik,
supaya terhindar neraka yang membakar.

Dia dari rusuk Adam yang bengkok,
jika keras, ia mematahkan,
jika dibelai, ia membahagiakan,
Andai dia tersalah,
betulkan dia dengan berhikmah,
jangan diikut nafsu amarah,
kenang pada kebaikannya yang sudah.

Sayangnya diri pada isteri,
Jangan pula melebihi Ilahi,
Al-Quran,Sunnah digigit rapi,
ibu ayah jangan dilupai.

Dalam melayari bahtera kehidupan,
bimbang karam ditengah lautan,
peta panduan didalam Al-Quran,
Sunnah digenggam, ditinggal jangan.

Akhlak dibaiki, lisan diteliti,
neraka dijauhi, syurga didekati,
pengakhiran terbaik, disyurga abadi,
Isteri tersayang menjadi bidadari.


Nukilan hati,
-Abu Faris 'Audah-
-10.59 p.m.-
Ahad



www.tips-fb.com

6 Pendapat:

ibnul'araby said...

Wah ada post khas nih..hehe.. Thanx Adi.. InsyaAllah coretan yg berguna utk renungan semua..

Adi Wahab said...

hehehee./...welkam...

insyaAllah....sama2 ingatkan...
untuk kak arifah gak..eheheh...
dia da blog??

ibnul'araby said...

Dia takde blog.. but one thing for sure she is the follower of your blog..

Adi Wahab said...

hah??owh...ya ka?.hehehe..hope dia baca artikel latest ni...mmg utk dia n abd id pon...hehehe...

bro_aiman said...

salam alaik..

satu nukilan yang sangat menyusuk kalbu..
sangat berguna buat abng n kak adah..
mga Allah rahmati hubungan kita n kekalkan kemesraan kita di dunia n akhirat

Adi Wahab said...

jazakallah khairan kathira..
insyaAllah...mudah2an..
Allahumma ameen..

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates