Bincang Tentang Isu Berkabung Dalam Islam.

Assalamualaikum...
Ni artikel kedua berkaitan berkabung...tapi yang kali ni, nak ke tengahkan, berkabung yang macam mana dibenarkan Islam.

Rakyat kepada Pemimpinnya dan isteri kepada suaminya.. Dua situasi yang berbeza.

perbincangan ni merupakan jawapan Abu Umair.

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:

Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).


Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.

Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf.
Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.


Ini pula hal berkabung untuk seorang Isteri yang kematian suaminya..

Iddah bagi wanita yang kematian suaminya adalah selama 4 bulan 10 hari sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw :

“Tidak halal kepada wanita yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat berkabung untuk sesuatu kematian lebih daripada 3 hari kecuali bagi wanita yang kematian suaminya.Dia hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari.”

(Hadis Sahih riwayat Ahmad : 6/327 dan al-baihaqi dalam al-Kubra : 7/438)

Sepanjang tempoh tersebut wanita tersebut tidak boleh memakai bau-bauan dan barang perhiasan, malahan wajib ke atasnya untuk terus menetap di tempat yang disediakan oleh suaminya (rumah kediaman) sehingga berakhir ‘iddahnya dan tidak perlu ia berpindah ke rumah kaum keluarganya.Ia juga tidak boleh keluar dari rumah tersebut melainkan dharurat sahaja.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah , ayat 234 :

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.


Konklusinya :

Di dalam Islam memang ada untuk berkabung, tetapi hanya isteri yang kematian suaminya. Adapun perbincangan tentang hukum lelaki untuk berkabung, hanyalah untuk kematian saudaranya, bukan untuk pemimpin.

Wallahua'lam...Moga ada manfaat bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??