Beri Bayi itu pada aku!!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Luahan Rasa : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Hari ni lab habis awal,
saya dan syahrul terus ke kelas,
bimbang ditimpa hujan, 
sebab langit yang mendung.
Fareez pon sudah sampai ke sana lebih awal lagi.

sementara menunggu Dr. Malar,
kami surf internet kejap.
macam2 benda,
burger ular la,
kuih,
biskut bayi yang comel,
"nak makan pon xsanggup..comel.."
Comel giler kan??

Sangat cute..
sampai ke bayi2 yg kurang bernasib baik,
yang dibuang didalam tong sampah,
digugurkan sehingga tercabut kepalanya,
bila manusia sudah terkeluar dari fitrah sebagai seorang manusia.
inilah jadinya..

Kadang-kadang,
Allah uji mereka yang sudah berkahwin bertahun2.
tetapi masih tidak mempunyai anak,
tetapi yang berzina,
mudah sekali sperm bercantum dengan ovum.
membiak dengan jayanya.
Namun, anak itu langsung tak dihargai.

Beri Bayi itu pada aku..
Kalau dah tak mau sangat..
jangan buang,
berikan pada aku.
atau sapa2 yang nak baby tu.

itulah perkataan yang aku jerit dalam hati tadi.
anak itu,
mungkin akan menjadi permata berkilau pada agama,
anak itu,
mungkin yang akan menyelamatkan bumi Palestin nanti..

sedih betul dengan keadaan masyarakat sekarang...

Pesanan untuk diri dan kawan2...
berubahlah menjadi manusia yang mampu berfikir waras..
jika kita tidak mahu mengubah masyarakat yang jahat ini,
masyarakat yang jahat ini akan beri kesan pada kita,
tidak mustahil seorang ustazah juga turut menjadi mangsa rogol manusia celaka..
kanak2 teraniaya kerana kebodohan si dewasa...
ustaz dipukul mereka yang "tidak siuman" walaupun kelihatan normal..

Kita rela untuk menerima kejahatan mereka?
atau 
Kita bersedia untuk mengubah mereka??
 Pilihlah antara dua keputusan..

kita membuat keputusan bukan untuk kita saja,
tetapi fikirkan zuriat kita,
yang akan mentadbir dunia selepas ini!


Comments

Anonymous said…
-baby ni sgt comel dan cute macam kamu....-
~~ngeeeee

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa