Jom Perhatikan Sekeliling

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Sumber Idea: Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Benarlah kata seorang 'Alim yang muktabar.
Beliau menyatakan:
Jika kamu hendak mengenali Allah ada 2 cara,

i) Merujuk Al-Quran dan Hadith dari Nabi S.A.W.
ii) Perhatikan Alam dan berfikir.

Ramai antara kita yang melakukan yang pertama,
Alhamdulillah,
tapi tidak ramai yang melakukan perkara yang kedua.

Melihat alam sekeliling mampu untuk membawa kita merasa kehebatan Allah.

Buktinya??
Mari kita mendongak ke langit. 
Kita akan dapat lihat bulan.
Allah membuat sempadan graviti antara bumi dan bulan.
takda pula kita dengar,
"eh bulan jatuh kat tepi KLCC"
Maha Suci Tuhan yang Mengawalnya.
Pernahkah bulan jatuh Bumi??

 Kerana fikiran manusia itu terbatas,
manusia hanya mampu berfikir apa yang pernah dilihatnya saja,

Buktinya??
Contoh mudah,
Seorang penduduk dibandar yang tidak pernah menjejak kaki ke kawasan perkampungan,
ataupun kawasan ditepi pantai,
bila kita tanyakan kat dia,
Ada tak ikan yang ada kaki??


mungkin jawapannya begini,
"Ko ni gila ke ape ikan ada kaki..(smbil gelak2)"
sebab dia hanya pernah lihat ikan-ikan di Aquarium,
tidak punya kaki.

Kalau ditanya soalan yang sama pada orang biasa pergi ke pantai,
jawapan pastinya berlain.
"Ikan Belacak!" itulah jawapannya.
Ikan Belacak banyak di tepi pantai ketika air surut.

Apa yang nak dibawa disini,
Allah Maha Hebat, 
sebab dia mampu mempelbagaikan ciptaannya,
semuanya berbeza-beza cirinya,
ada bernafas melalui hidung, ada bernafas melalui insang, ada bernafas melalui kulit.

Untuk bergerak,
Ada yang berkaki, ada yang tiada kaki, ada juga yg hanya bersirip.

Penduduk Malaysia mungkin tak dapat membayangkan haiwan-haiwan "pelik" yang ada di negara lain,
dianggapnya pelik sebab tidak biasa dengan penduduk disini. 
itu saja.

Berfikirlah tentang kekuasaan Pencipta,
kita PASTI akan mengaguminya.
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih betaqwa.



Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??