Terasa Ingin Membeli Masa Mereka!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi 
Perkongsian : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan Karim.
Salam Ukhuwwah.
Salam Ibadah.

Sekarang dah masuk bulan Ramadhan,
kali ke-4 saya ramadhan di UTM,
dan mungkin ia juga yang terakhir,
ramadhan sebagai student.

dah tahun 4 dah rupanya.
sebut tahun 4 ni,
kesibukannya agak luar biasa sikit dari pengalaman sebelum ni,
huru-hara juga dibuatnya.

orang bijaksana akan berkata, 
kerja yang kita perlu lakukan melebihi dari masa yang kita ada
maka aturlah dengan sebaiknya,
supaya tidak digunakan masa untuk perkara yang kecil,
sedangkan disana masih ada kelompangan yang besar.

sekarang ni,
masa memang amat terhad.
perlu dibahagikan dengan baik.
saja nak kongsi dengan kawan cara untuk kita dapat gunakan masa secara optimum,

1. Banyakkan berdo'a
Ini sumber kekuatan pertama bagi seorang Muslim.
banyakkan berdo'a.
tambahan pula kita sedang berpuasa,
dalam 1 Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi,
Rasulullah bersabda,
"3 doa yang tidak akan ditolak : 
i. doa seorang bapa, 
ii. doa orang yang berpuasa,
iii. doa orang yang bermusafir"
(hadith ini diSHahihkan oleh Al-Albani)

2. Kurangkan tidur.
hah, ini memang agak mudah untuk dibuat. 
tidur cukup pada waktu malam.
selainnya gunakan untuk bekerja.
masa yang selalunya kita gunakan untuk tidur.
gantikan untuk mencari bahan PSM..
tak susahkan??
3. Deactivate facebook
hehe.
rata-rata, ramai antara kita yang ada FB.
yang membezakan antara kita,
keaktifan menggunakan FB.
lebih parah bila dah 'addicted,
saya tidak termasuk dalam golongan yang addicted ye..hehe
deactivate jek FB tu.
lepas deactivate, 
bg yg dahulunya addicted,
gunakan masa men FB untuk study.
bagi yang kurang addicted,
gunakan masa men FB untuk rehat,
dan gunakan masa rehat untuk study.
(tinjauan kasar)sbbnya, 
orang addicted ni lebih banyak gunakan masa untuk FB,
walaupun masa rehat dia kurang.

"sesungguhnya,dua nikmat yang sering dilupakan manusia adalah,
i. nikmat sihat
ii. nikmat masa lapang"

4. Kurangkan waktu makan bersama rakan
eh..
ini bukan bertujuan untuk merenggangkan ukhuwwah antara dua orang sahabat,
tak bermaksud langsung,
tapi untuk mengelakkan dari bersembang terlalu panjang,
sampai terlupa pada kerja-kerja yang bertimbunan tu.
dalam masa yang sama,
dapat juga kita hindarkan dari mengumpat.
Dalam surah Al-hujurat ayat 12,
kan Allah dah ingatkan kita,
"...Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain,
sukakah salah seorang dari kamu 
memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya,
dan bertaqwalah pada Allah,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
 Boleh jawab tak soalan yang Allah ajukan dalam ayat ni??
Lu jawab la sendiri ek..

Ok..
setakat ini saja perkongsian untuk hari ini.
Selamat mencuba.
Barakallah alaikuma..

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??