Gosip tu manis sangat...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi


Mendonngak ke langit.
MasyaAllah..luasnya...
bila tunduk semula.
aku ada hanya dicelahan bangunan yang kecil..

"Manisan"...sungguh sedap dilidah..tapi ramai yang tidak sedar yang ia adalah "pembunuh senyap"..
jauhi "manisan" itu...

Sama jek dengan gosip,
kita bergosip sangat seronok,
tapi sedar atau tak,
ia mengundang pada muflisnya diri pada hari kiamat,
ya..ia membunuh,
membunuh kita di akhirat..

Dari Abu Hurayrah R.A., 
Suatu hari Rasulullah bertanyakan pada sahabat,
"Tahukah kamu siapa orang yang muflis?"
sahabat menjawab,
" Org yg muflis adalah org yg tidak memiliki dirham(wang) dan harta.",
Rasulullah menjawab,
 
"Bukan, sebenarnya orang yang muflis adalah, 
org yang dtg pada hari kiamat,
dengan pahala solat, puasa, dan zakat, 
tetapi (waktu didunia),
ia mencaci si fulan, menuduh si fulan, 
memakan harta si fulan (dgn cara yang haram),
menumpahkan darah s fulan, dan pernah memukul si fulan,
maka pahala org tadi akan diberikan kpd org yg teraniaya tadi, 
dan diberikan juga kpda org yg dianiayainya yg lain,
sehingga habis amalan kebaikannya, 
tetapi bebanan penganiayaannya tadi masih belum dilangsaikan,
maka akan diambil dosa orang yang teraniaya tadi,
dibebankan keatasnya, dan kemudiannya, 
ia akan dicampakkan ke neraka."

(Hadith riwayat Muslim)

Wahai diri,
ADAKAH KAMU BERADA DALAM GOLONGAN DIATAS?
kembalilah kepada jalan Tuhanmu Yang Maha Menerima Taubat..

Wahai diri, 
kau suka memakan daging saudaramu yang sudah mati???
lupakah engkau pada pesanan Allah??
dalam surah Al-Hujurat, ayat 12,

"Wahai org2 yang beriman, 
Jauhilah dari banyak berprasangka,
sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu berdosa,
dan jgnlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,
dan jgn ada dikalangan kamu yang menggunjing (memfitnah, mengumpat)
sebahagian yang lain,
Apakah ada diantara kamu yang suka memakan
daging saudaranya yang sudah mati??
tentu kamu akan merasa jijik.
Dan bertaqwalah kepada Allah,
sungguh Allah Maha Penerima Taubat,
Maha Penyayang."

Mampukan kita menjawab persoalan yang Allah lontarkan pada kita??
Suka kah kita makan daging saudara kita yang sudah mati (bangkai)??

Kusertakan video ini,
moga ia kelihatan lebih realiti...
persoalannya, Beranikah kita???
video

Jangan kerna "KEMANISAN" hari ni,
engkau sanggup sengsara sakit di masa hadapan,
elakkan Diabetes Mellitus itu,
kerna ia mampu membunuh,
saat itu denyut jantung kau akan menjadi perlahan,
sistem penghadaman juga akan rosak menanti henti.


Wahai diri yang seringkali melampaui batas,
segeralah kembali kepada keampunan Tuhanmu,
pintu taubat masih terbuka luas untuk diriku ini,
dan juga bagi rakan2 yang lain...

Abdul Hadi, 
disampaikan pesanan ini untukmu,
bukanlah kerna aku membencimu,
tapi kerna menyanyangimu,
biarlah engkau terluka seketika disini,
asalkan kita tersenyum bersama disana.
maafkan aku andai engkau tidak setuju,
namun aku sudah menjalankan tanggungjawabku padamu,
Ku harapkan kebaikan dari Allah untuk kau dan aku.

Wallahua'alam.

Comments

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa