Antara taubat dan alasan

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Apabila seseorang melakukan kesilapan,
ada dua cara yg selalu digunakan sebagai reaksi kepada kesilapan 
atau kesalahan yg telah dilakukan.

i. Golongan yang Bertaubat
Insan yg segar imannya, akan memilih jalan ini,
mereka akur dengan kesalahan yg telah dilakukan,
tiada ego yg menguasai diri melainkan rasa rendah diri pada Tuhannya,
dan dalam masa yang sama, sesudah taubat, mereka akan perbaiki kesalahan diri,
agar kesalahan tadi tidak lagi diulang,

didalam surah At-Tahrim,ayat 8,
Allah berfirman,
"Wahai orang2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha,
(taubat yg suci),mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(surah At-Tahrim, ayat 8)
seringkas-ringkas ungkapan yg menunjukkan kita ingin bertaubat adalah istighfar,
أستغفر الله
(Astagfirullah)


ii. Golongan yang beralasan

Ini antara sikap orang yg hatinya kurang segar dengan iman,
dan inilah yang diambil oleh orang2 munafiq 
ketika mereka meninggalkan seruan berjihad bersama Nabi,
sikap ini juga yang akan membezakan antara yg ikhlas dan sebaliknya,
sirah sahabat telah menunjukkannya,
dimana sahabat nabi, Ka'ab bin Malik, serta dua lagi sahabat lain,
(Murarah Al-Rabi' dan Hilal Ibn Aswad)
yang ketinggalan sewaktu perang Tabuk, sedangkan mereka mampu utk menyertai,
namun sesudah pulangnya Nabi dari medan Tabuk,
mereka memilih untuk bercakap benar berbanding dari memberi alasan.
sedangkan munafiq2 lain memilih utk memberi alasan.
(boleh rujuk kisah penuh tentang Ka'ab ini dalam 
Riyadhus Shalihin, Bab Taubat, jilid 1, cetakan Al-Hidayah)

Golongan ini juga mempunyai ego yang tinggi,
dan sukar untuk mengakui kesalahan diri mereka sendiri.
ego ini yg akan membina riak dan takabbur dalam diri.
sedikit demi sedikit yg akhirnya tebal menutup hati.

Rasulullah bersabda,
"Tanda-tanda orang munafiq itu ada 3,
i. Apabila ia berkata, ia berdusta
ii. Apabila ia berjanji, ia mungkiri,
iii. Apabila diberi amanah, ia khianati."
(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

 
Semoga Allah menjadikan kita Muslim yg baik.
Moga ada manfaat bersama
Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara