Kita berbeza...

Setiap orang berbeza kebolehannya,
ada insan, Allah jadikannya genius.
mudah untuk faham dan menghubungkaitkan apa yg dipelajari,
dan ada insan, ia agak sukar untuk memahami,
disaat si genius berehat, dia mengorbankan masanya utk mengejar apa yg tertinggal, 
umpamanya dua insan sedang bergerak menuju ke destinasi,
seorang berlari, dan seorang merangkak,
ketika insan yg berlari berhenti berehat,
yang merangkak terus meneruskan perjalanan,
yang akhirnya mereka sampai ke destinasi yg sama pada masa yg sama.

Namun ada sesuatu hikmah yg membezakan kedua insan ini.
Insan yg merangkak tadi pastinya akan menjadi lebih tabah dan sabar,
Erti putus asa hampir saja mereka tidak kenali,
kerana yakin, Allah akan memberikan jalan utk mereka meneruskan perjuangan,
walaupun dalam keadaan kekurangan.

Yakinlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia,
tapi ianya penuh dengan hikmah membunga yang mungkin kita tidak nampak, 
seri derita itu akan kelihatan dipenghujung perjuangan.

-Muhasabah untuk diriku sendiri-
Nukilan - Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Comments

cikDot said…
setiap yang terjadi ada HIKMAH disebaliknya. Allah swt telah mengaturkn yang terbaik bagi setiap hambaNya. Insyaallah.
Adi Wahab said…
InsyaAllah..
carilah hikmah dalam setiap langkah kita.

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??