Hikmah Tersembunyi

Ya Allah,

Aku sayang pada-Mu,

Aku cinta pada-Mu,

Sehari kau biarkan aku berduka,

Sehari kau biarkan aku gembira



Apa hikmahnya?

Hanya dalam satu jangka masa,

Dua perkara berbeza,

Bertukar tanpa disangka,



Kau berikanku duka,

Agarku tahu,

Engkau sentiasa bersama,

Kau berikanku gembira,

Agarku tahu,

Jangan leka dengan dunia



Kau palingkanku,

Dari permintaan nafsu,

Kau hidangkan padaku,

Santapan yg aku perlukan



Aku insan Dha’if

Buta pada kesan setiap tindakan,

Engkau mengetahui,

Apa yg aku tidak ketahui,

Lindungilah aku ya Rabbi



-Abu Faris ‘Audah-

11.18 a.m.-

-21/1/2009-

Kelas Tekno Elektrik

Comments

OffsprinG said…
salam. mungkin boleh bagi clear sikit background sajak tu. xjelas tulisannya
Adi Wahab said…
boleh click kat gmbar tu...dia akan jadi clear...

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa