Ikut secara Membuta tuli @ Hujah berdasarkan dalil??




Assalamualaikum...
Alhamdulillah..semuanya telah selamat dilaksanakan..

Sekarang saya ingin berceritakan pengalaman ketika disana...
seramai 12 orang pelajar,pengetua dan 2 orang ahli kluarga,felo dan ibunya serta pengiring dari agensi..jumlah peserta menjadi 18 orang...

Kami bergerak dari UTM utk ke tempat gerakan agensi di Taman Dahlia lebih kurang pukul 8mlm 15 Mei..
Ketika sampai,masuk waktu isya'..saya katakan pada sahabat2,"kita jamak takhir"..solat ikut imam dulu,then kita buat maghrib..
sesudah selesai solat isya'..kami buat solat maghrib..yang menyedihkan..mereka berzikir terlalu kuat, menggangu orang yang masih bersolat...dimanakah awlawiyyatnya??

ANTARA ZIKIR DAN SOLAT FARDHU??

zikir hanya sunat, sedangkan solat fardhu adalah wajib..fikirkanlah yang mana lebih utama??

Kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Changi,singapura..penerbangan ke Qatar pada pukul 2 pagi..ini bermakna kami akan SOLAT SUBUH DIATAS KAPAL TERBANG!!!

Timbul persoalan dikalangan rakan2,bagaimana hendak solat diatas kapal terbang??
pengiring dari agensi kata SOLAT HORMAT WAKTU,DAH SAMPAI SOLAT LAIN..

jika kamu katakan amalan ini benar,bawakan dalil untuk kita bincangkan..
Dalam satu hadith hasan shahih, Rasulullah menunjukkan dia bersolat sunat sambil duduk diatas kenderaan (tanpa mengira arah kiblat)(rujuk kitab sunan tirmidzi dalam bab 'solat menghadap selain kiblat')..dan ketika solat fardhu, Baginda turun dari kenderaannya,pacakkan pedang didepannya (utk dijadikan sutrah) dan bersolat menghadap kiblat..

xde plak nabi solat hormat waktu...dan sampai ke tempat tujuannya,xde plak dia solat semula solat fardhu tu..

Di atas kapal terbang,sama keadaannya..kalau nak solat sunat..boleh saja solat ditempat duduk..dan ketika solat subuh..sebaiknya kita mencari ruang utk solat mnghadap kiblat...
seandainya keadaan dlm kapal terbang terlalu sesak@tidak dpt izinkan kita solat berdiri dan menghadap kiblat..solatlah ditempat ddk...dalam Al-Quran Allah sebutkan "..bertaqwalah sedaya kamu mampu"..Allah sentiasa tahu kemampuan hamba-Nya.

Kami sampai ke Qatar pada 5.42 pagi waktu Qatar (10.42 waktu Malaysia)..ini bermakna kami berada dalam flight lebih kurang selama 10 jam 42 minit..
di Qatar pukul 5 pagi dah terang macam pukul 8 di Malaysia..Kami transit disana lebih kurang 7jam lebih...flight ke Jeddah pukul 2 petang Qatar..

Perjalanan ke Jeddah ambil masa selama 3jam..(dalam flight makan sedap, bes2...hehe). Dah sampai Jeddah,kami dipertemukan dgn Mutawwif muda Abdul Rahman,umur 22 tahun dari Indonesia..Sebelum bertolak ke Madinah, kami diperiksa kesihatan oleh beberapa student dari universiti Umm Al-Qura.(dpt hadiah sejadah)
Kami berhenti sebentar di Rahili,sape2 nak g tandas@beli pe2..boleh la gunakan duit riyal buat pertama kali..hehe..

Kami sampai di Madinah dlm pukul 10 malm..Jamak Takhir kat Masjid Nabi..lepas solat..saya bawa sahabat2 ziarah maqam Nabi,Abu Bakr dan Umar..ingat..doa menghadap kiblat...bukan pada maqam..ok kawan2?

Pada esoknya, sesudah mutawwif membawa sahabat2 menziarahi skali lagi ke maqam nabi..kami dibenarkan untuk masuk raudhah (bagi sesiapa yang nak). masa nak tunggu sahabat..kami berbincang tentang banyak perkara. antaranya menahan orang yang hendak lalu dihadapan kita ketika kita sedang solat (ada orang yg menganggap perbuatan ini pelik,sedangkan nabi pernah bagi amaran bahawa jika seseorang itu tahu dosa lalu dihadapan orang yang sedang solat dia akan sanggup berdiri ditempatnya selama 40), tentang wahabi, tentang artikel dari MAIJ tentang wahabi..

Apa-apa pon, untuk sahabat2..KITA BERDIRI DIATAS HUJAH YANG JELAS, BERDASARKAN NAS DAN DALIL YANG TEPAT...bukan dengar je..dan terus ambil..dalam hal ibadah,kita xboleh "goreng" ikut suke hati kite..

3 hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah..Umrah pertama kami..bermiqat di Bi'r Ali..bagi wanita yang takut kedatangan haidh..berniat bersyarat (saya pernah diberikan 1 hadith ttg niat bersyarat,tapi saye xtahu pangkat hadith ni..).
ketika di bir 'ali

tetapi yang agak musykil..mutawwif ada mengatakan,wanita yg telah datang haidh pon kena niat juga..tapi niat bersyarat..jadi dia berada dalam pantang larang ihram selama dia dalam keadaan haidh..Masya Allah..kesiannya.. Bila ditanya kenapa, katanya kerana 1st time masuk ke Mekah..so,wajib kena niat...saye kurang jelas ttg ni..nnt saya kaji ttg masalah ni...insyaAllah..

Kami smpai di Mekah pada pukul 9.30 malam hari selasa..kami berada lebih kurang 6 hari di Mekah..

Hari Rabu..makan tengahari..makan kebab...malam tu,ramai2 sakit perut..huhu..antara orang yg paling truk skali kena adalah saya sendiri..lawatan ari khamis saye x g..huhu..xlarat.berebut tandas malam tu..hahaha..

hari2 seterusnya,berjalan seperti biasa..tapi rasa kejap ja dah nak blik...huhu...hari isnin pukul 9 pagi kami dah nak kena kuar dari mekah..sedih2..mudah2an sempat lagi untuk ke Tanah Haram..untuk haji..insyaAllah..

kami sampai di singapura pada 2 petang waktu singapura...dan sampai di Taman Dahlia pada pukul 5petang..Alhamdulillah...Allah lah yang memperelokkan segalanya..

Moga ada perubahan dalam diri dan menjadi insan bertaqwa..Allahumma Ameen..

Comments

Salam ya akhu..
Alhamdulillah dah sampai ke sana.
Bila membaca articel akhu,ana rasa sperti rindu yang amat pada bumi rasul.

Btw, ana pon confius masa di bir a'li dulu mengenai bab wanita haid ni.
harap hadi dapat terangkn.

semoga terhindar dari maksiat ..ameen
Adi Wahab said…
Salam..alhamdulillah...
insyaAllah..ehsan..tanam azam dari skrg.insyaAllah..
Allah akan permudahkan jalan kita ke sana nnt..

ttg kat bir ali tu..
time tu da sorg sahibah ni tgh "cuti"...
bir 'ali ni tmpat miqat utk buat umrah..so,sape2 yg nak berniat umrah..boleh jatuhkan niat disana..

ttg haidh ni...
1- Bagi wanita yg rasa jadual haidh dia dah dekat, n kalau dia niat umrah,dia takut haidh tu datang sblum dia selesaikan umrah dia..dia boleh niat bersyarat..

"Sahaja aku berumrah dan berihram dengannya kerana Allah,dan seandainya ada sesuatu yg menghalang aku ditengah2,maka disitulah aku bertahalul"

diatas cth niat bersyarat..so,kalau di tgh jalan dtg haidh..dia boleh bertahalul di situ,then dia dah terlepas dari 13 pantang larang Ihram...

2-Kalau wanita yg bila dia dah dtg haidh time kat bir ali..dia xperlu lagi niat utk umrah..sbb mmg dia xleh buat..

ttg kes dlm artikel ni..
pengiring kami tu da katakan wanita yg dah dtg haidh pon kena niat jugak sbb 1st time nak masuk mekah...

time tu ana g tanya dia,camna dgn 13 pntg larang ihram...dia kata gal tu berada dlm 13 pntg larang selama mana dia xsuci n xselesaikan umrah..

Allah..akhi ehsan..bukan senang nak jaga 13 pntg larang tu,especially bgi gals..

antra nya x leh pakai wangian(pengiring tu kata mandi pon xleh guna sabun),rmbut xleh gugur...

ana x stuju dgn pendapat dia...kalau dia katakan tu adalah ajaran Nabi..bawakan dalil yg shahih...time tu jugak ana akan ikut pendapat dia...

bukan pe akhi ehsan..
skrg ni ramai org yg buat 1benda tp diorg kata nabi buat...bila tnyakan dalil yg shahih..
xdapat bgi...

Bahaya perbuatan camtu...

dlam hadith riwayat imam muslim,shahih

Rasulullah bersabda
"barangsiapa yg berdusta atasku,maka persiapkanlah tempatnya dineraka"

keras amaran nabi..walaupun benda yg diciptakan tu adalah berniat baik..tp dia dah mengubah agama Allah..

Para Ulama' Hadith pernah menghukum seorg pembuat hadith palsu sbgai pendusta..dia buat hadith berkaitan fadhilat setiap surah dgn tujuan utk tarik orang membaca alquran...

Kita xboleh ubahsuai agama ikut masyarakat...

tapi ubah masyarakat ikut agama yg Allah dah buat garis panduan..

sbb pe ulama hadith halang org yg buat hadith fadhilat ni??
1-Dia dah berdusta pada Nabi..sbb Nabi xpernah sebut fadhilat setiap surah..(ada sesetgh surah yg nabi perakui kelebihannya,boleh rujuk buku doa dari alquran dan sunnah yg shahih)

2-siapa yg akan bagi ganjaran yg dia nyatakan tu nnt??sedangkan Allah dan rasul xpernah sebut ttg perkara tu..

dlm surah Al-hujurat,ayat 1,
Allah berfirman
"Wahai orang2 beriman,janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya,..."

3-kita semua percaya Islam Syumul..pernah x kita terfikir apa implikasi yg akan jadi pada zaman akan datang angkara perbuatan kita yg mencipta ibadah khususiah yg xpernah diajar nabi??

Kalau kita tgk,fadhilat2 yg dibuat ni agak keterlaluan..contoh dalam fadhilat tarawikh..ada 1 malam tu,dikatakan sapa yg solat pd malam tu akan dapat pahala SEKELIAN PARA NABI...

Allah..kalau nabi sorang pon dah maksum dan dijanjikan syurga...sapa yg solat pada malam tu mesti lagi tinggi martabat die dari para nabi...

Allah..kadang2 xlogik..Para nabi truk Allah uji,kita kerna 1 amalan dah dpt darjat yg lagi PARA NABI...

Wallahua'lam....
naimah27 said…
salam ziarah. alhamdulillah, syukur. ni kali ke berapa dah p mekah? ana takde rezeki lg. insyaAllah akan menyusul pula lpsni.. tak sangka dpt jumpa blog ni..=)
Adi Wahab said…
Ukhti Naimah..
Alhamdulillah ana dah dapat sampai..
insyaAllah..moga Allah permudahkan jalan ukhti utk sampai kesana..

Ana pon x tau enti da blog..
jazalallah khair kathira sbb sudi ziarah...

Barakallah fik
barakallah alaik..
ADAWIAH said…
salam...sebenarnya saya takde ape nak komen cume dah kehilangan contact dengan mutawwif semasa saya sekeluarge mengerjakan umrah tahun lepas. encik masih ada ke contact no abdurrahman?

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa