Berambus Kau Arus Durjana

Sahabat,

Dahulu kita bersama,

Membawa misi yg sama,

Kepada Allah kita kembali,

Suruhan-Nya kita turuti,

Larangan-Nya kita hindari,

Bertemu disyurga,kekal abadi.


Jantung terus berdegup,

Mentari terus terbakar,

Arus maksiat memukul iman,

Semakin terhakis ditelan zaman,

Pabila berkecai benteng Iman,

Syaitan mula menari,

Peribadi suci telah dicemari,

Dengan hasutan buat kau terlupa,

Dijadikan dunia,tempat bergembira.


Wahai Para Pejuang,

Dunia hanya sedetik,

Selainnya adalah akhirat,

Kau ingin bersenang seketika?

Maraung tangis selainnya?

Jangan wahai sahabat,

Biar derita tika didunia,

Gembira bersama tika disyurga.


Berambus engkau arus pemusnah,

Kami tidak diam bersahaja,

Bertaut hati,Ukhwah terbina,

Beriring bersama hingga ke syurga.


-Abu Faris ‘Audah-

-22 Muharram 1430 H-

-19/1/2009-

-Isnin,7.21am-

Comments

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa