Posts

Showing posts from June, 2009

Alahai wanita..

Image
Semakin Hari, wanita semakin di "BOGEL" kan.. semakin banyak yang didedahkan.. Ini bagaikan kembali ke zaman Jahiliyyah kerana wanita menjadi lambang seks semata2..sedarlah wanita..Jaga dirimu sebaiknya. Tutuplah aurat dengan betul..Allah telah memberi 'guideline' pada kita didalam surah An-Nur ayat 31.. 31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah me reka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita- wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempu...

Berambus Kau Arus Durjana

Image
Sahabat, Dahulu kita bersama, Membawa misi yg sama, Kepada Allah kita kembali, Suruhan-Nya kita turuti, Larangan-Nya kita hindari, Bertemu disyurga,kekal abadi. Jantung terus berdegup, Mentari terus terbakar, Arus maksiat memukul iman, Semakin terhakis ditelan zaman, Pabila berkecai benteng Iman, Syaitan mula menari, Peribadi suci telah dicemari, Dengan hasutan buat kau terlupa, Dijadikan dunia,tempat bergembira. Wahai Para Pejuang, Dunia hanya sedetik, Selainnya adalah akhirat, Kau ingin bersenang seketika? Maraung tangis selainnya? Jangan wahai sahabat, Biar derita tika didunia, Gembira bersama tika disyurga. Berambus engkau arus pemusnah, Kami tidak diam bersahaja, Bertaut hati,Ukhwah terbina, Beriring bersama hingga ke syurga. -Abu Faris ‘Audah- -22 Muharram 1430 H- -19/1/2009- -Isnin,7.21am-

Ketika Musibah Menimpa

Image
Assalamualaikum warahmatullah... dah lama rasanya nak tulis berkaitan hal ni..tapi bila time ingat nak tulis...internet problem.... time da kesempatan nak tulis...xingat plak nak tulis tentang ni.semalam teringat nak tulis, sbb malam tadik aku da chat dgn sorang sahabat kat mesir.. Kami sembang berkaitan 5 orang sahabat yang terlibat dalam kemalangan di Kaherah... Seorang sahabat,Ammar Zulkifli telah meninggal dunia.Allah lebih sayang padanya.. Manakala, 2 sahabt yang lain berada dalam keadaan yg agak kritikal, dan 2 lagi keadaan stable.. Didalam sunnah nabi kita Shalallah alaihi wassalam, apabila kita mendengar seseorang ditimpa musibah atau kita mendapat musibah. Kita disunnahkan untuk mengucapkan Innalillah wainnailaihi rajiun( Sesungguhnya kita adalah milik Allah,dan sesungguhnya hanya kepada-Nya lah kita dikembalikan )..dan berdoalah.. Di dalam riadhus Shalihin..terdapat 1 hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mana menyatakan peristiwa wafatnya Abu S...

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??

Image
Assalamualaikum... Wahai Tuhanku,Lapangkanlah dadaku, Dan Kau permudahkanlah segala urusanku, Dan leraikanlah segala kekeluan lidahku, Agar mereka memahami kata-kataku ini. Amin Tujuan artikel ini ditulis adalah utk membetulkan semula kata2 seorang ustaz yang "barangkali" dia tersilap cakap ketika didalam kuliahnya..Bagi siapa yang belum tahu tentang ini,jadikan ia sebagai suatu bahan ilmiah.. Ustaz yang berasal dari Perak ini telah menyampaikan ceramahnya disalah sebuah masjid di Pulau Pinang..Dikhabarkan beliau telah menyatakan bahawa "Hadith yang menyatakan Rasulullah memegang kaki Aisyah ketika Baginda bersolat merupakan hadith yang dhaif.." Beliau juga ada membuat kenyataan bahawa pengajaran kitab Fiqh Sunnah tidak sesuai di Malaysia kerana kitab itu adalah pendapat pengarang kitab semata2. Kepada para sahabat...disinilah letaknya kepentingan kita utk menyemak semula adakah "SEMUA" perkara yang diperkatakan oleh seorang ustaz itu benar belaka??.. Ten...

Insan DiKala Subuh

Lagu ni ada maksud yg perlu kita hayati..nice song... Dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid Baiduri...walaupun kumpulan ini tidak ramai yg mengetahuinya...Namun lagu-lagu nasyid yang dihasilkan mempunyai message utk para remaja sekarang... LIRIK INSAN DIKALA SUBUH Aaaa...aaaa... Betapa linangan air mata, Penuh pengertian, Bagai titis-titis, Embun pagi, Sama Direstui. Kekhusyukan penuh keampunan, Minta suci diri, Memuji-muji keagungan, Hingga timbul si mentari. Di pagi subuh sunyi, sepi tanpa suara, penuh syahdu bersama kekuatan iman, Kami putuskan tali, mengikat diri ini, Demi perintah-Mu Ilahi.. Sesejuk embun pagi, Tika hamba-hamba-Mu, Enak ditiduran, Dibuai mainan, Hingga kau lupa Tuhan, Solat tak dikerjakan, Hanyut didalam permainan syaitan... (Chorus) Betapa linangan air mata, Penuh pengertian, Bagai titis-titis, Embun pagi, Sama Direstui. Kekhusyukan penuh keampunan, Minta suci diri, Memuji-muji keagungan, Hingga timbul si mentari. Disubuh syahdu, kami sujud dimuk...

Hikmah Tersembunyi

Image
Ya Allah, Aku sayang pada-Mu, Aku cinta pada-Mu, Sehari kau biarkan aku berduka, Sehari kau biarkan aku gembira Apa hikmahnya? Hanya dalam satu jangka masa, Dua perkara berbeza, Bertukar tanpa disangka, Kau berikanku duka, Agarku tahu, Engkau sentiasa bersama, Kau berikanku gembira, Agarku tahu, Jangan leka dengan dunia Kau palingkanku, Dari permintaan nafsu, Kau hidangkan padaku, Santapan yg aku perlukan Aku insan Dha’if Buta pada kesan setiap tindakan, Engkau mengetahui, Apa yg aku tidak ketahui, Lindungilah aku ya Rabbi -Abu Faris ‘Audah- 11.18 a.m.- -21/1/2009- Kelas Tekno Elektrik

Ikut secara Membuta tuli @ Hujah berdasarkan dalil??

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah..semuanya telah selamat dilaksanakan.. Sekarang saya ingin berceritakan pengalaman ketika disana... seramai 12 orang pelajar,pengetua dan 2 orang ahli kluarga,felo dan ibunya serta pengiring dari agensi..jumlah peserta menjadi 18 orang... Kami bergerak dari UTM utk ke tempat gerakan agensi di Taman Dahlia lebih kurang pukul 8mlm 15 Mei.. Ketika sampai,masuk waktu isya'..saya katakan pada sahabat2,"kita jamak takhir"..solat ikut imam dulu,then kita buat maghrib.. sesudah selesai solat isya'..kami buat solat maghrib..yang menyedihkan..mereka berzikir terlalu kuat, menggangu orang yang masih bersolat...dimanakah awlawiyyatnya?? ANTARA ZIKIR DAN SOLAT FARDHU?? zikir hanya sunat, sedangkan solat fardhu adalah wajib..fikirkanlah yang mana lebih utama?? Kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Changi,singapura..penerbangan ke Qatar pada pukul 2 pagi..ini bermakna kami akan SOLAT SUBUH DIATAS KAPAL TERBANG!!! Timbul persoalan dikalangan ...