DIMANA IMAN

DIKALA INI,
KEMANA IMANKU PERGI,
JIKA IMANKU DIIBARAT HATI,
BAGAI HATI YANG CEDERA NGERI

PARAH,
PENUH TOREHAN BERDARAH,
SEKARANG BAGAI SUDAH BERNANAH,
ULAT PULA SIBUK MERATAH

JIJIK,
AKIBAT PERBUATAN SENDIRI,
LUPA UNTUK BERJUMPA ILAHI,
MAHA DOKTOR YANG MAMPU MENGUBATI,
TIADA IKHTIAR UNTUK BERSIHKANNYA,
BUSUK KOTOR DIPANDANGAN MATA

YA ALLAH
KUHARAPKAN IMAN YG SUCI,
NIKMAT YG TIDAK HABIS,
MENGIRINGI MUHAMMAD,
DI SYURGA TERTINGGI SELAMANYA (1)

TUHAN-KU SAYANG,
TUNJUKI AKU, LURUSKAN DIRIKU,
KUPOHON PETUNJUK,
JUA KELURUSAN HANYA PADA-MU (2)

WAHAI TUHAN YANG KU RINDUI,
TEGUHKANLAH DIRIKU,
JADIKAN AKU PEMBIMBING,
YANG SELALU MEMBIMBING (3)

YA RABBUL IZZAH,
KABULKANLAH DOAKU,
AMIIIN..

-Abu Faris ‘Audah-
-13/11/2008, 7.16 am-
-2jam sebelum peperiksaan Matematik Kejuruteraan.Doakan aku menjadi Muslim Soleh-




1 Hadith Riwayat Ibn Hibban, no 2436. Dari Ibn mas’ud , Shahih Muwaaridizh Zham-aan,no 2065
2 Hadith Riwayat Muslim, no 2725
3 Hal ini ditunjukkan oleh doa Nabi untuk Jarir. Hadith riwayat Bukhari, no 6333, Fathul Baari VI/161

Comments

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa