Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Friday, January 21, 2011

Yea!!! Semalam aku keluar dengan awek aku!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

"yea!! semalam aku keluar dengan awek aku,
bes...kitorang makan McD,
kitorang g karok,
jalan pegang tangan...
romantik siot..."

Waah...hangatnye bila bercinta...matahari dah senja pon xsedar..

ni ayat orang bercinta..
tp bukan saya ye..
contoh diatas dibuat sbgai 1 contoh situasi untuk apa yg nak ditulis hari ni..

"BERBANGGA DENGAN MAKSIAT"

ada ramai yg berbangga dgn maksiat yg dorg bt..
kononnya, mereka hebat dgn maksiat yg dilakukan...

"aku kisah pa dgn dia, lantak la aku nak ngumpat ke pa..
mulut aku..."

"biar la aku nak buat pa pon...nnt apa2, aku yg kena,
kubur kita pon lain2"
(ni ayat lama...primitif)

"come on la wey...hidup sekali ja...bajet arr ko"

ni semua contoh2 ayat balas bila tegur dorg,
supaya jauhi dari berbangga dengan maksiat...

ok...sblum saya bawa guidance dari Allah dan Rasul,
nak jawab soalan2 diatas secara santai dulu...

1. "nnt kalau ko kena ngumpat@ kena kutuk cukup2, 
gtau kat saya ye...nak tumpang senyum panjang2"

2. "Sbb kubur lain2 n kena tanggung sendiri la saya pesan ni,
kalau kubur ramai2, boleh tolong menolong...
lu pikir la sendiri"

3. "hidup sekali? syurga neraka ko percaya x?
ko nak yg mana? kalau berani sgt nak masuk neraka, 
saya cabar...p letak tgn kat api lilin sejam pon cukup la..
xpon, kalau nak adventure sket...
buat unggun api,..p duduk dlm unggun api tu 2 jam...
api neraka jauh lagi dahsat dari tu..kalau tu pon x tahan..
xpayah la nak cakap besar sangat..."

 ok...kita pergi kepada main point untuk artikel ni...
guidance dari Allah dan Rasul S.A.W.

ada satu hadith yang shahih yang melarang kita dari berbangga dgn maksiat..
membuka aib sendiri sesudah dari Allah menutupnya..

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata,
Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Semua umatku diselamatkan kecuali 
orang yang secara terang-terangan berbuat dosa,
Antara perbuatan yang dilakukan secara terang-terangan adalah,
seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan pada waktu malam hari, 
kemudian keesokan harinya (sedangkan ia sudah ditutupi oleh Allah),
dia berkata,
"Hai fulan, tadi malam aku melakukan begini dan begitu".
sepanjang malamnya, perkara itu telah ditutupi oleh Tuhannya, 
dan keesokan hari, dia telah menyingkap tabir Allah keatas dirinya."
(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

didalam Syarah Muslim, 
Imam An-Nawawi berkata, 
"Mereka adalah orang2 yang menyebar luaskan perbuatan maksiat mereka
kepada orang lain yang sebelum ini telah dirahsiakan oleh Allah 
dengan cara menceritakan kepada orang lain
tanpa wujud sebarang keperluan atau darurat yang memaksanya berbuat begitu."

dalam kata mudahnya, 
cerita aib sendiri kat orang len..
dengan rasa yang sangat tak malu pada Tuhannya..

dalam surah An-Nur, ayat 19,
Allah berfirman, 
"Sesungguhnya orang2 yang ingin agar perbuatan keji itu (atau ucapan yg sangat buruk)
tersiar dikalangan orang2 beriman,
bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat"

Nah!ini amaran Allah azza wajalla..
Masih berani??

ini hakikat yang berlaku pada kebanyakan kita...
tidak terkecuali diri saya sendiri..
ya! saya dan kita perlu hindari dari sikap seperti ini..
tidak bererti saya menegur, sayalah yang terbaik...
tapi teguran yang dilontarkan ni, juga untuk diri supaya berubah...

ada juga yang berbangga dengan umpatan2 kasar mereka pada orang lain...
kononnya berani dalam berkata2..
mereka membuka aib orang lain..
memalukan orang lain dengan berbincang tentang keburukan mereka...

Nabi S.A.W. memberi peringatan tentang hal ini..

Dari Abu Hurairah r.a. daripada Nabi S.A.W.
baginda bersabda,
"Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain didunia ini, 
melainkan Allah menutupi (aib)nya dihari akhirat kelak"
(Hadith riwayat Muslim)

apa yang dimaksudkan dari hadith ini,
seorang yang menutup aib hamba yang lain,
tidak ada balasan padanya melainkan, 
Allah akan tutup aib die di akhirat nnti..
ini janji Allah...

dan ia akan berlaku sebaliknya, 
andaikata kita membuka aib orang kepada orang lain...
nescaya Allah akan membuka aibnya nnti saat di akhirat...
Masa masih ada...jangan bertangguh lagi..kita kembali kepada Allah..tapi apa yang perlu dibuat??

Bertaubat...moga Allah ampunkan segala dosa kita...


Ya Allah, jauhilah kami dari perkara2 sebegitu..
Janganlah Engkau biarkan kami kepada diri sendiri,
walaupun untuk sekelip mata..

Teguran ini untuk,
saya dan kamu,
kita dan mereka,
kami dan kalian..


www.tips-fb.com

4 Pendapat:

Chaoi said...

hadi...entry yg bagus.nanti aku kahwin cepat2..hehe

miss.HazieyLa said...

subahanaallah..trima kasih hadi sbb mengingatkan ak yg alpa..


'yeahh..sy x kluar ngan tunang sy..die ad kursus..jauh sikit maksiat dari kami'...

hihihi..

Anonymous said...

welkam..
insyaAllah...sama2 kita ubah...tegur2 aku gak ye klu da bt salah..

blh je direct msg aku klu da pe2 x kena...

--AFA--

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates