Teknik Memikat Mengikut Sunnah

Sumber asal : Al-Ahkam.net
Pencetak semula : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

1. Lelaki mengajukan pinangan kepada keluarganya. Ini adalah cara yg paling populer dan lazim dan mengikut adat resam kaum.

Cth: Nabi SAW meminang Aisyah kepada bapa Aisyah(Abu Bakar RA)

ketika Nabi SAW menyatakan hasratnya utk meminang Aisyah RA. Abu Bakar menyatakan : Duhai RasuluLlah, engkau adalah saudaraku" (maksudnya Abu Bakar merasakan diri RasuluLlah itu darah dan dagingnya sendiri)

Tapi Nabi SAW bersabda," (memang) engkau adalah saudaraku dalam agama Allah, dan dia (Aisyah) adalah halal bagiku." (sahih alBukhari, 11, ms 25, #4691)

Nabi SAW juga meminang Hafsyah melalui Umar (ayahnya):

Umar berkata:," Nabi SAW meminang Hafsyah kepadaku, lalu aku nikahkan beliau." (sahih alBukhari, 11, ms 95, # 4728)

2. Meminang terus kepada si perempuan itu sendiri.
Dalil: Ummu Salamah ra berkata, " Nabi SAW mengutus Hathib bin Abi Balta'ah kepadaku untuk melamarku buat baginda. (Muslim, Juz 3/ ms 37,# 1525)

Huraian: Ummu Salamah adalah janda anak satu , maka Nabi SAW terus meminang tanpa melalui keluarganya. 

Cara 3: Wali perempuan menawarkan anak (perempuannya) atau saudara (perempuannya) kepada Ahlil Khair (orang2 yg baik)

Imam Bukhari (alSahih/Juz 11/ms 80) meriwayatkan perihal Umar alKhattab RA bila Hafsyah bte Umar bercerai dgn Khunais (bercerai wafat). Selepas Iddah, Umar menawarkan Hafsyah kepada Uthman alAffan dan bila Uthman tidak bersedia, Umar menawarkan pula kepada Abu Bakar.

Imam Bukhari juga menyebut kisah di Madyan, di mana syaikh Madyan menawarkan salah seorang anak gadisnya kepada Musa AS. Ada yg berkata syaikh Madyan itu adalah Syu'aib AS. Lihat alQasyasy: 27-28

Cara #4: Si lelaki meminang perempuan melalui Ketua Kaum atau orang yg berpengaruh atau Pemimpin dalam masyarakat.

Imam Bukhari-Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada seorang perempuan datang menyerahkan dirinya kepada RasuluLlah SAW (utk menjadi isteri baginda atau utk diuruskan). Tiba2 datang seorang sahabat dan meminta jasa baik RasuluLlah SAW supaya memberi perempuan itu kepadanya. Nabi SAW kemudian mengizinkan dan menikahkan perempuan itu kepada lelaki tadi (Bukhari, Juz 10/ms 454, kitab Fadhail Qur:an; Muslim, Kitab Nikah (4/143)

Cara  5: Ketua kaum atau Pemimpin meminang untuk sahabatnya

Imam Muslim dalam Sahihnya (Kitab alFitan; 8/203) meriwayatkan ketika aku janda, datang rombongan peminangan yg diketuai oleh Abdul Rahman bin Auf RA yg mewakili RasuluLlah SAW yang meminang aku untuk diberikan kepada anak angkatnya Usamah bin Zaid
Imam Ibn Hibban dalam kitab sahihnya (kitab anNikah 9/365) meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW meminang wanita Ansar untuk Julaybib alHabsyi.
 
Cara #6: Wanita menawarkan dirinya (offer) kepada lelaki Soleh

Imam alBukhari (alSahih # 4726) meriwayatkan dari Tsabit alBunnani bahawa ketika dia sedang bersama RasuluLlah saw yang turut ditemani oleh Anas dan anak perempuannya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan dan dia menawarkan dirinya kepada RasuluLlah saw. Putri Anas mencela perempuan tu sebagai tidak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa perempuan itu lebih baik dari dirinya (anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada RasuluLlah SAW.

Berkata alHafiidz dalam alFath (11/79) maka dari hadith ini dibolehkan perempuan menawarkan dirinya kepada lelaki kerana menyukai kesolehannya.

Cara #7: Lelaki meminang secara sindiran kepada wanita dlm Iddah

Dalilnya: AQ 2: 235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 (dalam iddah))

alMujtahid Ibn alArabi (ahkamul Qur:an) berkata, bahasa kiasan atau sindiran itu terbuka luas oleh syara'. Imam Malik ra berkata boleh berkata, " aku berkenan padamu, aku suka kamu, aku kagum padamu, aku berhajat padamu atau aku cinta kepadamu."

Rumusan:

Lazimnya masyarakat hanya mengamalkan metod pertama sahaja, meminang melalui wali perempuan itu sedangkan ada 6 cara lain yg boleh digunakan untuk meminang. 

* Khitbah adalah bermaksud seorang lelaki meminta perempuan tertentu untuk menikah dengannya

--------------------------------

[/b]Proses Khitbah[b]

Langkah Pertama: Merisik/meninjau

Sebelum seorang pemuda meminang seorang perempuan, ia hendaklah mengetahui dan mencari hal-hal yang membuatnya tertarik kepada seorang wanita. Biasanya di zaman dahulu, ia mengutus seorang wanita yg amanah untuk merisik si gadis tertentu, menentukan samada ia belum berpunya, latarbelakang agamanya, rupa parasnya, dan sebagainya.

Adapun cara yang dilakukan oleh umat yg muttakhir ini dengan cara2 yg asing dalam budaya Islam spt dating, chatting internet atau pergaulan bebas bertemu itu bukanlah cara Islam dalam merisik dan meninjau.

Antara garispanduan Islam spt mana yg digariskan oleh Syaikh Atiyah Saqr ialah:

1. Ayah atau ibu kepada si teruna adalah orang yg sebaiknya melihat bakal perempuan yg disukai oleh anak lelakinya. Pandangan dan tinjauan dari ibubapa adalah amat berguna.

2. Latarbelakang ekonomi juga perlu di selidiki

3. Baik sekali jika rekod kesihatan diperolehi supaya mereka berdua bebas dari sebarang penyakit berbahaya

4. Latarbelakang agama juga perlulah diselidiki kerana inilah kunci kebahgiaan rumahtangga. Asas Latarbelakang agama perempuan ialah melihat pakaiannya (hijab) dan pergaulan hariannya

5. Keturunan dan nasab juga hendaklah diperiksa. Ini kerana kaum salaf memilih perempuan2 dari keturunan orang2 soleh kerana kesalihan juga menurun mengikut genetik.

[Syaikh Atiyah Saqr, al Mawsu'atul Usrah, Jld 1, Maktabah Wahbah, 2004] 

Comments

kakibiskut said…
tq... nnti bleh try ni...hehehe..
Adi Wahab said…
insyaAllah...boleh cuba...tp wanita untuk dinikahi k.

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??