Motivasi : Aku baik sorang2 cukup la!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

"Aku baik sorang2 dah le..
xyah kacau orang..
lantak la orang lain nak jadi apa..
nak hanyut ke, nak bunuh ke, nak buang anak ke..
ada aku kisah??"

ok..cukup ka kalau kita jadi cam kat atas?
klu rasa xcukup,apa yg kita buat?
mengeluh saja ke atau beri peringatan pada orang lain??


1. Kes pertama (Rompak & Rogol)
tahun 2009,
(xigt bulan dan hari pa),
saya dan sahabat2 on da way nak p men futsal kat shah alam,
dlm perjalanan tu, kami sembang2..
then bila sampai 1 part tu..
meluap2 darah,rasa cm nak meletup jek..
cerita tentang pasangan yg baik..
tapi rumah mereka dah dirompak..
lebih malang lagi, si isteri dah dirogol dengan perompak2 tu..
mmg nak meletup rasa...bengang...
rasa nak siat2 ja kulit si perompak tu..
kemudian siram dengan air panas..
(3 phrasa terakhir tu phrasa beremosi)..huhu..

2. Kes Kedua (Rompak)
kemudian, masa cuti sem hari tu...
tok chik saya..
(isteri keempat arwah tokwan saya)
umur dah mencecah lebih 70 tahun...
rumahnya dipecah masuk..
xcukup dengan tu...tok chik saya dicederakan..
sampai tercabut tulang bahu...(tp x putus la)
sekali lagi rasa nak meletup...
bengang...geram...nak mengamuk...
waarrghh!!!

3. Kes ketiga (Bunuh)
baca surat khabar..
ada je kes bunuh...
pembunuh...cam dah jadi 1 profession dah..
nanti tubuhkan la satu NGO, PPM
bukan Plan Preventive Maintenance tau,
tapi Persatuan Pembunuh Malaysia,
setiap hari ada jek kes bunuh...
cara bunuh tu..xtau lagi camna...
da yg tikam bertubi2..
da yg sembelih,
da yg bakar...
(ingat manusia sama cam ayam ke??
nak di sembelih dan dibakar)
kadang2 tertanya sendiri...
sok sapa plak nak kena bunuh?

tp bila difikirkan smula..
ada perkara yang x kena..
untuk kita semua...kita kena BEKERJA!!
BEKERJA SEBAGAI PENDAKWAH...
apa salah si istri tadi??
akhlaknya baik..
suami juga baik peribadi...
tp datang perompak..ntah terlepas dari zoo mana ntah..
(ini juga ayat emosi)
amik kehormatan orang lain..
(Moga Allah jauhkan aku dan kalian dari perkara sebegini)
cederakan seorang yg mmg tidak berdaya untuk lakukan apa2.
tanpa belas kasihan,
kes ragut...

Kalau kita abaikan untuk tugas untuk membawa orang kepada kebaikan,
kita akan terkena bahang kejahatan masyarakat sekeliling..
walaupun kita sudah cukup baik..
ia tidak akan menjamin keselamatan kita..

Masyrakat "itu" sedang parah..
ia takkan sembuh sendiri kalau xda sapa yang nak ubati...
bangunlah jiwa2 Muslim...
berpesanlah pada kebaikan..
laranglah dari segala bentuk kejahatan..
kerana kita terikat dengan suasana...
suasana yang hampir punah..

dakwah mungkin agak mnyakitkan..
tapi percayalah...
kemanisan kita akan rasa..
mungkin tidak di dunia..
tapi di akhirat, ya!
mudah2an kita bertemu di syurga!!!

Comments

me_yana said…
menarik..thanks atas peringatan.. =)
Adi Wahab said…
welkam...
insyaAllah...pasni sama2 berpesan2 tentang kebenaran dan kesabaran..

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara