Kita kata "Teruknya Mereka Itu", tetapi......

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Sumber Idea : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Manusia, mudah terpengaruh dengan suasana sekitar. Lebih padah lagi apabila pemikiran dan sikap mudah menghukum menyebabkan banyak perkara dalam kehidupan diri seseorang itu terdidik untuk menjadi negatif.

Jangan mudah menghukum, sebelum tahu kebenarannya.


PANDANGLAH MEREKA DARI SUDUT POSITIF, SEHINGGA KITA MENGETAHUI KEBENARANNYA.

Kita tidak diajar untuk menghukum seseorang itu sebelum kita mengetahui kebenarannya. Kerana kebenaran itu mungkin pada mereka.

1. Kereta Merah Itu...

Pagi Isnin...

"Alamak, dah lewat ni. mesti sangkut punya. Waktu sekarang selalunya dah banyak kereta" 

mengelabah Awin bila melihat jam di dinding. Awin merupakan seorang staf di salah sebuah hospital dibandar. Tanpa membuang masa, dia meluru keluar untuk memecut laju keretanya.

Seperti dijangka, jalan telah sesak dengan kereta yang tersusun panjang membentuk dua baris. 

"Argghh, tie pulak lupa. Hari yang buruk betul. Cepat laaa traffic light ni pun!! Hari yang aku lewat la yang ko nak tunjuk warna merah lama-lama."

Lenting Awin sehingga lampu isyarat pon dimarahnya. Tiba-tiba, ada sebuah kereta merah memecut laju dilorong tengah antara dua barisan kenderaan yang memanjang disisi jalan.
"Huish, apehal pulak dengan kereta merah ni. Kalau ye pon dah lewat nak pergi kerja, jangan la sampai langgar jer semua orang." 

Awin tidak berpuas hati dengan kelibat kereta merah yang melanggar kereta lain sehingga terpatah cermin sisi kereta lain. Dia mula berfikir untuk menghentikan tindakan pemandu kereta merah itu.

"Siap ko, aku masuk line tengah ni. Ko nak lari ke mana lagi??" Awin merancang untuk mengubah keretanya di kawasan tengah supaya kereta tadi akan dipaksa berhenti kerana semua kawasan telah ditutup.

Sebaik saja Awin mengubah keretanya ke tengah, kelihatan sebuah kereta polis betul-betul dibelakang keretanya. 

"Uiks..ada polis pulak dah. fail misi aku kali ni. Sebelum kena saman baik aku masuk balik line." Awin membatalkan niatnya untuk menghalang kereta merah tadi. Dia hanya mampu melihat dan menyumpah kepada pemandu kereta tadi. 

Sebaik lampu isyarat menunjukkan warna hijau, Awin memecut laju keretanya untuk sampai ke tempat kerjanya secepat mungkin. Bila tiba di kawasan tempat letak kereta dikawasan hospital tempat dia bekerja. Dia dapat melihat kereta merah yang memecut laju tadi sedang berlegar-legar untuk mencari parking

"Eh, mamat ni kerja kat sini ke?staff baru ke?dia buat apa kat sini?" pelbagai persoalan menerjah ke fikiran Awin.

Rasa ingin tahu menguasai diri. Selepas meletak keretanya ditepi jalan. Dia bergegas untuk mendapatkan pemandu tadi. Belum sempat dia sampai, pemandu tadi keluar dari keretanya dan membawa keluar seorang lelaki yang dipenuhi dengan darah. 

Dia mengekor saja mereka. Selepas keadaan agak tenang. Dia mendekati pemandu tadi yang kelihatan sugul.

"Siapa lelaki tu encik?" Awin tanyakan pada pemandu tadi.

Dalam keadaan yang agak sebak, pemandu tadi menjawab "Tadi tu abang saya. Satu-satunya ahli keluarga saya yang tinggal. Dulu Ibu,Ayah,kakak sulung dan adik bongsu kami meninggal sebab terlibat dalam kemalangan. Kami tinggal berdua sejak dari kecil, abang yang selalu bantu saja. Cari duit untuk bagi saya sekolah. sekarang, dia pulak nak pergi tinggalkan saya."

Bersangka baiklah pada semua orang


2. Darah bercampur arak (Sumber Idea : Saiful Islam Training and Consultancy)

      Suatu malam, disebuah kelab malam, dikelilingi GRO-GRO, lantai dipenuhi darah yang bercampur dengan arak. Terkujur satu jasad seorang lelaki ditempat itu.

Mungkin ramai  manusia berfikir, lelaki ini telah berhadapan dengan seburuk-buruk jalan kematian. Kelab malam, dikelilingi GRO, darah bercampur arak. Segala perkara fasad berada dekat dengan tubuh yang terkujur.

***perkara sebenar yang berlaku.

    Lelaki itu namanya, Soleh, kejadian berlaku pada malam hari raya. Malam kejadian, Soleh sibuk menolong ibu mempersiapkan rumah untuk merai kejayaan bagi kaum muslimin. Tapi hal ini tidak berlaku pada adik Soleh. Adik Soleh telah keluar untuk pergi ke kelab malam dan berfoya-foya dengan kawan-kawan sambil meneguk air haram, arak. Soleh sedih melihat sikap adiknya bertindak untuk pergi ke kelab malam untuk membawa adiknya pulang.

Namun, apa yang terjadi, disaat Soleh mengajak adiknya pulang. Soleh telah dipukul dengan botol arak berkali-kali. Darahnya bercampur dengan arak. Dia meninggal di situ juga, sambil diperhatikan oleh Penggadai Maruah Diri atau dikenali sebagai GRO. 

**Kematian Soleh, disisi manusia ia menjadi seburuk-buruk jalan kembali. Tapi disisi Allah, Soleh mendapat pengakhiran hidup yang sangat baik.

Manusia yang suka dan mudah menghukum orang lain, pasti tiada CINTA pada orang lain.

**Kisah yang diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Cuma ingin dibawa bersama, agar kita sentiasa bersangka baik dengan semua orang. dan jangan terlalu mudah menghukum manusia itu SALAH dan SALAH dan SALAH!!


Comments

CKB said…
hmm..rs terpukul dgn artikel awk.huhu..thnx..baru sedar.huhu
Adi Wahab said…
InsyaAllah..sedikit demi sedikit...yang penting istiqamah..

**untuk diri saya juga..:)
Unknown said…
nice n impressive!keep it up!

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??