SYARI'ATIK DAN SAINTIFIK
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Sumber Idea : Saiful Islam Training and Consultancy
Sumber Idea : Saiful Islam Training and Consultancy
Bagaikan masuk ke rumah yang banyak sawang labah-labah. Mungkin inilah yang dapat diumpamakan dengan blog saya ini. Ideanya banyak, tapi disebabkan kemaslahatan dan ditambah pula dengan sikap yang kurang rajin menyebabkan idea-idea yang dikongsi tersimpan sendiri.
Hari ini (25/7/2010), ada satu lagi input baru yang dapat dari ustaz Hasrizal@Abu Saif. Alhamdulillah..dan teringin pula nak berkongsi dengan yang lain, penerangan tentan SYARI'ATIK dan SAINTIFIK.
SYARI'ATIK ni boleh kita katakan sebagai SYARI'ATULLAH.Iaitu satu SYARAT@SURUHAN yang Allah tetapkan utk kita patuhi. Yang keduanya, SAINTIFIK. SAINTIFIK ni, zaman dolu-dolu, boleh dikatakan HUKUM ALAM dan kalau dalam istilah agamanya, kita katakan sebagai SUNNATULLAH.
Ok.selesai pengenalan perkataan. Apa pentingnya dua perkara ini dalam kehidupan manusia?? Boleh tak kalau kita jadi salah satu dari duanya?? MANUSIA PERLUKAN KEDUANYA UNTUK MENGELAKKAN KEROSAKAN DIMUKA BUMI INI. Apa alasannya?? saya mulakan dengan SAINTIFIK.
SAINTIFIK ni bahasa mudahnya boleh dikatakan sebagai, "Peraturan yang perlu dipatuhi untuk dapatkan sesuatu".
Contohnya, molekul air ada 2 hydrogen dan 1 oksigen. untuk mendapatkan molekul air, kita perlukan pada campuran yang mengandungi kandungan hydrogen dan oksigen. Baru kena!! Contoh lain,
untuk berjaya kita perlukan pada pembelajaran yang berkesan. Ini perkara SAINTIFIK(SUNNATULLAH) yang patut dipatuhi untuk berjaya. Kita tidak akan berjaya jika hanya duduk didepan meja dan hanya mengatakan 'Aku Nak Berjaya' sambil minum air yassin bergelen-gelen. Sama sekali tidak.
SAINTIFIK akan membawa manusia kepada kemajuan teknologi. SAINTIFIK juga bagaikan dapat menyelesaikan banyak permasalahan manusia. SAINTIFIK bagaikan dapat menyelesaikan segala permasalahan kehidupan, memudahkan pekerjaan, menampung kekurangan dan kecacatan .
Tapi persoalan akan timbul..Cukupkan SAINTIFIK untuk kehidupan?Orang Jepun, bagai manusia SAINTIFIK. Kemajuan yang sangat tinggi, komitmen pada kerja, kebersihan semua mereka ada. tapi sayang, mereka jarang jarang dapat meguruskan diri apabila tertekan. akibatnya, kadar bunuh diri di Jepun tinggi. Atheis, cukupkaH dgn kehidupan yang bergantung pada SAINTIFIK sahaja??
Disinilah peranannya SYARI'ATIK. SYARI'ATIK lah yang memberi kekuatan pada diri pada saat manusia kesusahan.
Bahasa mudahnya, SYARI'ATIK ini sebagai tempat dan perkerjaan yang dapat menservis diri kita yang sudah berkecamuk.Ia juga sebagai penyeimbang untuk mengekalkan kebaikan dan mencegah dari kerosakan.
Hah, selain tu, SYARI'ATIK juga berperanan untuk mengehadkan tindakan manusia. Supaya tiada kerosakan akan berlaku disebabkan hendak mematuhi saja apa yand ada dalam SAINTIFIK. Saya bawakan satu contoh, dalam hal perniagaan,
SAINTIFIK -- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mempromosikan barang@servis dengan pelbagai teknik. dan pastikan barang@servis itu yang terbaik.
SYARI'ATIK -- Jangan ada unsur gharar (menjual barang yang masih belum pasti boleh dapatkannya). dan jangan ada unsur riba yang menindas satu pihak.
Dalam contoh ni, SAINTIFIK dan SYARI'ATIK akan menjaga hak si pembeli dan hak si peniaga. Peniaga ditunjukkan jalan untuk peniaga dan pembeli terpelihara dari ditipu atau ditindas.
Jadi, kita sebagai Hamba Allah. jangan tergolong dalam golongan yang SAINTIFIK sahaja atau golongan SYARI'ATIK sahaja.
Tapi jadilah Hamba yang SAINTIFIK dan SYARI'ATIK..
Barakallah fikum!!
Comments