Puisi Buat Serikandi.

Petikan asal : Siti Balqis Binti Samdin

Editor : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Jangan cinta kerana dia lelaki,
kelak kita akan membenci,
jika dia bukan lelaki yang dicari,
hanya pandai menabur janji.

jangan dirindu pada paras rupa,
kelak kita akan terseksa,
jika dia tidak sebaik rupanya,
senyumnya manis tapi tipu belaka.

jangan disayang kerana berharta,
kelak kita hidup menderita,
jika hartanya habis dibelanja,
sukarnya hidup miskin dan papa.

jangan dikasih bila dipuji,
kelak kita menagih janji,
jika rupa berkedut dimamah hari,
hilang sudah puji memuji.

jangan dicari seorang kekasih,
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih,
menangislah diri hidup bersedih.

jangan disambut salam rindu,
kelak kita menahan sendu,
jika rindu tak dapat disatu,
dimanakah akan kita mengadu.

jangan dilayan seorang teman,
kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman tidak beriman,
dibakar api dihari kemudian.

wahai sahabat wahai teman,
carilah dia kerana Tuhan,
untuk menambah ceteknya iman,
bekalan diri hidup berteman.

wahai sahabat wahai teman,
cintailah dia kerana iman,
dijadikan Tuhan sebagai pasangan,
baik buruk ketentuan Tuhan.

wahai sahabat wahai teman,
terimalah dia penuh keikhlasan,

andai buruk anggaplah dugaan,
andai baik pujilah Tuhan.

wahai sahabat wahai teman,
ingatlah akan janji Tuhan,
isteri yang baik sebagai ganjaran,
suami penyabar itulah kemenangan.


Do'a dari Sunnah yang shahih :
"Ya Allah kurniakanlah aku kecintaan-Mu,
dan kecintaan mereka yang mencintai-Mu,
dan kecintaan pada amalan yang menrapatkan aku kepada cinta-Mu"
(Hadith hasan, riwayat Imam Tirmidzi)

Comments

CKB said…
sgt indah puisi ini
Adi Wahab said…
tq...tapi bukan saya yg buat.saya pon ambil dari blog kawan.

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??