Menyelusuri Jalan Dakwah
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Apabila diri ingin membincangkan berkaitan dakwah. Terasa diri amat kecil untuk berbicara perkara berkaitan ini. Bukan banyak ilmu yang ada melainkan sedikit, dakwah tidaklah segencar sahabat-sahabat perjuangan yang lain, lidah juga tidak petah dalam menyusun hujah dalam menerangkan, hanya mampu lakukan yang termampu, membimbing jari-jari untuk menyusun kata didalam artikel dan blog dengan harapan, ia ada sumbangan untuk Islam.Artikel in dituliskan berdasarkan pengalaman diri dan sahabat dalam mengharungi cabaran dakwah dimasa kini. Segala yang dirasa lemah akan dikuatkan dengan kisah-kisah pejuang Agung agama Allah yang telah mendahului dalam menyelusuri medan dakwah ini. Untuk buah pembuka pada artikel ini, suka untuk saya bawakan kata-kata dari Al-Imam Hasan Al-Basri :
Alhamdulillah, jika dilihat pada perkembangan remaja sekarang di universiti. Bilangan mereka yang ingin kembali kepada Islam semakin bertambah dan terus bertambah. Apabila terdetik sahaja niat untuk berubah kepada kebaikan, sudah pasti akan ada ujian awal yang akan datang. Tidak bercakap dan tidak mengajak orang lain, namun sekadar mengubah sikap yang kurang baik pada diri kepada yang lebih baik. Esoknya, mungkin akan ada suara-suara yang memerli
Sabarlah wahai jiwa-jiwa yang ingin pada kebaikan, kamu juga sedang berdakwah kepada mereka. Berdakwah dengan cara keperibadian terpuji. Biarkan mereka berkata, bila sudah letih, mereka akan berhenti sendiri.
Permulaan dakwah dan kebaikan akan bermula dengan cakap-cakap orang yang cuba menafikan kebaikan yang dilakukan. Janganlah kerana itu membuatkan kita lemah, tapi berusahalah untuk terus mencari ilmu dan berubah kepada kebaikan.
Jangan pula kita ego dan bermegah dengan apa yang ada pada diri. Sedarlah, ia bagai sebutir pasir yang tersadai di hamparan Bumi yang luas. Amat sedikit.
Sehinggalah ke suatu tahap yang baru, tentangan itu akan datang dari pengamal-pengamal agama(yang pada pandangan ramai manusia,mereka adalah pengamal agama) sendiri. Mereka mungkin mempunyai cara fikir(fikrah) yang berbeza. Ada yang beramal kerana kepentingan diri, ada pula pengamal yang sudah bercampur dengan nilai ketaksuban dan ada juga yang cuba untuk mempertahankan adat,sehinggakan ada yang mempertahankan adat lebih dari prinsip Islam yang dibawa oleh Muhammad Bin Abdillah.
Pada ketika itu tentangan akan datang bagai gelora yang kelihatan seperti tidak ada sudahnya. Kecelaruan pada orang awam akan makin bertambah, pada saat itu pada siapa harus kita percaya?
Allah menyebut didalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 59.
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Irbadh Bin Sariyyah,
Sebagai konklusinya, dakwah tidak akan pernah ahsunyi dari tamparan-tamparan yang menggoyahkan semangat dakwah kita. Namun ingatlah, perjuangan itu pahit, kerana ganjaran sesudahnya adalah syurga. Kenikmatan syurga yang membuatkan pahit perjuangan bagai tiada rasa apa pon. tiada tandingnya. Ikhlas dalam perjuangan dan terus melangkah ke hadapan.
Wallahua'lam.
"Wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti aku orang yang terbaik dikalangan kamu, bukan pula orang yang paling soleh dikalangan kamu. Sesungguhnya aku juga telah banyak melampaui batas terhadap diriku sendiri. Seandainya seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali dirinya telah menjadi sempurna, nescaya pasti tidak akan ada para pemberi nasihat. Berkuranglah bilangan mereka yang ingin memberi nasihat dan pastinya tidak ada orang yang berdakwah dijalan Allah (kerana manusia tidak sempurna). Namun dengan berhimpunnya 'Ulama dan kaum mukminin yang saling memperingati , nescaya hati-hati orang bertaqwa akan hidup dan mendapat peringatan dari kelalaian serta aman dari lupa dan kekhilafan."
(Maw'izhah lil Imam Hasan Al-Basri, m/s 185)
Alhamdulillah, jika dilihat pada perkembangan remaja sekarang di universiti. Bilangan mereka yang ingin kembali kepada Islam semakin bertambah dan terus bertambah. Apabila terdetik sahaja niat untuk berubah kepada kebaikan, sudah pasti akan ada ujian awal yang akan datang. Tidak bercakap dan tidak mengajak orang lain, namun sekadar mengubah sikap yang kurang baik pada diri kepada yang lebih baik. Esoknya, mungkin akan ada suara-suara yang memerli
"Malaikat ziarah kau ke semalam??", "Warak la pulak dia hari ni", "Tak perlu nak tunjuk alim (baik) la kau ni, macam kami tak kenal kau"dan macam-macam lagi. Lebih menyedihkan, bila sahabat-sahabat yang sudah mendahului dalam proses tarbiyah juga ada yang mengatakan perkara seumpanya.
Sabarlah wahai jiwa-jiwa yang ingin pada kebaikan, kamu juga sedang berdakwah kepada mereka. Berdakwah dengan cara keperibadian terpuji. Biarkan mereka berkata, bila sudah letih, mereka akan berhenti sendiri.
Permulaan dakwah dan kebaikan akan bermula dengan cakap-cakap orang yang cuba menafikan kebaikan yang dilakukan. Janganlah kerana itu membuatkan kita lemah, tapi berusahalah untuk terus mencari ilmu dan berubah kepada kebaikan.
Terdetik pada hati ingin lakukan kebaikan dan berubah kearah kebaikan, lakukanlah pada ketika itu juga. Bimbang terlupa seandainya kita bertangguh. Seandainya terdetik pada hati ingin lakukan keburukan, elak-elakkan.Semakin lama berada didalam proses dakwah, semakin banyak perkara melintang dihadapan kita. Sekali lagi, jadikan dia sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berjuang. Namun, seandainya perkara yang tidak kena berpunca dari keburukan diri kita sendiri, bertaubat dan baikilah ia dengan sesuatu yang lebih baik.
Jangan pula kita ego dan bermegah dengan apa yang ada pada diri. Sedarlah, ia bagai sebutir pasir yang tersadai di hamparan Bumi yang luas. Amat sedikit.
Sehinggalah ke suatu tahap yang baru, tentangan itu akan datang dari pengamal-pengamal agama(yang pada pandangan ramai manusia,mereka adalah pengamal agama) sendiri. Mereka mungkin mempunyai cara fikir(fikrah) yang berbeza. Ada yang beramal kerana kepentingan diri, ada pula pengamal yang sudah bercampur dengan nilai ketaksuban dan ada juga yang cuba untuk mempertahankan adat,sehinggakan ada yang mempertahankan adat lebih dari prinsip Islam yang dibawa oleh Muhammad Bin Abdillah.
Pada ketika itu tentangan akan datang bagai gelora yang kelihatan seperti tidak ada sudahnya. Kecelaruan pada orang awam akan makin bertambah, pada saat itu pada siapa harus kita percaya?
Moga Allah menzahirkan kebenaran kepada kita diatas kepetahan lidah-lidah yang berbicara tentang agama ini.
Allah menyebut didalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 59.
59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Irbadh Bin Sariyyah,
"Kamu hendaklah berpegang teguh dengan sunnahku (setelah Al-Quran) dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang mereka diberikan petunjuk,dan mereka sesudah mereka itu.(para tabi'in), berpeganglah dengan sunnahku itu dan gigitlah ia dengan geraham kamu sekuat-kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru (dalam agama) itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat"
(Hadith riwayat dari Abu Daud, At-tirmidzi. Hadith ini Shahih dari Irbadh Bin Sariyyah, didalam Jami'ul Ulum Wal Hikam)
Datanglah rintangan yang bagaimanapun, kita tetap bersama Allah dan sunnah rasul-Nya. Membujur lalu, melintang patah kita tetap diatas prinsip yang telah Allah dan Rasul-Nya tetapkan. Patah sayap bertongkat paruh, kita tetap akan terus berdiri teguh walaupun diri keseorangan. Asalkan kita tetap bersama Allah dan Rasul-Nya, Muhammad Bin Abdillah.

Comments